Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.sian]/[per.i.sian] | ڤرايسين

Definisi : program atau atur cara komputer yg dapat digunakan dgn sistem komputer tertentu: doktor lebih mudah menentukan rawatan dan pencegahan penyakit jantung dgn menggunakan ~ komputer yg direka khas; ~ bersepadu perisian yg menggabungkan pelbagai ciri yg biasanya wujud secara berasingan dlm satu perisian yg besar dan bersepadu; ~ kongsi perisian atau dokumen yg diedarkan oleh pembuat perisian untuk dikongsi bersama oleh pengguna komputer; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.sian]/[per.i.sian] | ڤرايسين

Definisi : data, program dsb yg perlu utk pengendalian komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perisian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang padanan bahasa Melayu untuk 'software consulting service'? Apakah cadangan terjemahan yang sesuai untuk frasa tersebut? Perkhidmatan perundingan perisian, perkhidmatan pertanyaan perisian atau khidmat nasihat perisian? Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

software consulting service - perkhidmatan perunding perisian

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain07.06.2021
Saya ingin mengetahu sama ada Perisian Dewan Eja adalah hakmilik Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ini adalah kerana saya bercadang membeli perisian untuk kegunaan peribadi dan juga tugas harian saya. Saya bekerja di Unit Peperiksaan yang memerlukan istilah bahasa yang betul. Saya pernah menggunakan perisian ini di pejabat lama dan didapati perisian ini perlu diperbarui setiap tahun. Istilah di dalamnya juga lambat dikemaskinikan. Apabila saya membuat carian Google saya menjumpai banyak syarikat yang menjualnya tetapi tidak tahu mana satu yang benar dan patut saya pilih. Saya juga ingin mendapatkan khidmat nasihat bagaimana saya hendak dapatkan perisian kamus bahasa melayu betul istilah dan ejaannya. Harap dapat maklumbalas dari pihak tuan. Sekian, terima kasih.DBP ada memberi izin kepada beberapa syarikat luar untuk menerbitkan perisian kamus, termasuklah Dewan Eja. Perisian Dewan Eja ini boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP, Tingkat Bawah Menara DBP, K.L.Lain-lain06.06.2012
Perisian Bisnes TerunggulPerniagaanLain-lain18.06.2008
Adakah DBP mengeluarkan perisian untuk menterjemah perkataan B.Inggeris ke B.Melayu? Jika ada, harap dpt berikan maklumat lanjut dan cara bagaimana utk mendapatkan perisian tersebut samada terus dgn DBP atau ada ejen yg dilantik utk memasarkan perisian tersebut. t.kasihDewan Bahasa dan Pustaka tidak mempunyai atau mengeluarkan perisian untuk menterjemah.  Walau bagaimanapun, pihak Universiti Sains Malaysia dan juga Universiti Multimedia ada mempunya penyelidikan dan pembangunan perisian ini.  Saudara mungkin mendapatkan bantuan daripada universiti berkenaan.Lain-lain01.04.2010
Assalamualaikum. Tuan, saya ingin bertanya tentang penggunaan 'dalam' atau 'di dalam' sesuatu perisian atau sistem komputer. Adakah setiap satu butang perisian itu boleh saya anggap sebagai ruang fizikal? Contohnya: Dalam/di dalam (nama perisian) anda akan belajar mengira. Terima kasih.Penggunaan kata "di dalam" dan "dalam" ialah seperti yang berikut:
Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.

Penggunaan yang betul ialah dalam (nama perisian).
Tatabahasa18.04.2017
Saya ingin bertanya tentang Perisian Untuk Terjemahan, ada tak digunakan di DBP sebagai rujukan? Jika ada boleh saya tahu nama perisian serta butirannya... Jika dijual oleh pihak DBP, boleh saya dapatkan butirannya? Terima kasih.

Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menggunakan sebarang perisian untuk terjemahan.  Saudara boleh berhubung dengan Institut Terjemahan Negara untuk mendapatkan bantuan, atau saudara juga boleh mendapatkan bantuan daripada Prof. Dr. Zaharin di Universiti Multimedia, atau saudara juga boleh menghubungi Universiti Sains Malaysia.  Untuk pengetahuan saudara, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Multimedia memang ada membangunkan perisian untuk terjemahan.

