Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ingat (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sedar: tahu, terkenang,

2. Bersinonim dengan bercadang: berhajat, berniat,

3. Bersinonim dengan fikir: rasa, agak,

Kata Terbitan : beringat-ingat, mengingatkan, memperingati, memperingatkan, teringat-ingat, ingatan, ingat-ingatan, peringatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Tuan, dalam kertas mesyuarat saya pernah terjumpa frasa PERINGATAN MESYUARAT. Adakah maksudnya sama dengan MINIT MESYUARAT? Mana lebih tepat antara keduanya mengikut pandangan DBP?Adakah menjadi satu kesalahan gaya penulisan Minit mengikut stail tersendiri?Contohnya mengikut sistem penomboran contohnya Perkara 1 ada pecahan 1.2 atau dipecahkan lagi 1.2.1 dan sebagainya, atau mengikut turutan seperti sistem Jabatan Pelajaran dengan melabelkan Perkara I,II,III,IV sehingga seterusnya. Terima kasih Ismail Hashim-Baling Kedah

Peringatan Mesyuarat sama maksudnya dengan Minit Mesyuarat. Walau bagaimanapun Minit mesyuarat  lebih tepat penggunaannya kerana minit merupakan  catatan tentang apa yang telah diperkatakan (dibincangkan) atau dipersetujui (dlm mesyuarat, perundingan, dan sebagainya). Gaya penulisan Minit tidak semestinya sama antara semua organisasi. Minit mesyuarat DBP tidak sama 100 peratus dengan minit mesyuarat Kementerian Pelajaran, Intan ataupun Jabatan Perkhidmatan Awam. Namun, minit mesyuarat yang baik hendaklah mematuhi ciri-ciri berikut: format yang betul (tajuk, maklumat mesyuarat, kehadiran), fakta betul, catatan yang ringkas, bahasa yang mudah difahami (tatabahasa yang betul).

Tatabahasa10.04.2011
1. Tips and treats 2. Microsoft Group of Co.1. Panduan dan peringatan 2. Kumpulan Syarikat MicrosoftLain-lain11.02.2009
Ingin mengemukankan beberapa soalan dan memerlukan huraian secara terperinci. 1. Penggunaan perkataan t-shirt dan track suit. Soalan: Perlu diitalikan atau tidak? Huruf 't' pada perkataan t-shirt perlu besar atau tidak? 2. kundasang war memorial dan poring hot spring. Soalan: perlu atau tidak diitalikkan? sekiranya nama tempat tersebut tidak terdapat dalam bahasa melayu adakah ia tidak perlu diitalikkan? Contohnya: BI : kundasang war memorial BM : tugu peringatan kundasang 3.Perkataan waalaikumussalam. Soalan: Perlu diitalikkan atau tidak? Kerana perkataan tersebut tidak terdapat dalam kamus dewan. Adakah konteks penggunaannya sama dengan perkataan assalamualaikum? 4. perkataan mad wajib. Soalan: adakah ia merupakan kata nama khas? Sekiranya perkataan tersebut adalah kata pinjaman adakah ia perlu diitalikkan?1. T-shirt dan track suit telah ada padanan dalam bahasa Melayu, iaitu kemeja-T dan pakaian trek.
2. Begitu juga dengan war memorial telah ada padanan dalam bahasa Melayu, iaitu tugu peringatan atau tugu peringatan perang. Oleh itu Kundasang war memorial boleh diterjemahkan kepada Tugu Peringatan Perang Kundasang.
3. Perkataan waalaikumussalam tidak perlu diitalikkan.
4. Perkataan mad wajib ialah istilah khusus bahasa Arab dan perlu diitalikkan.
Tatabahasa08.05.2012
1. Bolehkah bina ayat untuk membezakan makna 'mencatat' dengan 'mencatatkan'? 2. Sila buat penjelasan lanjut tentang kosa kata tersebut.Mencatat bermaksud 1. menulis atau merakamkan sesuatu (dalam buku dan lain-lain) untuk peringatan (perhatian pada masa hadapan  dan lain-lain 2. membuat, merintis, memelopori  3. mencapai, memperoleh, mendapat (kemenangan, kejohanan, hasil,  dan lain-lain ). Mencatatkan pula bermaksud 1. menuliskan atau merakamkan sesuatu (dalam buku, fail,  dan lain-lain ) untuk peringatan (tatapan pada masa hadapan dll) 2. mendaftarkan (diri, nama). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Pelajar.Makna28.09.2017
Selamat Sejahtera. Sila semak ejaan jawi untuk perkataan "Taman Peringatan Nian En" Terima Kasih.Sila buat pembetulan dan kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my.
1. 24 HOURS tukar kepada 24 JAM
2. HOTLINE tukar kepada TALIAN PENTING
3. Betulkan ejaan:  ڤرايڠتن dan  اين
Ejaan08.08.2017
Salam, 1. Bunyi yang (kuat) itu telah mengganggu ketenteraman jiran tetangga. 2. Bunyi yang (bising) itu telah mengganggu ketenteraman jiran tetangga. Soalan : Adakah (kuat) dan (bising) betul digunakan dalam ayat no.1 dan ayat no.2 ? 3. (Pokok-pokok) di kampung itu musnah kerana dipukul ribut kencang. Soalan : Adakah (pokok-pokok) betul/boleh digunakan dalam ayat no.3 ? 4. Maksud (tanda mata) ialah (a) hadiah (b) pemberian percuma atau ada jawapan lain yang lebih sesuai ? Sekian, terima kasih.1. Perkataan bising yang sesuai untuk ayat tersebut.
2. Pokok tidak sesuai digunakan untuk ayat tersebut, sebaliknya rumah atau bangunan lebih sesuai.
3. Tanda mata ialah hadiah untuk kenangan atau barang pemberian untuk peringatan.
Tatabahasa05.03.2012
Selamat petang. 1.Adakah "batu nadir" boleh digunakan untuk menghuraikan batu yang luar biasa yang jarang didapati? 2.Apakah nama yang sesuai untuk batu-batu aneh yang besar yang digunakan sebagai hiasan di dalam taman bunga? Terima kasih.
  1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, nadir bermaksud:
          i. perahu (di Melaka);
         ii. titik paling rendah bagi sesuatu jasad cakerawala, yang terletak langsung di bawah kaki pemerhati;
        iii. bahasa Arab: jarang ada atau didapati ganjil.
    Oleh itu, “batu nadir” sesuai digunakan untuk menghuraikan batu yang luar biasa dan jarang didapati.

  2. Untuk makluman tuan, berdasarkan carian dalam pangkalan data kami, tiada nama khusus yang sesuai digunakan bagi batu-batu aneh yang besar yang digunakan sebagai hiasan di taman bunga. Walau bagaimanapun, batu-batu yang digunakan dalam tujuan landskap kebiasaannya hanya disebut sebagai batu hiasan. Carian dalam pangkalan data kami juga, terdapat istilah batu monumental dalam bidang landskap iaitu blok batu yang luar biasa besarnya seperti batu yang digunakan sebagai batu peringatan, pembinaan air terjun atau mercu tanda. Untuk membantu tuan menyelesaikan hal berkaitan ini, tuan disarankan untuk membuat lebih banyak rujukan di perpustakaan atau boleh merujuk Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. 
Lain-lain26.01.2021
Tuan, berpandukan maksud ketiga perkataan "maka" dalam Kamus Dewan, "maka" bermaksud "bahawa". Jadi, soalan saya, bolehkah perkataan "maka" digunakan sebagai kata komplemen dalam ayat majmuk pancangan komplemen? Contoh ayat: 1. Orang itu menafikan maka dia mencuri dompet itu. Dalam ayat ini, "maka" bermaksud "bahawa". Namun begitu, ayat ini menimbulkan kekeliruan pengguna bahasa. Pengguna bahasa akan keliru sama ada ayat ini bermaksud "Orang itu menafikan bahawa dia mencuri dompet itu", atau "Orang itu menafikan lalu dia mencuri dompet itu." Hal ini kerana selain bermaksud "bahawa", perkataan "maka" juga bermaksud "lalu, dan". Contoh-contoh ayat lain: 2. Lee Kian mendengar maka ada satu peraduan menyanyi yang akan diselenggarakan pada Isnin hadapan. 3. Cikgu Rabiatul mengatakan maka sesiapa yang bising tidak dibenarkan balik. 4. Kerajaan menegaskan maka walau dalam apa jua keadaan pun, rakyat Malaysia mesti bersatu. 5. Encik Wong berasa maka di sebalik lelaki yang berjaya pasti ada seorang wanita yang menyokongnya. Sebagai peringatan kepada tuan, semua perkataan "maka" dalam ayat 2,3,4 dan 5 bermaksud "bahawa" dan memikul tugas yang sama dengan kata hubung komplemen.Kata “maka” tidak boleh berfungsi sebagai kata komplemen. Maksud ketiga bagi “maka” yang bermaksud “bahawa” hanya dalam maksud seperti ayat contoh yang dirakamkan dalam kamus. Sebagai peringatan, terdapat dua kata komplemen dalam bahasa Melayu, iaitu untuk dan bahawa, sila rujuk Tatabahasa Dewan. 1">Tatabahasa07.12.2014
Adakah terma "Yang benar" dan "saya yang menurut perintah" dibenar untuk digunakan sebagai pengakhiran surat (signing off) di dalam surat-surat rasmi kerajaan? Jika dibenarkan, keadaan yang bagaimanakah kedua-dua terma itu dibenar untuk digunakan? Apakah yang membezakan kaedah penggunaannya? Berikut adakah cadangan yang digariskan: Adakah sesuai? Penggunaan signing off “Saya yang menjalankan tugas”: 1. Surat berbentuk hebahan penguatkuasaan seperti Pekeliling, Garis Panduan dan Peraturan yang sedang atau akan dilaksanakan 2. Surat berbentuk peringatan seperti makluman penting, teguran dan tindakan tatatertib 3. Surat berbentuk maklumbalas atau penjelasan kepada pihak atasan seperti Pengurusan Universiti, Kementerian dan pihak berkepentingan. Penggunaan signing off “Yang benar”: 1. Surat berbentuk umum seperti memohon penajaan, kelulusan program, rayuan dan pelantikan. 2. Surat jemputan seperti menghadiri Mesyuarat dan Program Rasmi Universiti 3. Surat penghargaan dan ucapan tahniah 4. Memo edaran dalaman Jabatan – Ketua Jabatan kepada kakitangan jabatan masing-masing Mohon pandangan dan nasihat daripada pihak Tuan. Terima kasih.Kedua-dua klausa ini "Saya yang menurut perintah" dan "Saya yang menjalankan tugas" adalah betul. Pemilihan penggunaan penutup surat rasmi  bergantung kepada organisasi masing-masing, tidak tertakluk pada konteks penggunaan dan tajuk surat. Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai garis panduan dalaman tersendiri, dan kami menggunakan klausa "Saya yang menurut perintah". Sekiranya oraganisasi tuan berhasrat menggunakan klausa "Saya yang menjalankan tugas", itu merupakan gaya surat rasmi tersendiri organisasi tuan. Adapun klausa "Yang benar" lazimnya digunakan dalam surat tidak rasmi.Tatabahasa26.09.2016
Salam satu Malaysia, Apakah perbezaan perkataan "petunjuk" dan "penunjuk"? Kedua-duanya merupakan terjemahan bagi "Indicator" namun saya kurang pasti penggunaan perkataan mana yang betul. Harap pihak DBP dapat memberikan sedikit penerangan mengenai perkataan berkenaan. Terima kasih.

“Indicator” diberikan padanan “penunjuk” dalam bahasa Melayu, iaitu dalam konteks  sesuatu yang digunakan sebagai panduan (untuk melakukan sesuatu), peringatan, rujukan.  1">

Istilah14.01.2015

Kembali ke atas