true proverb | peribahasa murni | Kesusasteraan | Tiada | Peribahasa-peribahasa yang terpilih mengandungi nilai-nilai murni bebas dari pengaruh luar. |
peribahasa | peribahasa | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
proverbial phrase | peribahasa prosa | Kesusasteraan | Tiada | Peribahasa yang panjang bentuknya biasanya dipakai oleh lingkungan yang beradat seperti trombo bagi masyarakat Minangkabau. Contoh: Hidup dikandung adat; Mati dikandung tanah. Hutang darah dibalas darah; Hutang nyawa nyawa padahnya. Hukum berdiri dengan saksi; Adat berdiri dengan tanda. Siapa menjala siapa terjun; Siapa berhutang siapa membayar; Siapa membunuh siapa kena bunuh. [Puisi Tradisional Harun Mat Piah hlm. 425] |
proper proverb | peribahasa murni | Kesusasteraan | Tiada | Susunan kata-kata yang padat mengandungi nilai-nilai benar, sesuai, sopan, dan selaras dengan pemikiran bangsa yang melahirkannya. |
adage/proverb | peribahasa | Kesusasteraan | Puisi | Ungkapan yang ringkas, padat dan terdapat unsur-unsur puitis untuk melahirkan kebenaran, prinsip hidup atau aturan tingkah laku yang wajar. Contohnya, Kalau takut dilambung ombak, Jangan berumah di tepi pantai. |
proverbial drama | drama peribahasa | Kesenian | Drama dan Teater | Genre drama yang mengutamakan penggunaan perumpamaan dalam penyampaian cerita. |
proverb | bidalan | Kesusasteraan | Puisi | Pepatah atau peribahasa yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu tradisional. Pada kebiasaannya isi ataupun amanat yang terkandung dalam sesuatu bidalan itu merupakan nasihat, peringatan, sindiran dan juga panduan hidup. Penyusunan kata� katanya juga lurus dan sederhana supaya dalam maksud yang hendak disampaikan mudah difahami oleh khalayak. Contohnya, seperti di bawah. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. |
perbilangan | perbilangan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi tradisional seperti peribahasa yang melahirkan kata-kata yang boleh diterima sebagai peraturan undang-undang atau nasihat yang boleh dijadikan panduan. Perbilangan biasanya mempunyai dua, tiga atau lebih banyak perenggan. Setiap barisnya menurunkan satu persatu perkara yang berkaitan dengan nasihat dan pengajaran. Perbilangan biasanya menjadi bahagian penting dalam kata-kata adat dan diterima sebagai undang-undang. Baris-baris perbilangan sering dimasukkan dalam undang-undang adat perpatih. Contohnya adalah seperti yang berikut: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Faham sesuai, benar seukur. Bulat segolek, pipih selayang. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing. Perbilangan dikenali juga sebagai bidalan atau pepatah. Lihat juga teromba. |
oral tradition | tradisi lisan | Kesusasteraan | Tiada | Buah fikiran, pantang larang, kepercayaan, dan peribahasa yang dipertuturkan secara lisan dari satu generasi ke generasi berikutnya. |
ungkapan | ungkapan | Kesenian | Tiada | Unsur yang mengambil bentuk dari ungkapan pepatah dan peribahasa. |