Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
peristiwa (kata nama)
Bersinonim dengan kejadian, hal, perkara, pengalaman, insidens, kes.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud sejarah ?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) sejarah bermaksud:

sejarah
kata nama 
1 peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa dahulu yang ada kaitan dengan zaman sekarang:
Sejarah Malaysia dikatakan bermula sejak zaman Greek lagi kerana Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai “golden chersonese” oleh Ptolemy.
Al-Quran turut menyampaikan sejarah umat dan nabi-nabi yang terdahulu.


2
kajian atau pengetahuan tentang hal atau peristiwa yang berlaku pada seseorang, sesuatu tempat atau institusi pada suatu ketika dahulu; tawarikh:
Penekanan kursus ini diberikan kepada peranan Islam dalam sejarah Asia Tenggara.

3
(dieja dengan huruf besar) ilmu atau mata pelajaran yang mengkaji tentang peristiwa yang telah berlaku pada masa dahulu, yang diajar atau dipelajari di sekolah, maktab, universiti dan sebagainya:
Aku rasa Fakhurazi jauh lebih pintar daripadaku dalam bidang Ekonomi, Pengajian Am dan Sejarah.
Dia mengambil subjek minor, Sejarah dalam pengajiannya itu.


4
peristiwa atau kejadian yang menjadi detik perubahan dalam perjalanan hidup seseorang atau sesebuah institusi:
Apabila bangsal tambahan itu siap dibina kelak, zaman baharu dalam sejarah pengeluaran batik syarikatnya akan bermula.
Biarlah hari ini kita bina satu permulaan baharu dalam sejarah persahabatan kita.
Jasdi menyingkap kembali sejarah hidup ayahnya yang penuh dengan ranjau dan duri.


5
rentetan peristiwa atau hal yang pernah berlaku kepada seseorang atau sesuatu yang boleh dijadikan sebagai panduan, rujukan dan sebagainya:
Keratan akhbar itu menyebut tentang sejarah kemalangan yang menimpa helikopter Nuri.
Vaksin ini disyorkan kepada lelaki yang tidak mempunyai sejarah infeksi beguk.


6
asal usul atau susur galur sesuatu keturunan; salasilah:
sejarah orang Melayu;

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kamus ini pada halaman 1994.
Makna06.11.2023
apakah yang dimaksudkan dengan sumber sejarah?Maklumat yang berasaskan peristiwa yang telah dan benar-benar berlau pada masa dahulu.Makna08.07.2009
Menurut peristiwa sejarah sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayah dengan menjajah negara lain .Impaknya,anak-anak mereka akan mencintai negara kita untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri supaya dapat mengharumkan nama negara di watan Malaysia kerana anak-anak merupakan pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara.Ibu bapa semestinya meneruskan untuk membangkitkan semangat cinta akan negara untuk anak . Selain itu ibu bapa harus mengubah sikap dan lebih prihatin dalam situasi negara.Di negeri Malaysia,anak sering bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.Anak kerap menitikberatkan dan menjaga diri sahaja.Hal ini dikatakan demikian kerana anak tidak memberi prihatin dalam berita atau peristiwa yang dihadapi oleh kerajaan atau masyarakat.Anak kerap mengambil benar dalam peristiwa yang tidak berguna dalam media massa British media cetak media elektronik dan media alternatif.Video-video dan berita yang banyak akan mencermakan minda anak-anak mereka. Salam,Saya nak tahu akan semua ayat ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah tak?Jika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasih.
Menurut peristiwa sejarah, sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayah dengan menjajah negara lain. Impaknya, anak-anak akan mencintai negara untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri supaya dapat mengharumkan nama Malaysia kerana anak-anak merupakan harapan bangsa dan pengemudi negara.

Ibu bapa perlu membantu untuk membangkitkan semangat cinta akan negara. Selain itu, ibu bapa harus mengubah sikap dan lebih prihatin dalam sesuatu keadaan di dalam negara.

