Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.hu.bu.ngan] | ڤرهوبوڠن

Definisi : 1. hubungan: seluruh hidup manusia terdiri drpd ~nya dgn keluarga, jiran dan tetangga; pegawai ~ pegawai per­antaraan (utk menyelaraskan tugas bahagian-bahagian yg berlainan dlm ketenteraan, pejabat, dll); 2. alat lalu lintas (jalan raya, kereta api, surat-menyurat, pos, telegram, telefon, penerbangan, pelayaran, dll): ~ udara antara Malaysia dgn Indonesia dipulihkan sebaik-baik sahaja Perjanjian Bangkok ditandatangani; Kementerian P~ kemen­teri­an yg mengurus soal lalu lintas dll; 3. perihal berhubung(an) antara satu dgn yg lain (bkn negara dll): ~ diplomatik antara India dgn China semakin genting; perkara-per­kara mengenai ~ dagang antara kedua-dua negara dibincangkan dgn sedalam-dalam­nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.hu.bu.ngan] | ڤرهوبوڠن

Definisi : 1 hal berhubung; perkait­an; pertalian: Tidak terdapat sebarang ~ antara kedua-dua kejadian itu. 2 alat utk berhubung atau lalu lintas (jalan raya, kereta api, pos, telegram dll): Semua ~ di antara Pantai Timur dgn Pantai Barat telah terputus akibat banjir. 3 cara orang, negara dll berhubung antara satu dgn yg lain: ~ dagang pun bermula antara negeri China dgn Melaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Tegang tidak,
     kendur tidak.

Bermaksud :

Perhubungan yang tidak terikat dan memaksa.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin pastikan perkataan mana yang betul: Pusat Hubungan Pelanggan atau Pusat Perhubungan Pelanggan? English adalah Contact Center.Perkataan yang tepat ialah Pusat Perhubungan Pelanggan kerana perkataan perhubungan membawa maksud  perihal berhubung(an) antara satu dengan yang lain (berkenaan negara dan lain-lain). Walau bagaimanapun, sekiranya sesuai dengan konteks penggunaan puan, kami cadangkan penggunaan Pusat Panggilan Pelanggan kerana perkataan ini lebih kerap digunakan.Istilah16.03.2021
Perbezaan penggunaan perkataan perhubungan dan penghubungan.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, perhubungan ialah hal berhubung; perkait­an; pertalian: Contoh ayat, Tidak terdapat sebarang perhubungan antara kedua-dua kejadian itu, maksud kedua Alat untuk berhubung atau lalu lintas (jalan raya, kereta api, pos, telegram dll). Contoh ayat, Semua perhubungan di antara Pantai Timur dengan Pantai Barat telah terputus akibat banjir dan maksud ketiga cara orang, negara dan lain-lain berhubung antara satu dengan yang lain, contoh Perhubungan dagang pun bermula antara negeri China dengan Melaka.

Berbeza pula dengan maksud penghubungan yang menerangkan perihal atau perbuatan (cara dsb) menghubungkan. Sebagai contoh ayat yang digunakan dalam istilah kesenian. Proses menyambungkan benang lungsin atau benang pakan yang putus sebelum atau semasa ditenun atau menyambungkan benang lungsin baru pada baki benang lungsin yang sudah ditenun untuk mengelakkan proses kerja awal menenun seperti menyampak atau mengarat untuk meneruskan helaian lain.

