Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.hi.tu.ngan] | ڤرهيتوڠن

Definisi : perihal menghitung (mengira-ngira, mempertimbangkan, dll), pertimbang­an, perkiraan: menurut ~ itu aku mendapat RM1000 keuntungan; pd ~ sekarang satu keruh itu lebih kurang dua batu setengah jaraknya; memberi malu anak gadis orang tidak baik pd ~ kanda; bila dia telah men­jalani hukumannya dia akan membuat ~ dgn orang yg telah menyebabkan dia masuk penjara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.hi.tu.ngan] | ڤرهيتوڠن

Definisi : hal berhitung atau hasil memper­hitungkan; perkiraan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Getah terbangkit (= diangkat) kuaran tiba.

Bermaksud :

Perhitungan yang salah. kuaran = burung kuak-kuak.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Jaring berbangkit kuaran tiba.Perhitungan yang salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Getah terbangkit [= diangkat] kuaran tiba.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Getah terbangkit (= diangkat) kuaran tiba.Perhitungan yang salah. kuaran = burung kuak-kuak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air mudik sungai, semua teluk diranai.Orang pemboros berbelanja tanpa perhitungan. ranai = jalani (boleh jadi ranahi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hati orang yang bodoh itu di mulutnya, dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya.Orang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang pandai berfikir sebelum berkata-kata.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas