Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ho.té.lan] | ڤرهوتيلن

Definisi : urusan bkn hotel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perhotelan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mendapatkan beberapa istilah perhotelan seperti: 1. En-Suite 2.Premier Deluxe Room 3.Budget twin 4. Check-out 5. Mud cottage Terima KasihDalam data rujukan kami terdapat beberapa istilah yang belum mempunyai padanan bahasa Melayu yang khusus.

Hanya perkataan berikut mempunyai padanan bahasa Melayu seperti yang berikut;

1. Premier Deluxe Room = Bilik Mewah Utama

4. Check out = Daftar Keluar


Bagi istilah yang tiada dalam data kami, mohon pihak puan kemukakan konsep dan cadangan bahasa Melayu daripada puan supaya kami boleh mencadangkan istilah yang sesuai.
Penyemakan dan penterjemahan17.03.2015
Terjemahan untuk twin sharing.Berdasarkan Daftar Ungkapan Umum Pelancongan dan Perhotelan, padanan istilah twin sharing dalam bahasa melayu ialah dwiinap. Terima kasih.Istilah22.03.2004
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut dari bidang perhotelan" 1. drain sheet 2. duvet with cover 3. upscale 4. bluetooth-enabled Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. drain sheet - alas salir
2. duvet with cover - duvet dengan penutup
3. upscale - kelas tinggi
4. bluetooth-enabled - boleh guna Bluetooth

Istilah17.06.2016
Apakah terjemahan yang betul bagi perkataan Inggeris "welcoming drink" yang selalu wujud ketika kita mendaftar masuk ke hotel. Pihak hotel menerima tetamu dengan memberikan "welcoming drink". Sudah adakah istilah khusus untuk perkataan ini terutamanya dalam istilah perhotelanPadanan bahasa Melayu bagi perkataan welcome drink ialah minuman alu-aluan.Istilah20.09.2008
Saya ingin bertanya jika terdapat perkataan 'suite' dalam bahasa melayu kerana saya cek Kamus Dewan tiada tetapi dalam carian kata wujud bilik suite dalam Istilah Malaysia. Jika tiada apa pula maksud suite dalam BM. Terima KasihDalam bidang perhotelan istilah suite dikekalkan seperti Bilik Suite, manakala dalam bidang Kesenian istilah suite diterjemahkan kepada suit seperti Suit Perancis.Istilah06.08.2012
Assalamualaikum, Saya ingin cuba menulis artikel berkaitan pelancongan dan sedang mencari kosa kata yang boleh membantu penulisan. Boleh berikan cadangan jika ada senarai kosakata yang boleh dijadikan rujukan? Terima kasihSaudara boleh merujuk buku terbitan DBP iaitu DAFTAR UNGKAPAN PELANCONGAN DAN PERHOTELAN (SIRI PENERBITAN GERAKAN BAHASA KEBANGSAAN SEKTOR SWASTA), TERBITAN TAHUN 1999. Walau bagaimanapun kemungkinan buku tersebut sudah tiada di pasaran dan puan boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP, Kuala lUmpur.Lain-lain26.06.2018

Kembali ke atas