Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.hia.san] | ڤرهياسن

Definisi : sesuatu yg digunakan utk berhias atau menghias: Raja Ahmad pun diarak oranglah bergajah dgn selengkap ~ pakaian segala raja-raja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.hia.san] | ڤرهياسن

Definisi : sesuatu yg digunakan utk berhias atau menghias: Isteri saudagar itu menyimpan barang ~ yg mahal-mahal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hias
Kata Terbitan : berhias, menghiaskan, hiasan, perhiasan, penghias,

Peribahasa

Orang kaya suka dimakan,
     orang elok (= muda) selendang dunia.

Bermaksud :

Orang hartawan yang selalu terbuka tangannya membantu orang yang melarat, orang muda perhiasan dunia (untuk puji-pujian).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul 'alat perhiasan diri' atau 'barang perhiasan diri'?Frasa yang lazim digunakan ialah "alat perhiasan diri".Tatabahasa26.05.2014
'kedai perhiasan rumah' adakah ayat ini boleh diguna pakai.Frasa "Kedai Perhiasan Rumah" boleh digunakan.Tatabahasa23.08.2011
1)Gambar itu digantungkan pada dinding sebagai (hiasan/ perhiasan). Ini merupakan soalan upsr. Jawapan yang diberikan ialah hiasan. Apakah perbezaan hiasan dan perhiasan? Kamus dewan memberikan maksud yang sama. 2)Emak _______ menyiram pokok itu agar hidup subur. A. kerap B. selalu C. sering Mengapakah jawapan yang diberikan ialah A? Berdasarkan rujukan Kamus Dewan, ketiga-tiga jawapan memberikan maksud yang sama.

Sdr.Ng

Saya juga telah melihat kamus tentang kedua-dua perkataan ini dan memang kesemuanya sama. Pada pandangan saya perkara begini tidak seharusnya berlaku.

Tatabahasa15.08.2010
Istilah mana yang tepat untuk “botanical jewellery”? a. pembuatan perhiasan diri botanikal b. pembuatan barang kemas botanikal c. pembuatan barang kemas botani d. pembuatan perhiasan diri botaniPadanan yang tepat bagi botanical jewellery ialah barang kemas botani.Penyemakan dan penterjemahan19.08.2014
mengubah bunga atau menggubah bunga? Sebagai contoh, bakul wakid selain dijadikan perhiasan rumah ialah dijadikan pasu untuk mengubah bunga di dalam rumah. Yang mana satukah yang lebih tepat penggunaannya? Penggunaan perkataan yang betul dalam konteks ayat yang diberikan ialah "menggubah" yang bermaksud mengatur atau menyusun bunga dan sebagainya untuk perhiasan. Tatabahasa29.10.2020
penggunaan perkataan PADAN. Adakah boleh digunakan dalam ayat di bawah ini? Perhiasan di dalam rumah Puan Esah tidak padan dengan keadaan rumahnya yang telah usang.Boleh digunakan kerana padan sinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena.Tatabahasa21.10.2010
Yang manakah adalah ayat yang betul? Jika terdapat kesalahan, bolehkah tuan menerangkan sebab kesalahan tersebut: 1) gerai ini menjual pelbagai barangan daripada makanan, pakaian hingga barangan perhiasan. 2) kita sedang berada pada/di ketinggian 10 000 kaki 3) tambang dikenakan untuk/ke atas setiap penumpang setiap hala (per passenger per way) 4) bayaran penyertaan yang dikenakan kepada/ke atas/untuk setiap peserta ialah sebanyak RMXXX 5) nikmati lebih/lebih banyak ganjaran dengan program kesetiaan kami terima kasih

1. Gerai ini menjual pelbagai barangan seperti makanan, pakaian dan barangan perhiasan. (kata sendi nama 'daripada'  dan hingga tidak sesuai digunakan)
2. Kita sedang berada pada ketinggian 10,000 kaki (Sendi nama 'pada' dalam ayat ini  merujuk keterangan waktu atau masa manakala 'di' pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat yang tetap)
3. Tambang pergi balik dikenakan kepada setiap penumpang (Sendi nama kepada merujuk kepada orang atau objek dan ke atas pula menunjukkan arah)
4. Bayaran penyertaan yang dikenakan kepada setiap peserta ialah RMXXX. (Sendi nama kepada merujuk kepada orang atau objek)
5. Nikmati lebih/lebih banyak ganjaran dengan proram kesetiaan kami (kedua-dua ayat ini betul)

Tatabahasa18.02.2018
saya dimaklumkan bahawa dalam majalah dewan Sastera terbitan tahun 80-an terdapat skrip 'perhiasan kaca' terjemahan daripada skrip 'The Glass Menagerie' oleh Tennessee Williams. Saya telah membuat rujukan di perpustakaan USM namun tiada dalam simpanan Perpustakaan. Jadi, saya mengharapkan kerjasama pihak DBP memberikan saya salinan skrip tersebut kerana saya ingin mempersembahkan skrip tersebut sempena projek Tahun Akhir bahagian Drama dan Teater, Pusat Pengajian Seni, USM. Semoga pihak DBP dapat membantu saya dalam mendapatkan salinan skrip tersebut. Terima Kasih.Terima kasih kerana merujuk Dewan Sastera dalam projek drama dan teater. Kami sedang mengesan skrip tersebut dan sekiranya ditemui, akan dikirimkan kepada tuan melalui faks. Sila nyatakan nombor faks tuan. Lain-lain16.07.2008
erti modeDalam Kamus Dewan Edisi Empat, mode ditakrifkan sebagai kebiasaan yang berlaku pada sesuatu waktu (pakaian, perhiasan, dll), cara (corak, ragam) yang terpakai pada waktu tertentu, fesyen.Makna18.10.2013
Assalamualaikum Tuan, Saya sedang menyiapkan rekabentuk (layout) untuk sebuah buku coffeetable. Saya keliru dalam menyusun sumber 'petikan' mengikut turutan. Sebagai 'petikan perhiasan' saya menggunakan pantun dan juga sajak didalam buku tersebut. Sumber petikan pantun dari buku. Adakah turutannya seperti berikut: (Nama buku, Terbitan. Tahun terbitan, halaman 13). Semua teks menggunakan italik dan dalam kurungan (). Contoh: Buah cempedak diluar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. (Kurik Kundi Merah Saga, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005, hlm. 13) 2. Pantun atau sajak gubahan sendiri. Adakah turutannya seperti berikut: (Nama, Tempat. Tarikh dan Tahun). Semua teks menggunakan italik dan dalam kurungan (). Contoh: Buah cempedak diluar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. (Abdullah bin Jusuh, Shah Alam. 12 Januari, 2005) 3. Petikan dari lagu. Contoh: Buah cempedak diluar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. (Mengapa di rindu, Saloma…..) Sekian Terima Kasih. Harap mendapat pencerahan dari Tuan. Semuga amal jasa baik Tuan/Puan di beri balasan baik Allah Subhanawataala. Insya Allah. Suhaimi Abdul MinalDalam menulis petikan, turutannya dalah seperti yang berikut: Nama Buku, tahun Terbitan, Terbitan, Halaman. Petikan boleh dieja dalam bentuk italik atau seperti biasa dan diletak dalam tanda kurung. Walau bagaimanapun tarikh lazimnya tarikh tidak ditulis, kecuali petikan diambil daripada kertas kerja yang dibentangkan dalam sesuatu seminar. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berbincang dengan kami di talian 03-21479109/9112/9400.Ejaan15.05.2015
123

Kembali ke atas