Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rin.cian] | ڤرينچين

Definisi : 1. pembahagian (pemecahan) dlm bahagian yg kecil-kecil, perincisan: jadual yg menunjukkan ~ perolehan dan per­be­lanjaan dlm setahun; 2. huraian (tafsiran) sesuatu rancangan dll: ~ rancangan pem­bangunan yg diterima oleh kabinet; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rin.cian] | ڤرينچين

Definisi : huraian (keterangan) yg meliputi tiap-tiap aspek atau butir sesuatu perkara (perbelanjaan dll): perdebatan mengenai ~ belanjawan Kementerian Pelajaran akan diteruskan esok; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rin.cian] | ڤرينچين

Definisi : 1 pembahagian kpd beberapa bahagian yg kecil. 2 huraian atau tafsiran ttg sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.rin.cian] | ڤرينچين

Definisi : huraian penuh ttg sesuatu dgn menyebut hal yg kecil-kecil: Utk meyakinkannya, saya berikan ~ ttg rancangan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perincian


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
protection philosophy; Br. filosofi perlindungan; Id. filosofi proteksi) Penerangan tidak formal tentang reka bentuk suatu sistem maklumat terautomasi yang tertumpu kepada mekanisma keselamatan yang digunakan. Gabungan falsafah perlindungan sebegini dengan perincian keupayaan keselamatan yang lebih formal diperlukan untuk membuktikan mekanisma keselamatan yang wujud dalam sistem maklumat tersebut memadai untuk menjamin keselamatan komputer. FTP anonim (Ig. anonym FTP; Br. FTP anonim; Id Syarikat. Senarai ini diterbitkan dalam Katalog Produk dan Perkhidmatan Keselamatan Sistem Maklumat yang juga diterbitkan oleh NSA. seni bina keselamatan (Ig. security architecture; Br. seni bina keselamatan; Id. arsitektur sekuritas) Perincian lengkap tentang semua komponen dan ciri sistem yang berkaitan dengan keselamatan dan juga prinsip yang digunakan semasa pembangunan dan reka bentuk mekanisma keselamatan dalam sistem berkenaan. Perincian ini menerangkan cara

Kembali ke atas