Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ria] | ڤريا

Definisi : sj tumbuhan (pokok menjalar yg buah­nya pahit dan dibuat sayur), Momordica charanthia; ~ bulan sj tumbuhan (rumpai), bintang berahi, uban kayu, Cardiospermum halicacabum; ~ hutan sj tumbuhan (pokok memanjat), Vitiss mollissima; ~ laut = ~ pantai sj tumbuhan (pokok renek), Colubrina asiatica; ada pun buah ~ itu kalau ditanam di atas batas sakar dan dibaja dgn madu, lagi disiram dgn manisan serta diletakkan di atas tebu sekalipun, apabila masak pahit juga prb orang yg tabiatnya jahat dan tidak akan dapat diperbaiki lagi; sudah tahu ~ pahit prb kesal terhadap orang yg mempercayai orang yg diketahui tidak jujur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ria] | ڤريا

Definisi : pemuda, lelaki, teruna: bergaul bebas antara pemuda dan pemudi, antara ~ dan wanita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ria] | ڤريا

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan menjalar atau buahnya (buahnya pahit dan boleh dibuat sayur), Momordica charanthia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ria] | ڤريا

Definisi : lelaki yg masih muda; pemuda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peria (kata nama)
Bersinonim dengan teruna, jejaka, pemuda, lelaki, jantan, bujang, awang, uda, perjaka;,

Puisi
 

Baru kutahu peria pahit,
     Haram bertaubat sayur petola;
Kalau kutahu budi tak baik,
     Haram tak buat dari mula.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Sudah tahu peria pahit.

Bermaksud :

Sudah tahu kurang baik diperbuat juga; penyesalan yang tak berfaedah.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
biji periabiji periaKesenianTiadaMotif tenunan berunsur tumbuhan berbentuk biji peria.
daun periadaun periaKesenianTiadaMotif tekat berunsur tumbuhan yang mengambil bentuk daun peria.
bitter cucumberperia; kambasPertanianTiadaTiada
bitter gourd (Momordica charantia)peria (Momordica charantia)Pentadbiran PerniagaanTiadaSejenis tumbuhan menjalar daripada genus Momordica charantia yang pahit buahnya dan dibuat sayur dalam masakan Melayu dan Cina.
balloon vine (Cardiospermum halicacabum)peria bulan (Cardiospermum halicacabum)PertanianTiadaTiada
bitter gourd (Momordica charantia)peria (Momordica charantia)PertanianTiadaTiada
bitter gourd (Momordica charantia)peria (Momordica charantia)Pentadbiran PerniagaanTiadaSejenis tumbuhan menjalar daripada genus Momordica charantia yang pahit buahnya dan dibuat sayur dalam masakan Melayu dan Cina.
bitter gourd (Momordica charantia)peria (Momordica charantia)Pentadbiran PerniagaanTiadaTiada
banjibanjiKesenianTiadaCorak tekat berunsur geometri yang mengambil bentuk biji peria.
antidiabeticantidiabetesHerbaPemiawaianSifat agen yang mencegah atau membantu mengawal paras gula dalam darah. Contohnya, ekstrak peria katak (Momordica charantia) yang bersifat antidiabetes.
12

Kembali ke atas