Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.nga.tan]/[per.i.nga.tan] | ڤرايڠتن

Definisi : 1. nasihat (teguran dll) utk diingati: saya telah beberapa kali mengingatkan dia tentang kecuaiannya itu tetapi ~ saya tidak dipedulikannya; 2. catatan, keterangan: semua perkara besar yg berlaku tiap-tiap hari dicatatnya dlm sebuah buku ~; 3. sesuatu yg digunakan utk memperingati atau mengenang sesuatu, kenang-kenangan: ia membeli sebuah lencana kecil tanda ~ menyambut kemerdekaan; tugu ~; 4. ingatan: ~ manusia hanya singkat sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.nga.tan]/[per.i.nga.tan] | ڤرايڠتن

Definisi : 1 hal memberi ingat, memberi nasihat dll utk mengingatkan: Dia telah menerima surat ~ dr pejabat tanah. 2 sesuatu yg mesti diingat: Kejadian itu menjadi ~ kpd kita semua. 3 sesuatu yg digunakan utk memperingati; kenang-kenangan: tugu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ingat (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sedar: tahu, terkenang,

2. Bersinonim dengan bercadang: berhajat, berniat,

3. Bersinonim dengan fikir: rasa, agak,

Kata Terbitan : beringat-ingat, mengingatkan, memperingati, memperingatkan, teringat-ingat, ingatan, ingat-ingatan, peringatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reminder of pawn expiryperingatan tamat tempoh gadaianEkonomiEkonomi IslamPemberitahuan yang dihantar oleh pegadai kepada penggadai sebagai makluman bahawa tarikh tamat tempoh gadaian telah hampir. Peringatan ini diberitahu kepada penggadai secara berperingkat mengikut taraf dan jenis peringatan tersebut. Contohnya, Bank Rakyat mengeluarkan tiga jenis peringatan, iaitu peringatan pertama dikeluarkan pada 14 hari sebelum tamat tempoh gadaian, peringatan kedua, satu hari selepas tamat tempoh gadaian dan peringatan terakhir, 14 hari selepas tamat tempoh peringatan kedua. Sekiranya barang gadaian tidak ditebus dengan segera selepas peringatan terakhir barang gadaian akan dilelong.
warning panekaca peringatanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKotak dialog yang dipaparkan untuk memaklumkan pengguna berkenaan ralat, masalah keselamatan, amaran, atau peringatan untuk mempertingkat keupayaan keselamatan komputer. Kaca peringatan sering disertakan dalam perisian untuk memaklumkan pengguna sekiranya terdapat insiden keselamatan pada perisian tersebut.
reminder lettersurat peringatanPentadbiran PerniagaanTiadaSurat yang memberi peringatan mengenai sesuatu perkara seperti surat teguran atau amaran.
reminderperingatanPentadbiran PerniagaanTiadaCatatan atau keterangan yang biasanya dicatat oleh setiausaha sebagai tanda ingatan.
discrepancy noteperingatan kesilapanPentadbiranTiadaTiada
memorial parktaman peringatanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
memorial volumenaskhah peringatanPerpustakaanTiadaTiada
crib cardkad peringatanKomunikasiTiadaLihat: kad kiu.
reminder adversitingiklan peringatanPentadbiranTiadaPengiklanan yang digunakan untuk membuat pengguna sentiasa mengingati sesuatu keluaran.
reminder therapyterapi peringatanPergigianTiadaKaedah rawatan dan pembelajaran secara mengulang kembali sesuatu yang telah diajar atau diberitahu pada sesi rawatan sebelumnya. Terapi ini untuk mengingatkan kembali pesakit terutama pesakit istimewa tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan rawatan yang telah atau akan diberikan.
123

Kembali ke atas