Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.gi] | ڤريݢي

Definisi : lubang (yg digali dlm tanah) utk men­dapatkan air, sumur: kerana tidak ada bekalan air paip, mereka bergantung pd ~ sahaja utk mendapat air; ~ buta perigi yg tidak mengandungi air lagi; ~ wakaf perigi utk digunakan oleh orang ramai; lopak (men)jadi ~ prb naik darjat (menjadi kaya dll); orang yg menunggu ~ itu, bilakah ia mati dahaga? prb orang yg hampir dgn orang yg berilmu (kaya dll) tidak mungkin menjadi bodoh (susah dll); sebab berkelahi dgn ~ akhirnya mati dahaga prb jangan menentang orang yg berkuasa nanti kita juga yg mendapat kesusahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.gi] | ڤريݢي

Definisi : lubang yg digali di tanah utk mendapatkan air; telaga: ~ buta perigi yg tidak berair lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perigi (kata nama)
Bersinonim dengan sumur, telaga, luak.,

Puisi
 

Gali perigi di tengah padang,
     Boleh saya menumpang mandi;
Ingat saya umur panjang,
     Bulan depan ke mari lagi.


Lihat selanjutnya...(59)
Peribahasa

Jangan diperlelarkan timba ke perigi,
     kalau tak putus genting.

Bermaksud :

Perbuatan yang jahat jangan dibiasakan. (Bandingkan dengan: Dilelar timba ke perigi; tak sekali, sekali pecah juga).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAPI

Kapi ialah mesin ringkas yang digunakan untuk

mengangkat benda berat dan menarik beban. Pada

masa dahulu, ia biasanya digunakan untuk

mengangkat air dari perigi.

UMUM 
KEMARAU

Kemarau ialah keadaan yang berlaku apabila

purata hujan bagi sesuatu kawasan turun jauh di

bawah amaun normal bagi tempoh yang lama.

     Anak sungai, kolam, perigi sering kali kering

semasa kemarau. Bekalan air untuk kegunaan

pertanian, perindustrian dan persendirian

berkurangan dengan banyak. Biasanya tanah atas

yang kering dan berderai terbang ditiup angin panas

kering (lihat Ribut debu). Di kawasan yang tidak diairi

kekurangan hujan menyebabkan tanaman ladang

menjadi layu dan haiwan ternakan mati.

UMUM 
SADLER'S WELLS

Sadler’s Wells ialah nama bagi sebuah teater

di London. Teater tersebut ialah tempat lahirnya

sebuah syarikat opera dan rombongan tarian

balet yang utama. Pada tahun 1683, seorang lelaki

bernama Sadler mendapati bahawa perigi yang

terletak di tanah kepunyaannya di utara London

mempunyai air yang boleh menyembuhkan

penyakit. Dia membina sebuah taman awam di

sekelilingnya. Ia menjadi masyhur sebagai kolam air

mineral dengan orang ramai boleh menikmati

pementasan dan muzik.

UMUM 
SAPSUCKER

Sapsucker adalah satu daripada sekumpulan

burung dalam famili belatuk. Ia hanya tinggal di

Amerika Utara. Burung ini dinamakan sapsucker

kerana sebahagian daripada dietnya ialah

sap daripada pokok. Ia memperoleh sap ini

dengan membuat lubang kecil yang dinamakan

perigi pada kulit pokok. Ia juga memakan serangga

yang tertarik kepada sap, memakan semut dan buah

liar. Sapsucker yang biasa didapati di timur Amerika

Syarikat ialah sapsucker perut kuning . Burung

jantannya mempunyai jambul dan leher berwarna

merah marak (skarlet) dan bahagian atas berwarna

hitam dengan tanda-tanda putih. Pada musim sejuk

sapsucker terbang ke selatan sejauh Amerika Tengah.

Ia bertelur dalam lubang di pokok. Burung betina

bertelur tiga hingga tujuh biji telur berwarna putih bersih.

Sapsucker dada merah barat tinggal di Pantai Pasifik. Burung

dewasa kedua-dua jantina mempunyai jambul, leher

dan dadanya, berwarna merah. Sapsucker

mempunyai tabiat yang hampir sama dengan burung

belatuk tetapi kadangkala ia merosakkan pokok.

UMUM 
PAM

Pam ialah sejenis peranti yang menggerakkan

atau memadatkan cecair dan gas. Pam digunakan

dalam pelbagai jenis mesin dan peranti lain,

termasuklah dalam sistem pemanas rumah, peti

sejuk, telaga minyak dan perigi, dan enjin turbojet

dan kereta. Bendalir (sama ada gas atau cecair)

yang digerakkan oleh pam termasuk udara untuk

mengembungkan tayar basikal hinggalah kepada

cecair natrium dan cecair kalium untuk

menyejukkan reaktor nuklear. Kebanyakan pam

dibuat daripada keluli, tetapi ada juga yang

dibuat daripada kaca atau plastik. Pam gas juga

dikenali sebagai pemampat, kipas, atau

penghembus.

UMUM 
TELAGA BATU

TELAGA BATU, tapak arkeologi yang penting dalam sejarah kerajaan Sriwijaya. Di sinilah ditemui inskripsi Telaga Batu, yang memberi gambaran tentang bagaimana kerajaan atau kedatuan Sriwijaya diperintah dan juga keadaan organisasi pemerintahan, serta cara keamanan dan perpaduan dikekalkan. Ia merujuk kepada sebuah perigi batu yang tidak diketahui umurnya dan terletak di bahagian barat sebuah kawasan yang kelihatan seperti sebuah pulau empat persegi dan dikenal dengan nama Sabukingking, 300 m dari Gedung Suro iaitu satu lagi tapak bersejarah di Palembang. Pada awal abad ke-20, telah ditemui sebuah prasasti yang penting kepada sejarah Sriwijaya. Prasasti tersebut dikenal dengan nama inskripsi Telaga Batu. Walaupun tidak ada tarikh, namun secara perbandingan dengan inskripsi Sriwijaya yang lain, dipercayai inskripsi itu dibuat pada akhir abad ke-7 M.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas