Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.hu.bu.ngan] | ڤرهوبوڠن

Definisi : 1. hubungan: seluruh hidup manusia terdiri drpd ~nya dgn keluarga, jiran dan tetangga; pegawai ~ pegawai per­antaraan (utk menyelaraskan tugas bahagian-bahagian yg berlainan dlm ketenteraan, pejabat, dll); 2. alat lalu lintas (jalan raya, kereta api, surat-menyurat, pos, telegram, telefon, penerbangan, pelayaran, dll): ~ udara antara Malaysia dgn Indonesia dipulihkan sebaik-baik sahaja Perjanjian Bangkok ditandatangani; Kementerian P~ kemen­teri­an yg mengurus soal lalu lintas dll; 3. perihal berhubung(an) antara satu dgn yg lain (bkn negara dll): ~ diplomatik antara India dgn China semakin genting; perkara-per­kara mengenai ~ dagang antara kedua-dua negara dibincangkan dgn sedalam-dalam­nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.hu.bu.ngan] | ڤرهوبوڠن

Definisi : 1 hal berhubung; perkait­an; pertalian: Tidak terdapat sebarang ~ antara kedua-dua kejadian itu. 2 alat utk berhubung atau lalu lintas (jalan raya, kereta api, pos, telegram dll): Semua ~ di antara Pantai Timur dgn Pantai Barat telah terputus akibat banjir. 3 cara orang, negara dll berhubung antara satu dgn yg lain: ~ dagang pun bermula antara negeri China dgn Melaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Tegang tidak,
     kendur tidak.

Bermaksud :

Perhubungan yang tidak terikat dan memaksa.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERHUBUNGAN PERINDUSTRIAN

Perhubungan perindustrian adalah cara

majikan dan pekerjanya berurusan antara satu sama

lain. Sistem perhubungan perindustrian

menetapkan tradisi atau peraturan yang mengawal

proses ini. Di sesetengah negara, proses ini dikenali

sebagai perhubungan buruh .

UMUM 
PERHUBUNGAN AWAM

Perhubungan awam biasa dikenali sebagai PR

(public relation), ialah satu aktiviti yang bertujuan

meningkatkan komunikasi dan pemahaman antara

sesebuah organisasi atau individu dengan satu atau

lebih kumpulan yang dikenali khalayak umum .

Istilah ini juga digunakan bagi profesion yang

bertanggungjawab dalam mengendalikan tugasan

sedemikian. Syarikat, institusi pendidikan, kumpulan

agama, agensi kerajaan, kesatuan sekerja, ahli

politik, dan penghibur, adalah di antara mereka

yang menggunakan perhubungan awam.

UMUM 
SILATURAHIMPerhubungan persahabatan (persaudaraan).AGAMAKonsep
PERANAN SOSIAL

Peranan sosial ialah satu set perhubungan

antara seseorang dengan orang lain atau anggota

kumpulannya. Tingkah laku manusia dalam

peranan sosial membolehkan wujudnya kehidupan

masyarakat dan ahlinya. Sebagai contoh, individu

yang berperanan sebagai seorang pesakit hospital

menurut arahan doktor dan bekerjasama dengan

kakitangan hospital. Hasilnya, pesakit ini mendapat

makanan, ubat-ubatan, dan pelbagai layanan lain

daripada segolongan individu.

UMUM 
SONOMETER

Sonometer ialah alat yang digunakan untuk

mengkaji perhubungan matematik nada dalam

muzik. Sonometer yang juga dikenali sebagai

monokod, mengandungi seutas tali yang diregang

ketat dengan satu hujungnya dipasangkan pada

roda kapi. Apabila dipetik, tali itu akan bergetar

lalu mengeluarkan bunyi. Frekuensi (jumlah

getaran setiap saat) nada itu bertambah jika tali

dipendekkan atau diperketat.

UMUM 
TEROWONG PELABUHAN SYDNEY

Terowong Pelabuhan Sydney , di New South

Wales , Australia, ialah jalan perhubungan empat

hala sepanjang 2.3 kilometer antara lebuh raya ke

utara dengan selatan Pelabuhan Sydney. Projek

tersebut yang dibiayai bersama oleh sebuah

syarikat Australia dan sebuah syarikat Jepun,

termasuk tiub bawah aras laut sepanjang 960 meter

melintasi pelabuhan, yang dipasang pada lurah

yang dibina di dasar laut. Tiub tersebut terdiri

daripada lapan bahagian. Setiap bahagian ialah

sepanjang 120 meter dan seberat 23 000 tan metrik.

Terowong ini dibuka kepada lalu lintas pada bulan

Ogos 1992.

UMUM 
MEYER, JULIUS LOTHAR

Meyer, Julius Lothar (1830–1895) ialah ahli

kimia Jerman yang membuktikan perhubungan

antara berat atom dengan sifat sesuatu unsur.

Hasil kajiannya bersama-sama dengan seorang

lagi ahli kimia Rusia, Dmitri Mendeleev telah

membuka jalan ke arah perkembangan carta

berkala unsur, yang mengelaskan unsur menurut

tertib berat atom masing-masing di samping

membuktikan bahawa kumpulan unsur tertentu

mempunyai sifat-sifat yang serupa. Dalam jadual

berkala yang moden, unsur dimasukkan ke dalam

kumpulan menurut tertib nombor atom (bilangan

proton dalam setiap nukleus). Lihat Unsur kimia

(Jadual berkala).

UMUM 
KLAMIDIA

Klamidia ialah nama penyakit yang dijangkiti

melalui perhubungan seks. Penyakit ini disebabkan

oleh organisma Chlamydia trachomatis. Biasanya,

doktor menamakannya sebagai uretritis bukan

gonokokus atau uretritis bukan khusus.

UMUM 
PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA (PLM)

Persatuan Linguistik Malaysia (PLM),

pertubuhan bahasa. Pertubuhan ini

memperjuangkan bahasa melalui kegiatan bahasa

dan mengeratkan perhubungan antara pengkaji

dengan peminat bahasa. Antara kegiatan yang

dijalankan oleh PLM ialah Hadiah Bahasa, Forum

Remaja, Syarahan Raja Ali Haji, seminar, bengkel,

ceramah, kursus bahasa dan penerbitan buku dan

jurnal linguistik.

UMUM 
ELTON, CHARLES SUTHERLAND

Elton, Charles Sutherland (1900–1991), pakar

biologi Inggeris. Dia terkenal sebagai perintis

ekologi, bidang sains yang mengkaji perhubungan

hidupan dengan alam sekitaran dan antara hidupan

dengan hidupan lain.

UMUM 
1234

Kembali ke atas