Lain-lain17.02.2009
Selamat pagi dan terima kasih kerana membantu. 1) "Software Localization" merujuk kepada proses menyesuaikan produk perisian untuk memenuhi keperluan bahasa, kebudayaan dan teknikal sesuatu pasaran. Bolehkah "Penyetempatan Perisian" dan/atau "Penyesuaian Tempat Perisian" diterima sebagai terjemahan "Software Localization"? 2) "Transcreation" merujuk kepada proses kreatif yang mengadaptasikan sesuatu mesej daripada satu bahasa kepada bahasa lain, sambil mengekalkan niat, gaya, nada dan konteksnya. Proses ini merangkumi terjemahan serta "penciptaan semula" (Translation & Re-creation). Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Transcreation" (jika ada)? Sekali lagi, terima kasih.Untuk makluman, istilah software Localization dan Transcreation tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Namun begitu, pihak kami mencadangkan terjemahan bagi software Localization ialah Penyetempatan perisian dan terjemahan bagi Transcreation ialah penciptaan semula terjemahan. 


Penyemakan dan penterjemahan02.05.2019
Ada tak perisian lembut 'software' untuk muatturun kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka edisi ke-4 melaui laman web yang percuma.
Saudara,
 
Untuk makluman saudara, DBP belum lagi menyediakan perkhidmatan tersebut. Walau bagaimanapun, DBP ada menerbitkan Kamus Dewan Eja pro (cakera padat) yang diterbitkan secara kerjasama dengan Syarikat TNT. Di dalamnya terkandung penyemak ejaan yang didasarkan pada Kamus Dewan Edisi ke-4, sejumlah istilah dan kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu, dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Bahan digital ini boleh dipasangkan pada PC dan juga pada PDA. Sdr. boleh membeli Dewan Eja pro ini di kedai Koperasi Dewan, Menara DBP atau menghubungi Syarikat Tnt melalui info@tntsb.com atau www.tntsb.com atau tel:03-8319 3388.
 
Selain itu juga, saudara boleh menggunakan perkhidmatan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) secara percuma.  Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) berfungsi sebagai enjin carian untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".
Lain-lain08.02.2011
Ingin bertanya, adakah di DBP dijual secara perisian install tatabasa seperti nak jadikan semakan dalam penulisan dibuat dalam lap top. Jika ada, macamana nak beli.Salam sejahtera,

Perisian tatabahasa


Dimaklumkan bahawa, dari segi jualan untuk tahun ini, DBP belum ada lagi perisian seumpama itu.

2. Walau bagaimanapun, pihak kami mencadangkan, sekiranya ingin mendapatkan rujukan tentang tatabahasa secara dalam talian, bolehlah layari laman sesawang prpm.dbp.gov.my, iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Pelanggan boleh mendapatkan maklumat tentang tatabahasa secara percuma.

Sekian untuk pemakluman.
Lain-lain26.10.2020
Saya telah melayari laman web DBP dan menemui Pangkalan Data Umum Bahasa Malaysia. Syarikat kami sekarang dalam usaha membangunkan perisian khas untuk golongan orang kurang upaya (OKU) dalam BM dengan kerjasama MDeC dan MIMOS. Perisian ini akan digunakan oleh OKU bagi tujuan komunikasi dan pendidikan. Antara applikasi khas dalam perisian tersebut adalah 'word prediction' dimana aplikasi ini akan mencadangkan kemungkinan perkataan yang boleh digunakan bagi mempercepatkan OKU menaip. Pihak kami memerlukan senarai perkataan dalam BM yang sesuai digunakan bagi peringkat rendah dan menengah. Selain dari itu, perisian ini juga dilengkapi dengan 'voice synthesizer' yang akan membantu OKU (yang tidak boleh bercakap) untuk bercakap dalam BM. Pihak kami sangat mengharap segala kemungkinan bantuan dari DBP bagi kesejahteraan OKU di Malaysia. Terima kasih.

Encik Mohd. Fikri, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Untuk menyelesaikan masalah yang tuan hadapi sila hubungi bahagian Perkamusan DBP dan juga bahagian Hak Cipta . InsyaAllah mereka akan dapat membantu anda.

Lain-lain31.01.2009
12345678910

Kembali ke atas