Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.hu.bu.ngan] | ڤرهوبوڠن

Definisi : 1. hubungan: seluruh hidup manusia terdiri drpd ~nya dgn keluarga, jiran dan tetangga; pegawai ~ pegawai per­antaraan (utk menyelaraskan tugas bahagian-bahagian yg berlainan dlm ketenteraan, pejabat, dll); 2. alat lalu lintas (jalan raya, kereta api, surat-menyurat, pos, telegram, telefon, penerbangan, pelayaran, dll): ~ udara antara Malaysia dgn Indonesia dipulihkan sebaik-baik sahaja Perjanjian Bangkok ditandatangani; Kementerian P~ kemen­teri­an yg mengurus soal lalu lintas dll; 3. perihal berhubung(an) antara satu dgn yg lain (bkn negara dll): ~ diplomatik antara India dgn China semakin genting; perkara-per­kara mengenai ~ dagang antara kedua-dua negara dibincangkan dgn sedalam-dalam­nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.hu.bu.ngan] | ڤرهوبوڠن

Definisi : 1 hal berhubung; perkait­an; pertalian: Tidak terdapat sebarang ~ antara kedua-dua kejadian itu. 2 alat utk berhubung atau lalu lintas (jalan raya, kereta api, pos, telegram dll): Semua ~ di antara Pantai Timur dgn Pantai Barat telah terputus akibat banjir. 3 cara orang, negara dll berhubung antara satu dgn yg lain: ~ dagang pun bermula antara negeri China dgn Melaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Tegang tidak,
     kendur tidak.

Bermaksud :

Perhubungan yang tidak terikat dan memaksa.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
atau komponen aktif. (KEJ) active force (daya tindakan) Daya luar yang bertindak pada jasad dan berkebolehan melakukan kerja apa- bila jasad mengalami sesaran. (FIZ) active star (bintang aktif) Topologi rangkaian perhubungan data yang mempunyai tatasambung yang terdiri daripada nod luar yang bersambung pada nod pusat dalam bentuk bin- tang, dengan nod pusat bertugas sebagai penyambung rangkaian dan sebagai pemproses mesej dalam 02 AM 77 antiallergic (antialergi) Agen yang dapat menghalang atau mengurangkan manifestasi alergi. (UBAT) antiauxin (antiauksin) Sebatian organik yang mengawal atau merencatkan rangsangan pertumbuhan oleh hormon auksin. (BIO) antibiosis (antibiosis) Perhubungan antara dua organisma yang salah satunya menghasilkan keadaan yang dapat memusnahkan organisma yang lain atau antibiotik. (BIO, UBAT) anticholinergic (antikolinergik) Agen yang dapat menyekat kesan transmiter saraf, iaitu asetilkolina, pada

Kembali ke atas