Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ha.tian] | ڤرهاتين

Definisi : hasil memerhatikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ha.tian] | ڤرهاتين

Definisi : perihal menumpukan pandangan (fikiran dsb) pd sesuatu, minat (dan reaksi atau layanan): mereka memberikan sepenuh ~ pd pelajaran; semenjak diterbitkan, buku ini mendapat ~ ahli-ahli bahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ha.tian] | ڤرهاتين

Definisi : keingin­an atau kesukaan kpd sesuatu; minat: Disangkanya kita ada ~ terhadapnya. menarik ~ menimbulkan minat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Peribahasa

Bermata mata kayu,
     bertelinga telinga kuali.

Bermaksud :

Tiada menaruh perhatian kepada apa yang dilihat dan didengar.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Id. aktivis peretas) Individu yang menggunakan teknik penggodaman untuk menyerang suatu sistem komputer sasaran sebagai tindak balas kepada sesuatu keadaan semasa, seperti keadaan politik atau persaingan perniagaan. Tujuannya untuk menarik perhatian masyarakat dan media massa terhadap pandanganya berkenaan keadaan atau kejadian tersebut. aktiviti penggodam (Ig. hacktivism; Br. aktiviti perentas; Id. aktivitas perentasan) Perbuatan menggunakan teknik penggodaman untuk menyerang prasarana pengkomputeran suatu sasaran. Perbuatan ini bertujuan untuk mengganggu operasi biasa tetapi tidak merosakkan sistem perisian atau merosakkan data dengan teruk. Aktiviti ini difikirkan boleh menarik perhatian masyarakat terhadap pendapat dan pandangan ahli godam yang mungkin kerap kali tidak diendahkan dan dipedulikan oleh sesebuah organisasi, industri atau badan kerajaan. alat pengesahan (Ig. authentication tool; Br. alat pengesahsahihan

Kembali ke atas