Di Malaysia, anak-anak sering bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Anak-anak kerap menitikberatkan dan menjaga diri sahaja.

Hal ini  kerana anak-anak tidak memberikan prihatin dalam berita atau peristiwa yang dihadapi oleh kerajaan atau masyarakat. Anak-anak kerap mengambil berat dalam peristiwa yang tidak berguna dalam media massa British sama ada melalui media cetak, media elektronik dan media alternatif. Video-video dan berita yang tidak ditapis akan mencemarkan minda anak-anak.

Puan perlulah banyak membaca bahan bacaan bahasa Melayu untuk menambah baik penguasaan bahasa Melayu. Sila rujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan untuk rujukan. 


Tatabahasa27.01.2021
Perhatikan ayat di bawah: "Tuhan, aku sungguh menuji-Mu!" Soalan: Bolehkah "sungguh" dipadankan dengan "menuji"? Jika tidak boleh, apakah jawapan yang sepatutnya... Terima Kasih.Dalam Kamus Dewan edisi keempat, sungguh  bererti 1. tidak bohong, benar, betul; 2. sungguh hati = sungguh-sungguh, tidak main-main, dengan segenap hati, dengan tekun; 3. amat sangat,  terlalu; 4. memang, sebenarnya, sebetulnya. Dalam buku Nahu Melayu Mutakhir, halaman 368, dinyatakan bahawa adverba kesungguhan “mempersungguhkan” sesuatu perbuatan atau peristiwa. Contoh ayat: Dia betul-betul menafikan hal itu. Berdasarkan keterangan di atas, ayat “Tuhanku, aku sungguh memuji-Mu.” tidak salah.  Namun, ayat “ Tuhanku, aku benar-benar memuji-Mu.” lebih sejadi.Tatabahasa28.04.2011
Terima kasih atas maklum balas sebelum ini.Sebenarnya pertanyaan saya merujuk kepada nota 1 SEN MALAYA 1941 yang dikeluarkan oleh kerajaan British pada masa itu. Tertera pada nota-nota itu tulisan Jawi SIN WAU ALIF TA dan bukannya SIN ALIF TA WAU. Adakah ini bermakna pihak British telah salah menggunakan perkataan SATU dalam nota-nota tersebut memandangkan beberapa pihak termasuk Za'ba telah menerbitkan buku-buku berkenaan tulisan Jawi sebelum nota-nota itu dikeluarkan pada tahun 1941.(gambar nota 1 SEN MALAYA 1941 dapat dirujuk di internet). Saya benar-benar berharap mendapat jawapan bagi persoalan ini memandangkan ia berkaitan dengan sejarah negara kita. Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang peristiwa sejarah ini dalam sumber rujukan kami. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini kami hanya dapat memberikan kedua-dua ejaan sahaja dan rujukan yang kami ada, iaitu buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi tidak menukilkan etimologi entri ejaan Jawi. Kami cadangkan tuan berhubung dengan pihak Arkib Negara bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.Lain-lain10.10.2012
assalamualaikum... saya ingin mengetahui apa yang dimaksudkan dengan ekstralinguistik? apakah benar ia bukan bahasa lisan tetapi merupakan bahasa gerak bahadan atau memek muka? minta penjelasan dan laman sesawang yang boleh saya rujuk. terima kasih

Konteks ekstralinguistik ialah konteks yang buka berupa unsur-unsur bahasa. Konteks ekstralinguistik itu mencakup praanggapan, pelaku (orang yang terlibat dalam peristiwa komunikasi berbahasa termasuklah penutur dan pendengar), topik, latar (tempat, waktu dan peristiwa komunikasi), saluran (ragam bahasa dan sarana yang digunakan dalam penggunaan wacana) dan kod (bahasa yang digunakan dalam wacana). Untuk maklumat lanjut rujuk buku/makalah yang berkaitan, antaranya  Unsur-unsur Ekstralinguistik dalam Pemelajaran Bahasa, Noor Aina Dani, Pelita Bahasa, Jun 1988.

