Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ha.tian] | ڤرهاتين

Definisi : hasil memerhatikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ha.tian] | ڤرهاتين

Definisi : perihal menumpukan pandangan (fikiran dsb) pd sesuatu, minat (dan reaksi atau layanan): mereka memberikan sepenuh ~ pd pelajaran; semenjak diterbitkan, buku ini mendapat ~ ahli-ahli bahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ha.tian] | ڤرهاتين

Definisi : keingin­an atau kesukaan kpd sesuatu; minat: Disangkanya kita ada ~ terhadapnya. menarik ~ menimbulkan minat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Peribahasa

Bermata mata kayu,
     bertelinga telinga kuali.

Bermaksud :

Tiada menaruh perhatian kepada apa yang dilihat dan didengar.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ranggipetalBahagian bunga yang biasanya berwarna terang dan dapat menarik perhatian serangga untuk menjalankan pendebungaan. Ranggi dikenali juga sebagai kelopak bunga.Menengah Rendah
nektarnectarCecair yang kaya dengan gula, dihasilkan oleh bunga dan berfungsi menarik perhatian agen pendebungaan.Menengah Rendah
bungaflowerBahagian yang mengeluarkan buah pada tumbuhan. Bunga biasanya mempunyai kelopak berwarna-warni yang berbau wangi untuk menarik perhatian serangga.Sekolah Rendah

Kembali ke atas