Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.ka.nan]/[per.i.ka.nan] | ڤرايکنن

Definisi : urusan (penangkapan, pemeliharaan) ikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.ka.nan]/[per.i.ka.nan] | ڤرايکنن

Definisi : urusan mengenai ikan: Jabatan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perikanan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jabatan Perikanan Malaysia telah mencipta satu inovasi yang dipanggil Malaysian Acetes Efficiency Device. Alat ini merupakan peranti yang dipasang pada pukat untuk menangkap udang baring. Alat ini akan menyisih atau menyediakan lalauan untuk anak-anak ikan kelauar dari pukat. Di mana ia hanya memerangkap udang baring sahaja. Jadi apakah istilah yang sesuai dalam Bahasa Malaysia?Soalan saudara akan kami ajukan kepada bahagian Peristilahan.  Kemungkinan proses mendapatkan jawapan yang sesuai akan mengambil masa.  Jawapan akan dikirim melalui e-mel.  Terima kasihIstilah26.06.2014
kedudukan perkataan "juga" dalam ayat perlu diletakkan di tengah ayat atau di akhir ayat. Contohnya : 1. Selain berperanan sebagai jalan perhubungan, laut penting "juga" dalam industri perikanan dan aktiviti ekonomi yang lain. atau 2. Selain berperanan sebagai jalan perhubungan, laut penting dalam industri perikanan dan aktiviti ekonomi yang lain "juga".Selain berperanan sebagai jalan perhubungan, laut juga penting dalam industri perikanan dan aktiviti ekonomi yang lain.Tatabahasa02.04.2015
industri perikanan membawa sumbangan yang semakin penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kita. mengapakah kesalahan tatabahasa ialah membawa? apakah perkataan yang sesuai menggantikan perkataan membawa jika membawa adalah salah.Merujuk Kamus Dewan antara maksud membawa ialah mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan: masa tiga tahun belumlah membawa perubahan sebanyak itu. Berdasarkan keterangan makna dan contoh tersebut, ayat industri perikanan membawa sumbangan yang semakin penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kita, betul cuma jarang digunakan. Yang biasa digunakan ialah memberi, padahal memberi juga bermaksud mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan.Tatabahasa08.07.2008
Jika dahulu kaum Melayu lebih tertumpu kepada bidang pertanian dan perikanan,kaum Cina memonopoli bidang perniagaan dan perlombongan serta India Tuan,saya nak tanya perkataan kata sendi nama ‘kepada’adalah salah digunakan di sini ya.Jika adalah salah setakat perlu tukar kepada apa kata sendi nama?Kepada ialah kata sendi nama yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan hal berikut:

1. Menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, dan institusi yang ada kaitannya dengan manusia.
2. Menyatakan pecahan.
3. Menyatakan perubahan keadaan.

Cadangan jawapan yang diberikan salah. Jawapan yang betul ialah pada.
Tatabahasa06.01.2021
Salam, bolehkah saudara menjelaskan apakah maksud brush pile dalam kontesk perikanan bahasa melayu? Adakah ia bermaksud longgokan kayu?Padanan brush pile ialah tumpuk berus, iaitu istilah yang digunakan dalam bidang Biologi.Istilah15.08.2016
Pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama agensi di bawahnya termasuk Jabatan Perikanan Malaysia telah menggunakan perkataan "Agropreneur" bagi maksud "Usahawan Tani". Jadi apakah kewajaran mengenai penggunaan terma ini?
Istilah "usahawan tani" merupakan istilah sasar bagi kata bahasa Inggeris 'agropreneur". Walaupun, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan agensi lain memilih untuk menggunakan kata bahasa asing tersebut, tidak dapat dinafikan kewujudan penggunaan kata bahasa Melayu "usahawan tani' dalam data korpus penggunaan masyarakat. Data korpus juga menunjukkan penggunaan kata "usahawan tani" lebih banyak digunakan berbanding kata "agropreneur" dalam teks bahasa Melayu pada ketika ini. Terdapat juga penggunaan kata ini yang telah didaftarkan dalam pertubuhan, skim, projek dan sebagainya. Oleh sebab itu, kata "usahawan tani" perlu dikekalkan dalam senarai istilah yang digubal, dan penggunaan kata ini adalah sangat digalakkan. Bahasa Jiwa Bangsa.
Istilah25.10.2023
Bolehkah perkataan PROPAGASI digunakan? Contoh ayat: Untuk membantu pemuliharaan terumbu karang, Jabatan Perikanan Malaysia memainkan peranan penting menjalankan kerja propagasi terumbu karang. Ia bertujuan untuk menjamin kelestarian dan meningkatkan litupan terumbu karang di perairan Malaysia.Perkataan propagasi boleh digunakan dalam ayat tersebut yang bermaksud pembiakan.
Lain-lain17.09.2020
Yang manakah antara berikut ejaan yang betul: Bioflok atau Biofloc? Istilah dalam bidang perikananJika ingin menggunakan istilah Biofloc dalam penulisan rasmi, perkataan tersebut perlu diitalikkan.Ejaan22.03.2022
Salam tuan/puan, Apakah terjemahan bahasa Inggeris untuk 'ikan todak'? Terima kasih.Dalam istilah bidang Perikanan, padanan bahasa Inggeris untuk "todak" ialah shortbill spearfish.Istilah19.12.2014
Assalamualaikum wrh wbt, Saya ingin mohon penjelasan penggunaan istilah yang betul bagi merujuk kepada nelayan menjalankan aktiviti perikanan di kawasan persisiran pantai. Apakah penggunaan istilah yang betul? Nelayan Persisiran Pantai atau Nelayan Pesisir Pantai atau Nelayan Pesisiran Pantai. Terima kasih.Jawapan yang betul ialah Nelayan pesisiran pantai.Lain-lain24.06.2021
12

Kembali ke atas