Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pé.ri.skop] | ڤيريسکوڤ

Definisi : (périskop) alat optik berbentuk tiub yg mengandungi kanta, cermin, atau prisma utk melihat objek yg tidak selari dgn garis pelihatan, mis dlm kapal selam, utk melihat objek di permukaan air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pé.ri.skop] | ڤيريسکوڤ

Definisi : /périskop/ sj teropong utk melihat benda-benda yg tinggi letaknya (digunakan dlm kapal selam, kubu dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata periskop


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
periskopperiscopeAlat optik yang terdiri daripada satu tiub yang panjang dengan dua cermin satah yang selari di antara satu sama lain dan bersudut 45° dengan arah penglihatan. Alat ini digunakan di dalam kapal selam untuk melihat objek di atas permukaan air laut. Lihat RajahMenengah Rendah
periskopperiscopeSejenis teropong yang digunakan untuk melihat sesuatu yang terhalang daripada pandangan mata menggunakan prinsip pantulan cahaya. Contohnya, penggunaan periskop dalam kapal selam. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas