Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.hal] | ڤريحال

Definisi : 1 hal dan keadaan sesuatu: Saya ke mari hendak melihat temasya dan ~ negeri Melayu di sini. 2 sesuatu yg berlaku; peristiwa; kejadian: Telah dilihat baginda ~ itu, baginda pun terlalu murka. memerihalkan menceritakan atau menjelaskan sesuatu; menerangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perihal
1. Bersinonim dengan keadaan
( hal, perkara, peristiwa, kejadian, peri, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan mengenai
( berkenaan, tentang, fasal, akan, terhadap, darihal, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : memerihalkan, keperihalan, pemerihalan,

Peribahasa

Hitam bagai buntut (= pantat) belanga.

Bermaksud :

Perihal keburukan sifat seseorang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
neutralneutral1. Perihal atom yang mempunyai bilangan cas positif yang sama dengan cas negatif. 2. Perihal tidak bersifat asid dan tidak bersifat alkali, iaitu pada pH 7.Menengah Rendah
terbiodegradasibiodegradablePerihal bahan yang boleh mengurai atau mereput melalui tindakan biologi oleh mikroorganisma seperti bakteria.Menengah Rendah
reputdecayPerihal pemecahan bahan organik kompleks daripada sisa haiwan dan tumbuhan atau daripada organisma yang mati kepada bentuk yang lebih ringkas oleh tindakan mikroorganisma.Menengah Rendah
rasatastePerihal sesuatu yang dialami oleh lidah apabila bersentuh dengan sesuatu. Contohnya, rasa manis, pahit, masam dan masin.Menengah Rendah
perhatiobservePerihal memerhati sesuatu dengan teliti atau secara terperinci.Menengah Rendah
pekatconcentratedPerihal bahan yang likat, yang mengandungi zat terlarut yang tinggi.Menengah Rendah
mulurductilePerihal kebolehan logam yang boleh diketuk dan diubah bentuknya semasa sejuk tanpa patah.Menengah Rendah
malnutrisimalnutritionPerihal ketidakseimbangan zat makanan, sama ada dari segi kuantiti atau kualiti makanan.Menengah Rendah
layuwiltPerihal kelisutan pada tumbuhan seperti pada bunga dan daun.Menengah Rendah
kepekatanconcentrationPerihal kuantiti zat terlarut yang wujud dalam larutan dengan isi padu tertentu. Kepekatan diukur dalam mol per liter.Menengah Rendah
1234

Kembali ke atas