Lain-lain07.12.2017
Adakah: 1. Perhubungan Pelanggan yang baik bermula dari anda atau; 2. Perhubungan Pelanggan yang baik bermula daripada andaAyat yang betul ialah 2. Perhubungan pelanggan yang baik bermula daripada anda.Tatabahasa24.12.2021
Pertanyaan saya...perkataan pegawai perhubungan pelanggan. Adakah perlu menggunakan huruf besar bagi permulaan setiap perkataan atau huruf kecik sahaja jika perkataan tersebut berada di tengah-tengah ayat. Contohnya : Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan pegawai perhubungan awam cawangan. @ Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan Pegawai Perhubungan Awam Pelanggan cawangan.Pegawai perhubungan pelanggan dianggap sebagai kata umum dan dieja dengan huruf kecil, kecuali jika jawatan tersebut dikhususkan seperti Pegawai Perhubungan Pelanggan Syarikat Mutiara.Tatabahasa19.08.2010
Apakah perbezaan di antara "hubungan" dengan "perhubungan"? Misalnya, ayat :" Dia mempunyai hubungan / perhubungan yang baik dengan majikannya". Adakah ia digunakan secara bertukar ganti (maksud sama )?Kata hubungan dan perhubungan mempunyai makna yang sama.Tatabahasa12.08.2013
As salam tuan dan cik di talian, Bolehkah saya mendapatkan defiinisi untuk frasa perhubungan bukan maya... (sumber buku teks pendidikan kesihatan tahun 5 terbitan DBP). Definisi untuk perhubungan maya ada dinyatakan iaitu komunikasi dalam talian yang menggunakan peralatan yang boleh disambungkan dengan Internet. Semoga mendapat jawapan dengan kadar segera. sekian, terima kasih.Tidak ada definisi perhubungan bukan maya dalam pangkalan data kami. Berdasarkan maklumat yang diberikan, perhubungan maya ditakrifkan sebagai komunikasi dalam talian, maka perhubungan bukan maya ialah komunikasi di luar talian seperti secara bertemu muka.Tatabahasa21.11.2014
Selamat Pagi, Saya ingin mengetahui berkenaan nama unit di jabatan saya. Adakah nama unit "Unit Pengurusan Perhubungan Pelanggan" atau "Unit Pengurusan Hubungan Pelanggan" yang betul menurut untuk penggunaan dalam Bahasa Melayu. Semoga pihak tuan/puan dapat menjelaskan berkenaan perkara ini. Sekian, terima kasih.

Kata hubungan dan perhubungan mempunyai makna yang sama, walau bagaimanapun dalam bidang perjawatan ungkapan yang lazim digunakan ialah perhubungan seperti Pegawai Perhubungan Awam dan Pengurusan Perhubungan Pelanggan.

Tatabahasa09.09.2011
Saya pelajar university fatoni mahu bertanya tentang makna dalam bahasa melayu,pekataan komunikasi.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, komunikasi membawa maksud perhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll); ~ massa komunikasi atau perhubungan dgn atau yg sampai kpd orang ramai amnya; berkomunikasi berhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll), mengadakan perhubungan (ber­cakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat, dll): bahasa ialah alat utk ~ dan alat utk berfikir dan melahirkan buah fikiran; mengkomunikasikan menyebarkan atau menyampaikan maklumat (berita, dll) melalui saluran komunikasi: muzium di Amerika Syarikat menghubungi sekolah utk ~ pengajaran yg diberikan.Makna12.04.2015
kedudukan perkataan "juga" dalam ayat perlu diletakkan di tengah ayat atau di akhir ayat. Contohnya : 1. Selain berperanan sebagai jalan perhubungan, laut penting "juga" dalam industri perikanan dan aktiviti ekonomi yang lain. atau 2. Selain berperanan sebagai jalan perhubungan, laut penting dalam industri perikanan dan aktiviti ekonomi yang lain "juga".Selain berperanan sebagai jalan perhubungan, laut juga penting dalam industri perikanan dan aktiviti ekonomi yang lain.Tatabahasa02.04.2015
Salam Sejahtera. Apakah terjemahan yang betul untuk "contact info"? 1. Maklumat perhubungan 2. Maklumat penghubungan Terima kasih.Padanan bahasa Melayu untuk contact info ialah "maklumat perhubungan".Penyemakan dan penterjemahan29.09.2022
12345678910...

Kembali ke atas