Lain-lain03.11.2010
Mengapakah teori "letupan besar" (big bang) tidak diberi huruf besar pada huruf "l" dan "b"? Bukankah teori ini nama khas, dan peristiwa "letupan besar" hanya berlaku sekali sahaja? Terima kasih.Benar, dalam pangkalan data kami teori letupan besar dieja dengan huruf kecil. Walau bagaimanpun apabila merujuk khusus kepada teori Letupan Besar boleh dieja dengan huruf besar dan kami menganggapnya sebagai gaya penerbitan sesebuah organisasi. Dan ejaan tersebut harus tekal dalam keseluruhan wacana.Ejaan13.03.2012
Ada tak perkataan 'anekdot' dan apakah maksudnya secara terperinci?Perkataan anekdot bermaksud kisah yang ringkas dan biasanya agak lucu tentang sesuatu kejadian (peristiwa) atau  kisah pendek yang benar, lucu, aneh dan menarik tentang sifat atau fikiran khusus seseorang tokoh.Makna07.09.2009
Salam, saya ingin tahu apakah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan takut apabila melihat pokok-pokok yang tinggi di dalam hutan. Bolehkah perkataan 'gayat' digunakan untuk menggambarkan perasaan itu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, gayat bermaksud takut untuk melihat sesuatu dari atas ke bawah. Tetapi, dalam kes ayat yang saya berikan, perasaan takut itu datang apabila melihat sesuatu yang besar dan tinggi dari bawah. Bolah saudara@saudari jelaskan? Terima kasih.Tuan/puan boleh menggunakan perkataan "gerun" bagi mengambarkan keadaan di atas. Gerun membawa maksud takut, ngeri, gamang: dia gerun dgn keadaan dlm hutan; ~ gementar takut yg amat sangat: hati mereka ~ gementar kerana mereka yakin akan kembali kpd Tuhan mereka; menggerunkan menimbulkan rasa gerun: peristiwa itu ~, ngeri, dan menakutkan; angkatan tentera yg terkuat, yg dapat ~ musuh; kegerunan perasaan atau keadaan gerun, kengerian, ketakutan: kumpulan kongsi gelap itu benar-benar menimbulkan ~ di kalangan orang awam; penggerun (orang, benda) yg menimbulkan gerun: azimat ~.Istilah23.05.2013
Di Facebook@ seorang rakan, saya terbaca bahawa Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Melayu yang bermesyuarat di DBP pada 11 Mei 2011 “bersetuju menerima istilah bahasa Melayu supaya dikekalkan”. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri. (1) Adakah hal ini benar? (2) Jikalau benar, adakah keputusan itu bermaksud nama bahasa Melayu dikekalkan seperti dalam Perlembagaan Malaysia dan nama bahasa Malaysia terus digunakan termasuk sebagai nama mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2013 ini? Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Melayu yang bermesyuarat di DBP pada 11 Mei 2011 “bersetuju menerima istilah bahasa Melayu supaya dikekalkan” dalam sumber rujukan kami. Melihat kepada peristiwa/kegiatan kebahasaan dalam satu atau dua tahun belakangan ini sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan pada 30 November 2010, iaitu Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan. Antara lain objektif penubuhan jawatankuasa tersebut termasuklah merancang langkah agar martabat bahasa Melayu sentiasa terpelihara dengan memastikan penggunaannya dengan cara yang betul dalam semua bidang. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan mesyuarat diadakan sama ada di Kementerian Pelajaran atau di Parlimen. Keputuasan mesyuarat tidak diuar-uarkan kepada orang ramai. Pada pandangan kami berkemungkinan kenyataan bahawa Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Melayu yang bermesyuarat di DBP pada 11 Mei 2011 “bersetuju menerima istilah bahasa Melayu supaya dikekalkan” diusulkan dan disepakati dalam mesyuarat atau jawatankuasa yang lain.Lain-lain02.01.2013
12

Kembali ke atas