Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.ka.nan]/[per.i.ka.nan] | ڤرايکنن

Definisi : urusan (penangkapan, pemeliharaan) ikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.ka.nan]/[per.i.ka.nan] | ڤرايکنن

Definisi : urusan mengenai ikan: Jabatan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perikanan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERIKANAN

Perikanan ialah kawasan yang membekalkan

banyak ikan untuk tujuan komersial. Perikanan

pedalaman termasuk tasik, sungai dan penternakan

ikan. Kebanyakan tangkapan ikan di dunia datang

daripada perikanan laut. Spesies kod, ikan sebelah,

hering, sardin dan tuna menyumbang kepada

sebahagian besar sumber perikanan dunia yang

terpenting di dunia. Banyak negara mengamalkan

pengurusan perikanan untuk memulihara ikan.

Terdapat peraturan yang mengehadkan saiz dan

amaun ikan yang boleh ditangkap, dan juga musim

penangkapan ikan.

UMUM 
ALAT PERIKANAN LAUT

ALAT PERIKANAN LAUT, alat-alat yang digunakan untuk menangkap ikan di laut. Alat perikanan laut mengalami perkembangan pesat hasil daripada peningkatan teknologi dalam penangkapan ikan.

BUDAYAKonsep
INDUSTRI PERIKANAN UMUM 
ALAT PERIKANAN

ALAT PERIKANAN,  alat-alat yang digunakan untuk menangkap ikan di laut, sungai, kolam dan sebagainya.

BUDAYAKonsep
PERIKANAN LAUT

PERIKANAN LAUT, aktiviti menangkap ikan di pesisiran pantai dan di laut dalam.  Umumnya, perikanan laut menggunakan alat menangkap ikan seperti pancing, rawai, bubu, kelong, belat dan pukat.   Anak ikan atau sotong digunakan sebagai umpan untuk pancing dan rawai.  Antara ikan yang ditangkap termasuklah kurau, yu, talang, jenahak, alu-alu, pari, landuk, tenggiri, gerpoh dan senangin.  Biasanya hasil tangkapan ini adalah untuk kegunaan sendiri atau dijual.

BUDAYAKonsep
PERIKANAN DARAT

PERIKANAN DARAT,  aktiviti menangkap ikan air tawar di sungai, anak sungai, tasik, sawah, kolam dan muara sungai.  Antara ikan yang sering ditangkap ialah bujuk, haruan, limbat, puyu, sepat, keli, tengas, seluang, baung, sebarau, kelah, jelawat, kelaba, patin, lampan, toman dan tilapia.

BUDAYAKonsep
ALAT PERIKANAN DARAT

ALAT PERIKANAN DARAT, alat-alat yang digunakan untuk mengakap ikan di sungai, kolam, tasik, sawah, parit dan paya.

BUDAYAKonsep
DAERAH GRAMPIAN

Daerah Grampian, di timur laut Scotland, ialah

kawasan yang maju dalam industri pertanian

dan perikanan. Pada tahun 1970-an, Aberdeen,

bandar utamanya, menjadi pusat industri minyak

Laut Utara.

UMUM 
ABERDEEN

Aberdeen (pend. 201 099) ialah pusat universiti

lama dan bandar utama di utara Scotland. Bagi lokasi,

lihat Scotland (peta politik). Ia merupakan pusat

perkhidmatan utama bagi industri minyak di Laut

Utara. Ia juga merupakan pelabuhan perikanan yang

utama  di United Kingdom.

UMUM 
PERTUBUHAN MAKANAN DAN PERTANIAN

Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)

ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Nama penuhnya ialah Pertubuhan Makanan dan

Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Agensi

ini berusaha untuk memperbaik pengeluaran,

pengedaran, dan penggunaan makanan dan lain-lain

keluaran ladang, hutan dan perikanan di dunia.

Matlamatnya termasuk meningkatkan paras

pemakanan dan taraf hidup manusia, terutamanya

orang miskin di luar bandar. Lebih kurang 160

negara menganggotai pertubuhan ini.

UMUM 
123

Kembali ke atas