Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.ba.di] | ڤريبادي

Definisi : 1. manusia sbg diri sendiri (diri per­seorangan): perkara ini adalah soal diriku sendiri, soal ~; pendapat ~ pendapat sendiri seseorang (sbg orang perseorangan); pengawal (penolong, setiausaha) ~ pengawal (pe­nolong, setiausaha) utk diri sendiri; 2. sifat­-sifat (kelakuan, sikap, dll) seseorang yg sudah sebati dgn dirinya sendiri utk merupakan wataknya (yg terasing drpd yg umum): puasa adalah satu drpd beberapa latihan utk membentuk kesopanan dan ~ yg tinggi; berperibadi mempunyai peribadi (sifat-sifat dll diri sendiri): seorang pengarang harus merupakan seorang manusia yg ~ sendiri, dgn pendapatnya dan pendiriannya sendiri; keperibadian perihal peribadi, sifat (watak, ciri-ciri, dsb) yg khusus terdapat pd seseorang, bangsa, dsb: keistimewaan cerpen-cerpen ini terletak pd kejayaan pengarang mencipta watak-watak yg diberi ~ orang Melayu kampung; faham komunis hendak membuat manusia hidup sbg mesin yg tidak mempunyai ~; ~ bangsa; ~ Islam; berkeperibadian mempunyai keperibadian: usaha membina bangsa Malaysia yg kreatif, dinamis dan ~ sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.ba.di] | ڤريبادي

Definisi : 1 manusia sbg dirinya sendiri; orang di luar tugas-tugasnya yg rasmi; orang perseorangan: Itu soal ~ku, engkau jangan campur. 2 sifat atau sikap seseorang yg sudah sebati dgn dirinya; seluruh sifat dan sikap seseorang yg membezakannya drpd orang lain: Puasa bertujuan membentuk ~ yg tinggi. keperibadian perihal sifat, sikap dsb seseorang (sesebuah negara dll) yg membezakannya drpd yg lain: Tiap-tiap negara di Asia Tenggara mempunyai ~nya masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peribadi (kata nama)
Bersinonim dengan perseorangan, persendirian, diri sendiri, kedirian, seseorang, batang tubuh, prebet, oknum;,
Kata Terbitan : keperibadian, berkeperibadian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, "memisahkan sokongan keilmuan dengan sokongan peribadi" atau "memisahkan sokongan keilmuan daripada sokongan peribadi"? Jika digunakan sendi nama "dengan" dengan maksud "bersama", adakah frasa ini bermaksud sokongan keilmuan pada asal bersama dengan sokongan peribadi tetapi perlu dipisahkan, jadi dengan makna "bersama" ini sendi nama "dengan" digunakan? Sendi "daripada" tidak dapat digunakan kerana frasa ini tidak menunjukkan bandingan berbeda ataupun maksud sebahagian: "sokongan keilmuan" dan "sokongan peribadi" setaraf, tidak boleh dikatakan bahawa "sokongan peribadi" badan "sokongan keilmuan" dan "sokongan keilmuan" bahagian badan induk "sokongan peribadi", jadi "memisahkan sokongan keilmuan daripada sokongan peribadi" bermaksud memisahkan bahagian "sokongan keilmuan" daripada badan induk "sokongan peribadi" - maksud tidak kena kerana kedua-dua jenis sokongan setaraf! Sila beritahukan pendapat tuan.Kami berpandangan kedua-dua frasa ini "memisahkan sokongan keilmuan daripada sokongan peribadi" dan "memisahkan sokongan keilmuan dengan sokongan peribadi", betul bergantung pada maksud yang hendak disampaikan. Seperti yang tuan maklumi kedua-dua kata sendi nama daripada dan dengan mempunyai fungsi yang berbeza, maka penggunaan kedua-dua perkataan tersebut hendaklah disesuaikan dengan konteks penggunaannya.Tatabahasa15.12.2016
Mohon bantuan untuk terjemahan personal shopper; adakah pembeli peribadi, pembeli-belah peribadi atau ada terjemahan lain yang bersesuaian?Untuk makluman, istilah "personal shopper" tidak ada dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Pembelian Peribadi.Penyemakan dan penterjemahan23.10.2018
definisi masalah peribadiMasalah peribadi bermaksud sesuatu yang memerlukan penyelesaian; perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran dalam diri sendiri.Makna05.07.2008
PENUHI KEPERLUAN PERIBADI atau PERNIAGAAN Kemakmuran hidup anda sekelurga atau perkembangan perniagaan dapat dirancang dengan baik melalui gabungan rangkaian produk-produk inovatif dari Bank Rakyat.Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,
kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda.
Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.
Lain-lain15.11.2017
MAKSUD NILAI PERIBADI DAN NILAI PENDIDIKAN

Saudara,

Secara umumnya,  nilai peribadi bermaksud sifat atau taraf diri dan nilai pendidikan pula boleh bermaksud sifat atau taraf sesuatu dari segi pendidikan. Walau bagaimanpaun, untuk mendapatkan maksud atau maklumat lanjut tentang perkara ini saudara perlulah membuat rujukan di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat saudara atau merujuk buku-buku tentang bidang berkaitan. 

Makna12.10.2010
Apakah maksud rangkaian perkataan "sumber peribadi" dalam ayat ini"memiliki kuasa dari sumber peribadi."Mohon puan memberikan ayat contoh yang lebih lengkap agar pihak kami dapat memberikan jawapan yang lebih tepat mengikut kesesuaian konteks.Makna15.06.2022
PERSONAL DATA OF MINOR - DATA PERIBADI MINOR When we intend to collect, use process and disclose personal data from minors (those below 18 years old), we take additional steps to protect their privacy, including: Adakah terjemahan topik DATA PERIBADI MINOR bertepatan dengan topik dalam BI PERSONAL DATA OF MINORCadangan terjemahan bagi perkataan "Personal data of Minor" ialah " "Data Peribadi Bawah Umur"Penyemakan dan penterjemahan31.03.2022
adakah perkataan personal telah boleh digunapakai seerti dengan peribadi. adakah ia bahasa inggeris @ telah dimelayukan?Padanan dalam bahasa Melayu bagi personal ialah peribadi, bermakna penggunaan personal tidak digalakkan kerana penggunaan istilah dalam bahasa Melayu diutamakan.Istilah10.05.2010
Apakah perbezaan antara 'akaun persendirian' dan 'akaun peribadi'?Dalam buku Daftar Istilah Kewangan, istilah yang digunakan ialah akaun persendirian, tidak ada maklumat akaun peribadi dalam pangkalan data kami.Istilah04.01.2017
apakah maksud karakter?

Saudara,

Perkataan tersebut bermaksud n 1. (in writing) huruf, aksara: Chinese ~s, huruf Cina; 2. mental and moral make-up, peribadi, sifat, watak: she has a strong ~, dia mempunyai peribadi yg tegas; ~ building, pembentukan peribadi; 3. moral strength, peribadi yg tinggi: a man of ~, seorang yg mempunyai peribadi yg tinggi; 4. distinguishing feature, ciri, sifat: a house with a ~ of its own, sebuah rumah yg mempunyai ciri yg tersendiri; 5. style, corak: the film changes in ~ half-way through, filem itu bertukar corak pd pertengahan cerita.

Tidak diberi padanan 'karakter' dalam bahasa Melayu.

Makna16.09.2010
12345678910...

Kembali ke atas