Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perbuatan atau perihal berhijĀ­rah, perpindahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perbuatan atau hal berhijrah; perpindahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perhijrahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(a) Adakah kata kerja "menangani" boleh membawa maksud "mengatasi", misalnya dalam konteks menangani gejala sosial? Berpandukan Kamus Dewan, kata tersebut yang bermaksud "mengatasi" tidak diungkapkan. Dan, adakah kata ini terjemahan daripada kata bahasa Inggeris "to handle" (the social problem)? (b) Kata nama terbitan bagi "berhijrah" ialah "penghijrahan", "melibatkan" ialah "penglibatan", dan "melihat" ialah "penglihatan" Mengapakah kata nama terbitannya bukan "perhijrahan", "pelibatan", dan "pelihatan"?Maksud pertama menangani ialah mengerjakan (sendiri), membuat sendiri, mengusahakan, seperti contoh: pekerjaan yg berat-berat pun ditanganinya; masih belum ada sesiapa pun antara kita yg menangani bidang ini secara bersungguh-sungguh. Berpandukan keterangan itu, frasa menangani gejala sosial, adalah betul, menangani di situ bemaksud mengusahakan (sama seperti contoh ayat dalam Kamus Dewan) dan terjemahan ini boleh digunakan untuk to handle the social problem. Kata terbitan perhijrahan juga ada dan membawa maksud perbuatan atau perihal berhijrah, perpindahan. Sekian.

 

Tatabahasa27.06.2008

Kembali ke atas