Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.hu.ta.nan] | ڤرهوتنن

Definisi : pemeliharaan dll hutan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.hu.ta.nan] | ڤرهوتنن

Definisi : ilmu, pengurusan dll ttg hutan: Jabatan ~; istilah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perhutanan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalammualaikum, Jabatan saya ingin membuat penjenamaan semula Majlis Penyampaian Sijil Perhutanan. Berikut adalah cadangan: 1. Majlis Graduasi Institut Latihan Perhutanan Ke-33 2. Majlis Konvokesyen Institut Latihan Perhutanan Ke-33 yang manakah lebih sesuai atau ada perkataan lain yang lebih sesuai. Terima kasih.

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata graduan ialah mahasiswa yang akan menerima ijazah pada hari penyampaian ijazah.  Untuk makluman tuan, kata graduasi tidak ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Majlis penyampaian sijil tidak boleh dinamakan sebagai majlis konvokesyen kerana konvokesyen untuk ijazah sahaja. Cadangan yang sesuai ialah Majlis Penyampaian Sijil Institut Latihan Perhutanan Ke-33.

Tatabahasa12.04.2019
Adakah ada perkataan "diguna pakai" dalam bahasa Malaysia dan adakah boleh digunakan dalam ayat berikut : Sistem tersebut telah diguna pakai oleh agensi perhutanan untuk tujuan pemantauan perubahan hutan. Terima kasih.Perkataan yang betul ialah diterima pakai, Sistem tersebut telah diterima pakai oleh agensi perhutanan untuk tujuan pemantauan perubahan hutan.Tatabahasa21.09.2012
sila berikan format surat kiriman rasmi (untuk karangan spm) yang betul. senaraikan juga panggilan hormat yang sesuai untuk jawatan-jawatan tertentu, misalnya, jabatan perhutanan, saya kurang pasti dengan jawatan tertingginya. terima kasih.Sila rujuk guru anda atau buku teks yang berkaitan dengan penulisan surat rasmi yang betul. Panggilan hormat untuk pegawai Jabatan Perhutanan hendaklah dirujuk kepada Jabatan berkenaan.Lain-lain10.06.2008
Adakah Siri Kamus istilah MABBIM Kamus Perhutanan:Pengurusan Hutan, mempunyai bentuk istilah yang mengandungi pembentukan kata atau tidak? Adakah kamus istilah dalam bidang ini mengandungi bentuk istilah yang digubal secara asli ataupun yang dipinjam?

Saudara,

Jawapan kepada soalan ini telah pun dihantar kepada saudara. Sila rujuk jawapan tersebut. 

Lain-lain12.02.2010
Adakah Siri Kamus istilah MABBIM Kamus Perhutanan:Pengurusan Hutan, mempunyai bentuk istilah yang mengandungi pembentukan kata atau tidak? Adakah kamus istilah dalam bidang ini mengandungi bentuk istilah yang digubal secara asli ataupun yang dipinjam?

Saudara,

Istilah yang dibentuk menerapkan pedoman pembentukan istilah seperti yang terkandung di dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah hasil sidang MABBIM. Bentuk istilah  digubal mengikut kaedah yang ditentukan di dalam buku pedoman tersebut , iaitu  istilah bahasa Inggeris diberi padanan kata  bahasa Melayu jati atau padanan kata tersebut dipinjam dan disesuaikan bentuk ejaannya mengikut pedoman sedia ada.  

Lain-lain12.02.2010
Mohon dapatkan terjemahan "Green Lungs" dalam konteks kawasan hijau perhutanan di dalam bahasa Melayu. "Jantung Hijau" atau "Paru-Paru Hijau" agak janggal.Belum ada maklumat tentang Green Lung dalam bahasa Melayu. Perkataan Lung diterjemahkan kepada Paru-paru, berkemungkinan bukanlah merujuk paru-paru itu secara fizikal tetapi fungsinya sebagaimana penggunaannya dalam bahasa Inggeris. Secara harfiah Green Lung diterjemahkan kepada Paru-paru Hijau sama seperti rumah hijau (green home) dan pasir hijau (green sand) yang telah digunakan dalam bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan27.01.2015
Salam. Saya ingin bertanya apakah terjemahan terbaik untuk 'crown shyness'. Ia berkaitan dengan istilah perhutanan.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "crown shyness". Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk "crown", iaitu silara. Oleh itu, terjemahan yang dicadangkan untuk "crown shyness" ialah ruang antara silara.Istilah19.10.2013
Saya ingin mendapatkan istilah 'cryopreservation' dalam Bahasa Melayu. Terima kasih.Menrujuk istilah dari bidang pertanian, maksud cryopreservation ialah pengawetankrio manakala dari bidang perhutanan bermaksud kriopreservasi.Lain-lain15.09.2017
plant family: Piperaceae terjemahan bahasa malaysianya? adakah tumbuhan keluargaTerjemahan untuk Plant Family dalam bidang perhutanan dan biologi ialah Famili TumbuhanIstilah23.05.2014
biodiversity meaning'Biodiversity' dalam bahasa Melayu di eja 'Biodiversiti'. Mengikut kamus Dewan Edisi keempat, maksud 'Biodiversiti' ialah kewujudan berbagai-bagai spesies tumbuhan dan haiwan dalam persekitaran semula jadi mereka. Sila rujuk Kamus Dewan untuk rujukan. Walau bagaimanapun, dalam istilah perhutanan, 'biodiversiti' merujuk kepada kepelbagaian hayat. Harap maklum.Makna28.12.2006
123

Kembali ke atas