Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ja.la.nan] | ڤرجالنن

Definisi : 1. perihal berjalan (bergerak), gerakan: dia bertanggungjawab atas ~ pejabat; bertanggungjawab mentadbir ~ koperasi; 2. = kejalanan ark perihal ber­pergian (kepergian): ibunya meninggal dlm ~ ke Mekah; 3. pengaliran: kotoran meng­halang ~ minyak itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ja.la.nan] | ڤرجالنن

Definisi : 1 hal atau perbuatan berjalan: Ia ternampak seekor ular ketika dlm ~ ke sekolah tadi. 2 cara berjalan (bergerak): Dia bertanggungjawab atas ~ syarikat itu. 3 aliran (bkn air dsb): ~ air sungai itu selalu tersekat oleh sampah sarap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Peribahasa

Semut terpijak tidak mati,
     alu tertarung patah tiga.

Bermaksud :

Perjalanan seorang perempuan yang baik, tidak terlampau lambat dan tidak pula terlampau cepat, tetapi kuat dan tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah yang paling tepat untuk terjemahan 'trip making research' dalam bahasa melayu? Adakah 'kajian pembuatan perjalanan' menepati terjemahan tersebut? (Untuk makluman tuan, kajian 'trip making' adalah perbuatan melakukan perjalanan atau membincangkan tentang bagaimana individu membuat rutin perjalanan mereka setiap hari (tempat kerja, sekolah, membeli-belah dsbnya). Terima kasih.Belum ada  istilah lagi untuk  "trip making research". "Kajian pembuatan perjalanan" tidak berapa sesuai kerana gabungan "pembuatan" dengan kata kerja "perjalanan" tidak gramatis.
Kami cadangkan beberapa padanan yang mungkin sesuai:
- kajian perjalanan
- kajian rutin perjalanan
- kajian kaedah perjalanan
- kajian pengurusan perjalanan
Istilah25.04.2014
Yang mana paling tepat: a) Bak kata pepatah, 'Jauh perjalanan, luas pengalaman'. b) Bak kata pepatah, 'jauh perjalanan, luas pengalaman'. c) Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman". d) Bak kata pepatah, "jauh perjalanan, luas pengalaman".c) Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman". Ejaan13.12.2011
Salam, Perjalanan yang selamat bermula dengan anda. atau Perjalanan yang selamat bermula dari anda. Ayat adalah ini untuk digunakan di atas kain rentang pengiklanan.Ayat yang betul ialah Perjalanan yang selamat bermula daripada anda.Tatabahasa09.08.2012
Apakah terjemahan terbaik bagi 'business trip' atau working trip ? Semakan di DBP hanya memberi terjemahan untuk perkataan tersebut secara berasingan. Logiknya terjemahannya adalah "Perjalanan Perniagaan" atau "Perjalanan bekerja" Bolehkah kita samakan ia dengan "business visit" iaitu "lawatan bekerja"?Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "business trip" atau "working trip". Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah lawatan kerja.Istilah04.04.2013
Salam Negaraku. Mohon pandangan berkaitan tajuk bagi menunjukkan artikel/ buku berkaitan sejarah agensi. Adakah "Menelusuri Sebuah Perjalanan" boleh digunakan. Atau "Menelusuri Perjalanan". TKasih.Untuk makluman, kedua-dua tajuk tersebut tidak salah jika digunakan. Sungguhpun begitu, pihak kami mencadangkan supaya digunakan judul "Menelusuri Perjalanan".Karya27.04.2017
Bayangkan perjalanan dari Mekah ke Baitul Maqdis yang berbulan-bulan itu dilakukannya semalaman sahaja. Penggunaan "Bayangkan" dlm ayat di atas betul atau salah? terima kasihBayangkan ialah terjemahan imagine dalam bahasa Melayu. Perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa07.09.2012
JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGANJAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGANLain-lain03.03.2011
Dalam perjalanan, kami berbual-bual sambil bergurau-senda。 Adakah ayat ini betul? Terima kasih.Ayat "Dalam perjalanan, kami berbual-bual sambil bergurau-senda." adalah betul.Tatabahasa10.05.2014
Bolehkah guna perkataan "...sedang dalam perjalanan..."?Ayat yang lebih sesuai digunakan ialah "... sedang dalam perjalanan ..."Tatabahasa24.07.2023
Saya bertemu akan Rashdan semasa dalam perjalanan pulang dari perpustakaan sebentar tadi. Adakah ayat ini gramatis?Ayat yang lebih tepat ialah Saya bertemu Rashdan dalam perjalanan pulang dari perpustakaan sebentar tadi.Tatabahasa28.10.2018
12345678910

Kembali ke atas