Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) periuk tempat menanak nasi; b) ki mata pencarian, rezeki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. bekas tempat memasak nasi. b. tempat mendapatkan (mencari) rezeki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata periuk nasi

Puisi
 

Masak nasi periuk tergantung,
     Pungut putung dari seberang;
Tarik nafas kenangkan untung,
     Untung tidak seperti orang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Nasi masak periuk pecah.

Bermaksud :

Hukuman yang sudah putus tak dapat dibanding (diapel) lagi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tedehaq[t«.d«.hA)Ö]kata adjektifberasa kecewa atau hampa kerana tidak mendapat sesuatu yang diharapkan; tedahak.Dia rasa tedahaq bila bukak tengok periok nasik, bukan takat nasik, kerak pon tak dak.[di.jA ÒA.sA t«.d«.hA)Ö bi.lA bu.kA/ tE.N/ p«.Òi.jo/ nA.si/ bu.kAn tA.kAt nA.si/ k«.ÒA/ pon tA/ dA/]Dia merasa hampa apabila dibukanya periuk nasi, jangankan nasi, kerak pun tiada.
tedahak[t«.dA.hA/]kata adjektifberasa kecewa atau hampa kerana tidak mendapat sesuatu yang diharapkan; tedehak.Dia rasa tedahak bila bukak tengok periok nasik, bukan takat nasik, kerak pon tak dak.[di.jA ÒA.sA t«.dA.hA/ bi.lA bu.kA/ tE.N/ p«.Òi.jo/ nA.si/ bu.kAn tA.kAt nA.si/ k«.ÒA/ pon tA/ dA/]Dia merasa hampa apabila dibukanya periuk nasi, jangankan nasi, kerak pun tiada.
peruwap[p«.Òu.wAp]kata kerjameletakkan sesuatu (berkenaan ubi, kacang, bunga, ulam dan lain-lain) di atas nasi yang hampir masak dalam periuk untuk melembutkan bahan tersebut.Tulong peruwap sat terong ni, kita nak buat ulam makan nasik sat lagi.[tu.loN p«.Òu.wAp sAt t«.ÒoN ni ki.tA nA/ bu.wAt u.lAm mA.kAn nA.si/ sAt lA.gi]Tolong peruwap terung ini untuk kita jadikan ulam masa makan nasi sebentar lagi.

Kembali ke atas