Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perintah;

Puisi
 

Siti Wan Kembang perintah Kelantan,
     Nama termasyhur zaman dahulu;
Baik-baik memilih intan,
     Takut terkena kaca dan batu.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Keras ditakik,
     lunak disudu.

Bermaksud :

Perintah haruslah dilakukan dengan segala kebijaksanaan.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
loopgelungTeknologi MaklumatPerisianPerintah atau set perintah yang dilakukan berulang kali menurut jumlah dan syarat yang telah ditetapkan. Dengan menggunakan gelung, sesuatu perintah itu hanya perlu ditulis sekali sahaja. Contohnya, dalam gelung ‘while’ dan gelung ‘for’, set perintah diulang selagi syarat yang ditetapkan dipenuhi. Contoh kod gelung dalam bahasa C adalah seperti yang berikut: x=0; while (x <= 3){ printf(x); x++; } Kod seperti yang di atas akan memaparkan nilai x selagi nilainya kurang atau sama dengan 3. Oleh yang demikian, atur cara akan memaparkan nombor seperti yang berikut: 0 1 2 3
sahm lilamrisaham dengan perintahPerniagaan IslamTiadaSijil saham yang tercatat di atasnya dengan perintah. Saham dengan perintah boleh dipindah milik dengan cara ditandatangani dan dicatat di belakang sijil itu pemindahan milik kepada nama pemilik baru. Setelah berlaku perpindahan milik, terhapuslah hak pemilik pertama terhadap syarikat. Bentuk saham ini harus dari segi syarak kerana pelabur asal dan pelabur baru dapat dikenali dengan jelas dan amalan ini dapat mengelakkan perbalahan. Pertukaran hak milik bagi sijil saham boleh dilakukan secara jual beli, sedekah dan hibah. Sinonim asham lilamri.
command linegaris perintahTeknologi MaklumatPerisianAntara muka yang digunakan oleh pengguna bagi menaip perintah dalam persekitaran DOS, UNIX atau Linux. Perintah ini terdiri daripada nama atur cara dan diikuti dengan beberapa argumen lain. Berbanding dengan antara muka grafik seperti persekitaran Windows yang lebih mesra pengguna, pelaksanaan perintah hanya dibuat dengan mengklik dua kali ikon atur cara tersebut. Contohnya, perintah seperti ipconfig dalam persekitaran DOS perlu ditaip pada garis perintah untuk melaksanakannya.
dot commandperintah bintikTeknologi MaklumatPerisianMekanisme untuk berinteraksi dengan sistem pengendali atau perisian bagi melakukan tugas tertentu. Pendekatan ini berlainan dengan penggunaan tetikus berserta antara muka grafik untuk memilih sebarang opsyen yang dikehendaki dengan hanya mengklik pada butang tetikus. Mekanisme ini membolehkan komputer melakukan tugas berdasarkan perintah yang diberi dengan menaip perintah tersebut dan menekan butang ‘Enter’. Penterjemah garis perintah akan menerima perintah yang ditaip dan seterusnya melaksanakan perintah tersebut. Contoh perisian yang menggunakan perintah bintik ialah Matlab.
UI (user interface)UI (antara muka pengguna)Teknologi MaklumatTiadaGabungan antara menu, reka bentuk skrin, perintah papan kekunci, bahasa perintah dan skrin bantuan yang membentuk cara pengguna berinteraksi dengan komputer. Ia juga termasuk tetikus, skrin sentuh dan perkakasan input yang lain.
directivearahan; perintahSejarahTiadaPerintah atau arahan yang lengkap dengan butir-butir perinci biasanya bertulis yang diberikan kepada pekerja sebagai panduan tentang apa yang patut dibuat oleh mereka.
statutory orderperintah berkanunPentadbiran PerniagaanTiadaPerintah yang mempunyai kuat kuasa perundangan.
FTP commandperintah FTPTeknologi MaklumatTiadaPerintah yang digunakan untuk memindah fail dalam FTP.
preservation orderperintah pemeliharaanUndang-undangTiadaPerintah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa di bawah undang-undang tertentu supaya bangunan dan sebagainya dipelihara.
gag orderperintah larang suaraUndang-undangTiadaSatu perintah awal yang dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi untuk menjalankan kuasa yang merangkumi larangan terhadap sebarang kata-kata, komen, perbincangan atau kenyataan termasuk rujukan kepada sebarang komunikasi secara bertulis atau tidak bertulis sementara menunggu pelupusan muktamad perbicaraan sesuatu kes.
12345678910...

Kembali ke atas