Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.in.dus.trian]/[pe.rin.dus.trian] | ڤرايندوسترين

Definisi : perihal industri, yg berkaitan dgn industri: (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.in.dus.trian]/[pe.rin.dus.trian] | ڤرايندوسترين

Definisi : hal mengenai industri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perindustrian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Yang mana satukah betul untuk digunakan di papan tanda a) Taman Perindustrian Makanan Halal Pasir Mas atau Taman Industri Makanan Halal Pasir Mas b) Taman Industri Gambang atau Taman Perindustrian Gambang? c) Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan atau Taman Industri Malaysia- China Kuantan. Terima Kasih.Jawapan yang betul:
a. Taman Industri Makanan Halal Pasir Mas
b. Taman Industri Gambang
c.  Taman Industri Malaysia-China Kuantan
Istilah11.02.2014
Memohon bantuan pihak tuan untuk menyemak ejaan jawi bagi 'Kawasan Perindustrian' seperti lampiran berikut. Terima kasih.Tiada lampiran yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, ejaan jawi untuk "Kawasan Perindustrian" ialah   (kawasan Perindustrianکاوسن ڤرايندوسترينTatabahasa31.12.2015
TANAH PERINDUSTRIAN UNTUK DIJUAL/DISEWA Industrial Land for Sale (BESIDE BILLION SUPERMARKET, BANDAR SRI ISKANDAR) Mr Sella:019-4334864 Ms Michelle:016-5205271Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain06.07.2015
Perkataan "Kemahiran Perindustrian" atau "Kemahiran Industri" yang lebih tepat digunakan untuk membawa maksud "Kemahiran yang diperlukan oleh individu untuk melaksanakan tugas-tugas di industri"?Perkataan yang betul ialah “Kemahiran Industri”Tatabahasa14.10.2020
Saya ingin makluman mengenai status penerbitan manuskrip saya bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' Rujukan DBP/428/100-1/1/1/90 K.11(123).Salam tuan budiman,

manuskrip bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' telah selesai disunting, dan telah diemelkan kepada penulis untuk semakan dan pengesahan penulis. Sebarang pertanyaa berhubung perkara di atas, bolehlah menghubungi:  Puan Raba’ah Jaffar, Penolong Editor, Bahagian Buku Umum melalui talian telefon 03-21479429 atau e-mel rabaah@dbp.gov.my

 

 
Lain-lain03.12.2019
Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Melayu SelangorTidak ada soalan yang dikemukakan. Untuk pengesahan nama tempat dan bangunan, sila klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.Lain-lain06.01.2014
Ingin mendapatkan khidmat nasihat untuk nama jalan perindustrian.

Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka ada menerbitkan sebuah buku yang diberi nama Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan untuk dijadikan panduan dan rujukan oleh masyarakat pengguna bahasa dalam aspek penamaan. Saudara boleh merujuk buku ini untuk mendapatkan panduan tentang penamaan. Penamaan hendaklah menggunakan bahasa Melayu dan tidak bertentangan dengan perlembagaan, undang-undang dan kepercayaan agama mana-mana suku kaum di negara kita, yang ringkas, mudah diucapkan, sedap didengar, tidak berkonotasi negatif dan bermakna positif dan tepat, seboleh-bolehnya yang terakam di dalam Kamus Dewan.

Dalam hal penamaan yang dikemukakan adalah lebih baik nama tersebut dibentuk dalam bahasa kebangsaan dan beridentiti nasional, contoh: "Jalan Seri Murni", "Jalan Harmoni" dan sebagainya. 

Lain-lain24.02.2022
penamaan tempat yang sebenarnya telah diwartakan."Kawasan Perindustrian Temasya"Tatabahasa18.12.2013
Mohon terjemahan bagi yang frasa Inggeris dalam ayat berikut: Bagi mendepani Revolusi Perindustrian Keempat, institusi perlu menguasai 11 'enabling technologies' yang berikut: 1. Big Data Analytics (Analisis Data Raya?) 2. Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan) 3. Augmentd Reality (Realiti Terimbuh) 4. Additive Manufacturing (Pembuatan Bahan Tambah) 5. Cybersecurity (Keselamatan Siber) 6. Systems Integration (Integrasi Sistem / Sistem Bersepadu?) 7. Internet of Things (Internet Benda) 8. Simulation (Simulasi) 9. Advanced Materials (Bahan Canggih?) 10. Autonomous Robots (Robot Berautonomi) 11. Cloud Computing (Pengkomputeran Awam) Terima kasihTerjemahan yang sesuai bagi perkataan bahasa Inggeris yang diberikan ialah:
 
1. Big Data Analytics - Analisis Data Raya
2. Artificial Intelligence - Kecerdasan Buatan
3. Augmentd Reality - Realiti Terimbuh
4. Additive Manufacturing - Pembuatan Bahan Tambahan
5. Cybersecurity - Keselamatan Siber
6. Systems Integration - Sistem Bersepadu
7. Internet of Things - Internet Benda
8. Simulation - Simulasi
9. Advanced Materials - Bahan Termaju
10. Autonomous Robots - Robot autonomi
11. Cloud Computing - Pengkomputeran Awam
12. enabling technologies - Teknologi pemboleh
Terima kasih
Makna03.10.2018
Faktor-faktor campurtangan British di Tanah MelayuKedatangan British ke Tanah Melayu adalah kerana faktor ekonomi, agama dan ingin mencari kemasyhuran. Berikutan Revolusi Perindustrian, England memerlukan bekalan bahan mentah seperti bijih timah, rempah dan getah. Dari segi agama pula, berikutan Perang Salib di Eropah, kuasa - kuasa Barat cuba melemahkan perkembangan agama Islam walau di mana juga pusat perkembangannya.  Selain itu, kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba mencari tanah jajahan bagi mendapatkan kemasyhuran sebagai satu kuasa dunia yang gagah. Tanah jajahan juga menjadi tempat memasarkan barangan keluaran mereka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Sejarah Malaysia Sepintas Lalu oleh Zainal Abidin Abdul Wahid et.al., buku Malaysia oleh Rupert Emerson, dan lain-lain. Lain-lain01.03.2008
123

Kembali ke atas