Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ris.ti.la.han]/[per.is.ti.la.han] | ڤرايستيلهن

Definisi : yg berkaitan dgn istilah (pembentukan istilah dsb): berita ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ris.ti.la.han]/[per.is.ti.la.han] | ڤرايستيلهن

Definisi : hal-hal mengenai istilah: masalah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peristilahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengenai peristilahan, jika istilah bahasa asing tersebut merupakan pinjaman tulen tidak asimilasi ke dalam bahasa Melayu, perlukah dieja miring? Contohnya, bona fide esprit de corps fait accompli weltanschauung aspirin dan juga, Wikipedia, Facebook, Whatsapp. Terima KasihEjaan miring (italic) boleh digunakan untuk istilah atau perkataan yang tiada padanannya dalam bahasa Melayu, tetapi untuk kata nama seperti Facebook, Wikipedia dan seumpamanya tidak perlu ejaan miring (italic) hanya menggunakan huruf besar pada pangkal.  Ejaan10.05.2020
Adakah peristilahan melayu membezakan rabbit dan hare (mungkin rabbit itu arnab dan hare itu kelinci) sepertimana katak yakni frog dibezakan dengan kodok yakni toad atau rama - rama yakni moth dibezakan dengan kupu-kupu yakni butterfly? Selain itu, adakah bahasa melayu membezakan antara crocodile dan alligator? (saya tahu crocodile itu buaya, mungkin alligator mempunyai nama lain dalam bahasa melayu standard atau dialek atau bahasa rumpun yang lain).Rabbit diberikan padanan arnab, iaitu nama sejenis binatang pengunggis, suka memakan sayuran;  Lepus cuniculus. Hare pula diberikan padanan kelinci, iaitu sejenis binatang yang mengunggis, sejenis arnab, nama saintifiknya Oryctolagus cuniculusCrocodile diberikan padanan buaya, iaitu daripada   subkeluarga Crocodylinae. Alligator dalam bahasa Melayu diberikan padanan alligator, iaitu daripada keluarga Alligatoridae. Sila buat kajian lanjut jika anda berminat. Istilah20.10.2018
kerelevanan peristilahan dan sistem ejaan rumi Bahasa Melayu dalam konteks kurun ke-21 dan cabarannya.Secara umumnya selagi bahasa Melayu ini terus berkembang selagi itulah segala aspek perancangan bahasa dan sistem yang terkandung di dalamnya turut berkembang dan relevan penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Walau bagaimanapun persoalan saudara ini perlu dijawab melalui kajian dan pembacaan yang banyak, saya sarankan saudara rujuk buku/makalah yang berkaitan juga kajian sarjana dan kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar bahasa dan linguistik. Lain-lain20.11.2010
Bagaimanakah proses peristilahan bahasa Melayu berlaku? Contohnya penciptaan istilah baharu dalam media sosial seperti swafoto, netizen, tular, tanda pagar, emotikon dan sebagainya. Sebelum ini penggunaan perkataan selfie kerap digunakan namun, kini DBP telah mencipta istiah baharu dalam bahasa Melayu iaitu swafoto. Boleh saya tahu bagaimana proses peristilahan ini berlaku berdasarkan skema tatacara pembentukan istilah bahasa Melayu.Untuk makluman, pembakuan bahasa Melayu bermaksud proses penyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Proses pembentukan kata atau pinjaman ini dibuat mengikut rumus yang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan pedoman pembentukan istilah. Salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah bahasa Melayu  bermaksud mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila; 1. Istilah asing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilah Melayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan. 2. Istilah asing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks. 3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. 4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya.Istilah15.10.2020
Saya ingin tahu SumbanganDBP dalam Pembinaan Bahasa MelayuUsaha pembinaan bahasa Melayu dibuat melalui kerja-kerja peristilahan, perkamusan dan penyelidikan. Dalam bidang peristilahan jutaan istilah digubal dalam pelbagai bidang, buku, glosari dan kamus istilah diterbitkan.   Bidang perkamusan pula memperlihatkan penyusunan dan penerbitan Kamus ekabahasa,dwibahasa, kamus besar(peringkat penyusunan) dll.. Dalam bidang penyelidikan kerja-kerja pengumpulan data korpus, kajian dialek, kajian laras dan gaya bahasa dll. dilaksanakan.   Lain-lain21.04.2008
"Teacher's Sense of Academic Optimism" dicadangkan istilah dalam bahasa Melayu "Sikap Optimistik Akademik Guru" untuk dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP.Setelah berbincang dengan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Sikap Guru Optimis AkademikIstilah27.07.2016
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu padanan istilah yang sesuai bagi "session musician" dan "performing artist" yang digunakan dalam bidang seni? Terima kasihSoalan tuan/puan akan dipanjangkan ke Bahagian Peristilahan untuk mendapatkan istilah yang tepat.  Istilah yang ditanyakan itu tiada dalam kamus istilah muzik terbitan DBP lagi.  Bahagian Peristilahan akan menghubungi tuan/puan melalui e-mel.  Terima kasih.Istilah09.12.2014
Salam. Di dalam peristilahan penyalahgunaan digital, terdapat dua kategori berbeza (antara lain) iaitu "violence" dan "terrorism". Sekiranya "violence" diterjemahkan kepada "keganasan", bagaimanakah cara membezakan "violence" dan "terrorism" yang juga diterjemahkan sebagai "keganasan"? Contoh penggunaan ayat: "Report acts promoting violence" dan "Report acts promoting terrorism". Terima kasih.Sila nyatakan konsep atau konteks penggunaan perkataan "terrorism" dan "violence" untuk mendapatkan padanan perkataan bahasa Melayu.  Istilah16.06.2022
Sdr, Daripada segi kesantunan berbahasa dan peristilahan, yang mana satukah yang lebih wajar digunakan: "Orang Kurang Upaya atau Orang Kelainan Upaya" bagi merujuk kepada OKU? Sekian Terima kasih.Yang telah mantap penggunaannya bagi OKU ialah Orang Kurang Upaya.Istilah08.06.2010
Latar belakang penubuhan DBP dan peranan DBP dalam pembentukan peristilahan di Malaysia.Untuk mengetahui latar belakang penubuhan DBP, sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan di perpustakaan berdekatan dan Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Peranan DBP dalam pembentukan istilah antaranya ialah mengadakan pertemuan dengan pelbagai agensi seperti univeristi yang melibatkan pakar-pakar bidang untuk membentuk sesuatu istilah. Di samping itu juga, DBP berperanan untuk mencetak dan menyebarkan sesuatu istilah kepada masyarakat. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku yang berkaitan. Harap maklum.Lain-lain31.07.2008
12345678910...

Kembali ke atas