Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.hi.tu.ngan] | ڤرهيتوڠن

Definisi : perihal menghitung (mengira-ngira, mempertimbangkan, dll), pertimbang­an, perkiraan: menurut ~ itu aku mendapat RM1000 keuntungan; pd ~ sekarang satu keruh itu lebih kurang dua batu setengah jaraknya; memberi malu anak gadis orang tidak baik pd ~ kanda; bila dia telah men­jalani hukumannya dia akan membuat ~ dgn orang yg telah menyebabkan dia masuk penjara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.hi.tu.ngan] | ڤرهيتوڠن

Definisi : hal berhitung atau hasil memper­hitungkan; perkiraan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Getah terbangkit (= diangkat) kuaran tiba.

Bermaksud :

Perhitungan yang salah. kuaran = burung kuak-kuak.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
BAHASA KIASANMenurut Kamus Dewan, kiasan bermaksud pertimbangan (perhitungan) mengenai sesuatu perkara dgn perbandingan (persamaan) perkara yg lain. Kiasan juga bermaksud ibarat, perumpamaan, sindiran, pengajaran atau contoh (yg terdapat dlm cerita dll), teladan. Bahasa kiasan ialah bahasa yang digunakan untuk membuat perbandingan terhadap sesuatu dengan cara yang lebih menarik.Untuk memehami pengertian bahasa kiasan, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP. Terima Kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Makna18.12.2006
perkiraan vs pengiraan?"Perkiraan"  bermaksud  hal berkira-kira; perhitungan; jangkaan. Manakala  "pengiraan"  bermaksud hal atau perbuatan mengira.
Makna21.02.2020
Assalamualaikum. Boleh tak terangkan maksud kiasan berkacau?Menurut Kamus Dewan, kiasan bermaksud pertimbangan (perhitungan) mengenai sesuatu perkara dgn perbandingan (persamaan) perkara yg lain. Kiasan juga bermaksud ibarat, perumpamaan, sindiran, pengajaran atau contoh (yg terdapat dlm cerita dll), teladan. Kiasan berkacau tiada dalam pangkalan data kami.Makna17.07.2014
beri pemahaman lengkap beserta contoh mengenai ''bijak membuat pertimbangan wajar''.

Makna pertimbangan ialah fikiran atau renungan menge­nai buruk baik dll sesuatu perkara (masalah dll), sbg dasar sesuatu keputusan (tindakan dll), timbangan, perhitungan, perhatian (pene-litian): seseorang pemberita haruslah mem-pergunakan ~ sendiri utk menilai sesebuah berita.

Lain-lain12.04.2010
asal usul perkataan kira dan maksud perkataan kiraPerkataan 'kira' berasal daripada kata Melayu asli, iaitu 'kira-kira'. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kira bermaksud 1. pendapat (yg berdasarkan perasaan, telahan, dsb), anggapan, sangka; 2. fikir, rasa, anggap; 3. taksiran, hitung; 4. = kiraan pertimbangan, perhitungan, taksiran; dan 5. peduli, mengendahkan, menghiraukan. Untuk maklumat lanjut, tuan bolehlah merujuk Kamus Dewan Edisi Kempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Makna05.01.2007
Apakah perbezaan makna dan penggunaan bagi perkataan pemboleh ubah dan angkubah?
“Pemboleh ubah” ialah “sesuatu faktor  seperti unsur, ciri, angka dan sebagainya yang tidak tetap  iaitu perlu diambil kira dalam sesuatu atau perhitungan”, manakala “angkubah” pula ialah "sesuatu seperti faktor, kuantiti, perkara dan sebagainya yang berubah-ubah keadaannya". Kedua-dua perkataan tidak banyak perbezaannya. 
Tatabahasa04.02.2022
Pada hari kiamat,dua kaki seorang hamba tidak akan terangkat kecuali setelah ditanya tentang empat perkara,umur yang telah dihabiskannya,masa mudanya yang telah dilaluinya sampai tua,harta yang diperolehi dari mana dan digunakan untuk apa sahaja,serta tentang ilmu yang telah diamalkannya. Tuan saya mahu bertanyakan soalan.Apakah maksud ayat di atas?Terima kasihPada pemahaman kami, ayat ini bermaksud setelah selesai perhitungan (soal jawab) terhadap empat perkara berkenaan, barulah seorang itu dilepaskan untuk proses yang seterusnya.Tatabahasa08.02.2021
perbezaan antara sultan dan raja

Kata 'raja' biasanya lebih umum dari segi makna dan penggunaannya berbanding kata 'sultan'. Contoh: 'Raja bola'. Agak janggal kalau kita menyebut 'sultan bola'.

Berikut dilampirkan makna sultan dan raja menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 untuk rujukan saudara: 

Sultan: Ar raja (yg memerintah): S~ Pahang; S~ Perak; nafsu-nafsi raja di mata, ~ di hati = beraja di mata bersultan di hati prb melakukan sesuatu mengikut perhitungan sendiri (tidak mempedulikan teguran atau nasihat orang lain);

Raja: 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd ~-~nya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa Tenggara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsawan (keturunan sultan); 5. ark bp orang yg berkuasa, ketua, pemerintah: kompeni Inggeris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm kapalnya dialah ~, memerintah dr haluan ke buritan; kita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg termakan budi kita; 6. orang yg besar kuasanya (pengaruhnya dll) dlm sesuatu lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan, dll); ~ minyak orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan minyak; ~ getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan getah; 7. binatang (jin dll) yg menguasai binatang (jin dll); ~ jin; ~ laut; ~ rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpenting; 9. nama kad (terup) besar yg bergambar raja; ~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya tertakluk pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg berkuasa (berpemerintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai; ~ cacing orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg mengatur dlm penyabungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil besar putera mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut laksamana; ~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pemangku raja yg memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd bakal mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk permaisuri Yang di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~ sehari (sari) pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~ wang orang yg sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja; ~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga; spt ~ dgn menteri prb bersetuju dlm segenap hal; tak ada (tiada) ~ menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati; 

Makna02.07.2009
maksud kawalan belanjawan

Saudara,

Perkataan kawalan bermaksud 1. yg dikawal; hukuman ~ hukuman yg menyekat kebebasan pergerakan seseorang; 2. usaha atau tindakan mengawal (menjaga, mengawasi): ~ keselamatan akan dilakukan di sepanjang pantai itu; ~ harga penetapan paras harga maksimum oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan asas tertentu, terutamanya semasa inflasi atau darurat; ~ kredit (Eko) kawalan yg dikenakan terhadap sistem perbankan bagi mengawal jumlah pinjaman, khususnya dlm pemberian pinjaman dan overdraf; ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawaian mutu yg ditetapkan;

Perkataan belanjawan bermaksud 1. perhitungan banyaknya wang yg akan diterima (sbg pendapatan) dan dibelanjakan, butiran ringkas anggaran pendapatan, dan perbelanjaan: menteri kewangan bertanggungjawab menyediakan ~ negara setiap tahun; 2. peruntukan wang utk sesuatu keperluan atau utk sesuatu jangka waktu: perdebatan mengenai perincian ~ kementerian pendidikan diteruskan hari ini.

 Oleh itu kawalan belanjawan bermaksud kawalan terhadap belanjawan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna18.12.2009

Kembali ke atas