Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.gu.nu.ngan] | ڤرݢونوڠن

Definisi : tanah yg penuh dgn gunung, daerah yg bergunung-gunung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.gu.nu.ngan] | ڤرݢونوڠن

Definisi : tanah yg tinggi lagi banyak gunungnya; kelompok gunung; kawasan yg bergunung-gunung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pergunungan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERGUNUNGAN ROCKY

Pergunungan Rocky ialah sistem pergunungan

terbesar di Amerika Utara. Rangkaian Pergunungan

Rocky memanjang lebih 4800 kilometer merentasi

Amerika Syarikat dan Kanada. Luasnya di sesetengah

tempat lebih kurang 560 kilometer. Di Amerika

Syarikat, Pergunungan Rocky menganjur sehingga

ke New Mexico, Colorado, Utah, Wyoming, Idaho,

Montana , Washington, dan Alaska. Pergunungan

Rocky Kanada pula terbentang ke wilayah-wilayah

Alberta dan British Columbia, dan Wilayah Barat

Laut dan Wilayah Yukon.

UMUM 
PERGUNUNGAN APPALACHIAN

Pergunungan Appalachian merupakan

banjaran gunung yang kedua terbesar di Amerika

Utara selepas Pergunungan Rocky.

Pergunungan Appalachian menganjur lebih

kurang 2500 kilometer di antara Semenanjung

Gaspé di Quebec, sebuah wilayah Kanada dengan

Birmingham di tengah Alabama, Amerika Syarikat.

Lembah pergunungan hingga Appalachian

merupakan sumber utama endapan di kawasan

timur Amerika Syarikat. Pergunungan ini terbentuk

di antara 435 juta dan 250 juta tahun dahulu dan

merupakan gunung yang tertua di Amerika Utara.

Nama Appalachian berasal daripada kaum Orang

Asli Amerika, iaitu kaum Apalachee.

UMUM 
PERGUNUNGAN GREAT SMOKY

Pergunungan Great Smoky diberi nama

sedemikian kerana pergunungan itu biasanya

diliputi asap kabus atau jerebu. Pergunungan ini

adalah antara yang tertinggi dan paling

berceranggah dalam sistem Pergunungan

Appalachian di Amerika Syarikat. Great Smoky

dipenuhi hutan tebal dengan lebih daripada 200

spesies pokok. Pokok ini mewujudkan suasana

kabus yang amat tebal dan lembap yang kelihatan

seperti asap kabus di puncak gunung.

UMUM 
PERGUNUNGAN CARPATHIAN

Pergunungan Carpathian ialah sebahagian

daripada sistem pergunungan yang utama di

kawasan tengah Eropah. Pergunungan ini

memanjang sehingga kira-kira 1500 kilometer di

sepanjang sempadan Slovakia-Poland dan ke

Romania . Kebanyakan daripadanya terletak di

Slovakia dan Romania. Untuk lokasi, lihat Eropah

(peta bentuk muka bumi). Aras yang paling tinggi

ialah Gerlachovsky Sˇtit (2655 meter) di Gunung Tatra

Slovakia dan Rysy (2499 meter) di Poland.

UMUM 
PERGUNUNGAN WHITE

Pergunungan White merupakan sebahagian

daripada sistem Pergunungan Appalachian di

Amerika Utara. Ia terbentang ke arah barat daya dari

Maine ke New Hampshire, Amerika Syarikat.

Pergunungan White diberi nama sedemikian kerana

puncaknya berwarna putih apabila diliputi salji. Pada

musim bunga dan musim gugur puncak yang

berwarna putih menjadi lebih mengagumkan

kerana salji tidak menutupi bahagian bawah gunung

ini. Untuk lokasi, lihat Pergunungan Appalachian

(peta).

UMUM 
PERGUNUNGAN ADIRONDACK

Pergunungan Adirondack adalah sekumpulan

gunung yang melitupi kawasan seluas 30 000

kilometer persegi di barat laut negeri New York.

Pergunungan Adirondack terletak di sebelah barat

Pergunungan Appalachian. Ramai pelancong dan

ahli sukan mengunjungi Pergunungan Adirondack

untuk melihat hidupan liar dan menyaksikan

pemandangan yang indah. Kawasan ini mempunyai

kira-kira 100 puncak gunung dan hampir separuh

daripadanya mencapai ketinggian melebihi 1200

meter. Gunung Marcy ialah puncak tertinggi di

negeri New York. Ketinggiannya 1629 meter. Puncak

Algonquin mencapai ketinggian 1558 meter. Tasik

Champlain dan Tasik George adalah antara ratusan

tasik yang terdapat di kawasan itu. Tasik Saranac dan

Tasik Placid merupakan tempat percutian yang

terkenal.

UMUM 
PERGUNUNGAN BLUE RIDGE> Pergunungan Blue Ridge ialah banjaran

bahagian timur Sistem Pergunungan Appalachian di

Amerika Syarikat Timur. Pergunungan ini

menganjur dari tenggara Pennsylvania merentas

Maryland , Virginia, Carolina Utara, Carolina Selatan,

dan utara Georgia. Nama ini diberi bersempena

dengan warna biru pada cerun berhutan yang dapat

dilihat dari jarak jauh.

UMUM 
PERGUNUNGAN SAINT ELIAS

Pergunungan Saint Elias ialah satu siri tanah

yang berceranggah di pergunungan berpantai

tertinggi di dunia. Pergunungan ini memanjang di

sempadan Alaska, tenggara Amerika Syarikat, dan

Wilayah Yukon, Kanada. Banjaran ini hampir 480

kilometer panjang. Lebar maksimumnya 160

kilometer, tidak termasuk dataran pantai dan jaluran

kaki bukit.

UMUM 
PERGUNUNGAN ANDES

Pergunungan Andes ialah rangkaian gunung di

atas aras laut yang terpanjang di dunia.

Pergunungan ini menganjur di sepanjang seluruh

pantai barat Amerika Selatan dari Tanjung Horn ke

Panama dan Venezuela bagi jarak sejauh 7200

kilometer. Hanya pergunungan Himalaya di utara

India dan Tibet yang lebih tinggi daripada

Pergunungan Andes. Banyak puncak Andes

mencecah ketinggian melebihi 6100 meter. Ukuran

keratan rentas bahagian Andes yang paling lebar

adalah kira-kira 650 kilometer. Dalam bahasa

Sepanyol, Andes dikenali sebagai Cordillera de los

Andes , Rangkaian Pergunungan Andes.

UMUM 
PERGUNUNGAN URAL

Pergunungan Ural menganjur kira-kira 2400

kilometer merentasi bahagian barat Rusia.

Pergunungan ini menganjur ke selatan, bermula

daripada Bulatan Artik hingga menghampiri

sempadan Kazakhstan. Ramai ahli geografi

menganggap pergunungan ini sebagai salah satu

sempadan antara Eropah dan Asia. Lihat Rusia (peta

rupa bumi).

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas