Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perintah;

Puisi
 

Siti Wan Kembang perintah Kelantan,
     Nama termasyhur zaman dahulu;
Baik-baik memilih intan,
     Takut terkena kaca dan batu.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Keras ditakik,
     lunak disudu.

Bermaksud :

Perintah haruslah dilakukan dengan segala kebijaksanaan.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam hormat, harap dapat terjemah perintah-perintah am ini ke bahasa inggeris. terima kasih.

Saudara Nadia,

Pihak DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan dokumen seperti yang dikemukakan. Pihak DBP hanya menyediakan khidmat penyemakan penggunaan bahasa dalam dokumen selain khidmat nasihat bahasa melalui telefon, e-mel, faksimile dan khidmat dalam talian. Oleh yang demikan  saudara boleh menghubungi Institut Terjemahan Negara, no. telefon 03- 41497210 atau www.itnm.com.my

 

Lain-lain27.07.2010
Saya ingin pencerahan, ayat "saya yang menurut perintah" dalam penulisan surat rasmi merujuk kepada perintah siapa? Adakah perintah Kerajaan atau perintah DYMM Raja atau DYMM Sultan? Soalan ini pernah ditanya kepada saya semasa proses temuduga pekerjaan... Terima kasihUngkapan "Saya yang menurut perintah" bermaksud perintah pegawai atasan kita. Dalam konteks penjawat awam berkemungkinan merujuk perintah ketua organisasi kita dan ketua kita menurut perintah pegawai yang lebih tinggi hinggalah Ketua Setiausaha Negara.Tatabahasa11.03.2015
Salam, Soalan pertama: Saya ingin bertanya tentang kata perintah. Betulkah ayat berikut jika saya ingin katergorikan sebagai ayat perintah dengan menggunakan kata perintah? 1. Harap perselisihan faham ini tidak berlanjutan. 2. Minta setiap daripada peserta memikirkan idea yang bernas tentang projek ini. 3. Harap kehadiran wanita itu tidak menjejaskan majlis yang bakal berlangsung. Soalan kedua: Adakah kata perintah 'jemput' hanya boleh digunakan untuk mengajak, mempelawa org masuk ke rumah atau makan atau merasa hidangan?Bolehkah penggunaan kata perintah itu diperluas?Dan apakah contoh lain yang boleh digunakan? Soalan Ketiga: Dalam Tatabahasa Dewan, kata perintah yang disenaraikan ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Bagaimana pula dengan kata 'ayuh', 'mari' dan sebagainya? Tidakkah boleh dikira sebagai kata perintah juga? Terima kasih.Salam, Soalan pertama: Saya ingin bertanya tentang kata perintah. Betulkah ayat berikut jika saya ingin katergorikan sebagai ayat perintah dengan menggunakan kata perintah? 1. Harap perselisihan faham ini tidak berlanjutan. 2. Minta setiap daripada peserta memikirkan idea yang bernas tentang projek ini. 3. Harap kehadiran wanita itu tidak menjejaskan majlis yang bakal berlangsung. Soalan kedua: Adakah kata perintah 'jemput' hanya boleh digunakan untuk mengajak, mempelawa org masuk ke rumah atau makan atau merasa hidangan?Bolehkah penggunaan kata perintah itu diperluas?Dan apakah contoh lain yang boleh digunakan? Soalan Ketiga: Dalam Tatabahasa Dewan, kata perintah yang disenaraikan ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Bagaimana pula dengan kata 'ayuh', 'mari' dan sebagainya? Tidakkah boleh dikira sebagai kata perintah juga? Terima kasih.
Ayat 1, 2 dan 3 merupakan ayat perintah (jenis ayat permintaan). Sementara kata 'jemput, 'ayu'h dan 'mari' merupakan ayat perintah jenis silaan. Rujuk semula Tatabahasa Dewan, muka surat 450-452.
Tatabahasa10.05.2013
Apakah makna ayat imperatif?Makna ayat imperatif ialah ayat perintah. Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau, dan sebagainya yang biasanya digugurkan berdasarkan perkataan yang digunakan, ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis berikut: (i) Ayat suruhan (ii) Ayat larangan (iii) Ayat silaan (iv) Ayat permintaanMakna16.07.2006
APAKAH PENANDA PERINTAH?Penanda perintah bermaksud perkataan/ayat yang membawa maksud perintah. Kata mohon, sila ialah antara penanda perintah (bentuk halus) yang sering digunakan.Makna01.10.2006
Hi, padanan "command line" ialah "garis perintah" atau "baris perintah"?penggunaan yang tepat adalah mengikut konteks penggunaannya. cadangan daripada kami ialah garis perintah.Tatabahasa09.08.2007
Saya ada sedikit berkaitan kata ganti bagi Titah Diraja. Adakah ada kata ganti lain yang boleh digunakan selain daripada Titah Diraja?"Titah" bermaksud "perintah". "Titah Diraja" bermaksud "Perintah Diraja" atau "Perintah rasmi yang disampaikan oleh raja".Istilah04.09.2014
Apakah jenis ayat di bawah. Soalan : Semua pelajar diminta berkumpul di padang. Ayat penyata atau ayat perintah ? Tolong berikan sebab. Terima kasih.Ayat yang diberikan ialah ayat perintah. Untuk makluman, ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ms. 441 dan 448 - 452.Tatabahasa07.08.2011
Sama ada "mengeluarkan perintah baharu" atau "mengeluarkan perintah baru"? Kata "baru" dan "baharu" kedua-duanya betul, namun penggunaannya mengikut konteks ayat. Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah, dan lain-lain). Bagi menjawab pertanyaan saudari, "baru" kebiasaannya merujuk kepada masa, bagi membantu, dalam bahasa Inggeris, kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contoh ayatnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggerisnya, "new" , termasuk digunakan untuk barang-barang. Contoh , Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Oleh itu, jawapan yang lebih tepat ialah mengeluarkan perintah baharu.Tatabahasa24.08.2021
Apa terjemahan 'restraining order' yang membawa maksud perintah daripada mahkamah supaya seseorang menjauhi daripada seseorang yang lain?Cadangan terjemahan restraining order ialah "perintah pembatas atau perintah perlindungan"Makna06.08.2022
12345678910...

Kembali ke atas