Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.in.dus.trian]/[pe.rin.dus.trian] | ڤرايندوسترين

Definisi : perihal industri, yg berkaitan dgn industri: (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.in.dus.trian]/[pe.rin.dus.trian] | ڤرايندوسترين

Definisi : hal mengenai industri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perindustrian


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
REKA BENTUK PERINDUSTRIAN

Reka bentuk perindustrian ialah proses

merancang serta mengembangkan keluaran dan

sistem. Pereka bentuk perindustrian mencipta

keluaran untuk membentuk sesuatu tugas khusus.

Keluaran mestilah menarik serta selamat, boleh

diharap, dan mudah diselenggara. Keluaran itu

hendaklah mudah dan tidak mahal untuk dibuat

atau dikeluarkan. Pereka bentuk perindustrian

mestilah menggabungkan kebolehan seni dengan

pengetahuan tentang ilmu kejuruteraan, kos,

bahan, proses pembuatan, dan keadaan pasaran.

UMUM 
PERHUBUNGAN PERINDUSTRIAN

Perhubungan perindustrian adalah cara

majikan dan pekerjanya berurusan antara satu sama

lain. Sistem perhubungan perindustrian

menetapkan tradisi atau peraturan yang mengawal

proses ini. Di sesetengah negara, proses ini dikenali

sebagai perhubungan buruh .

UMUM 
PSIKOLOGI PERINDUSTRIAN

Psikologi perindustrian berkaitan dengan

orang ramai di tempat kerja. Ia dikenali juga

sebagai psikologi personel . Bidang yang berkait

rapat dengannya ialah psikologi organisasi . Secara

tradisinya, ahli psikologi perindustrian telah

membuat penilaian terhadap perbezaan antara

pekerja dan telah mengukur mutu kerja

perseorangan. Ahli psikologi organisasi cuba

memahami bagaimana fungsi bekerja dalam

sesebuah organisasi dan bagaimana pula fungsi

organisasi dalam sesebuah masyarakat.

UMUM 
REVOLUSI PERINDUSTRIAN

Revolusi Perindustrian. Pada tahun 1700-an

dan awal tahun 1800-an, perubahan besar-besaran

berlaku dalam kehidupan dan pekerjaan penduduk

di beberapa tempat di dunia. Perubahan ini berlaku

kerana kemajuan industri. Revolusi Perindustrian

bermaksud perubahan-perubahan yang berlaku

dan zaman perubahan itu berlaku.

UMUM 
LEMBAGA KEMAJUAN PERINDUSTRIAN MALAYSIAOrganisasi ekonomiEKONOMI DAN PENGURUSANInstitusi/Organisasi
TIMBANG TARA PERINDUSTRIAN

Timbang tara perindustrian lihat Timbang

tara .

UMUM 
SHEFFIELD

Sheffield (pend. 500 500; pend. kaw. met. 1 303 200)

ialah bandar raya perindustrian di utara-tengah

England. Bandar raya ini terletak di kawasan

berbukit yang indah di pertemuan Sungai Don dan

Sungai Sheaf (lihat England [peta politik]). Sebagai

sebuah bandar raya perindustrian yang penting,

Sheffield telah lama menjadi sebuah pusat untuk

pengeluaran keluli, pinggan perak, dan barangan

logam bermutu tinggi. Alat memotong dan kutleri,

iaitu barangan perak, cerek, dan perkakas meja lain

terkenal pada peringkat antarabangsa.

UMUM 
INSTITUT STANDARD & PENYELIDIKAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (SIRIM) UMUM 
MICHIGAN

Michigan ialah negeri perindustrian yang

penting di kawasan Tasik-tasik Besar Amerika

Syarikat. Michigan merupakan sebuah kawasan

pembuatan yang utama. Detroit pula ialah bandar

raya terbesar di Michigan manakala Lansing ialah

ibu negeri.

UMUM 
MANCHESTER Manchester
ialah bandar perindustrian yang
besar yang terletak di barat laut England
UMUMUmum
123456789

Kembali ke atas