Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ja.la.nan] | ڤرجالنن

Definisi : 1. perihal berjalan (bergerak), gerakan: dia bertanggungjawab atas ~ pejabat; bertanggungjawab mentadbir ~ koperasi; 2. = kejalanan ark perihal ber­pergian (kepergian): ibunya meninggal dlm ~ ke Mekah; 3. pengaliran: kotoran meng­halang ~ minyak itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ja.la.nan] | ڤرجالنن

Definisi : 1 hal atau perbuatan berjalan: Ia ternampak seekor ular ketika dlm ~ ke sekolah tadi. 2 cara berjalan (bergerak): Dia bertanggungjawab atas ~ syarikat itu. 3 aliran (bkn air dsb): ~ air sungai itu selalu tersekat oleh sampah sarap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Peribahasa

Semut terpijak tidak mati,
     alu tertarung patah tiga.

Bermaksud :

Perjalanan seorang perempuan yang baik, tidak terlampau lambat dan tidak pula terlampau cepat, tetapi kuat dan tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
short runperjalanan dekatKejuruteraan AutomotifTiada2. Perjalanan dekat: Perjalanan atau pengangkutan barangan dan penumpang pada jarak dekat.
overall speedlaju perjalananKejuruteraan AutomotifTiadaKelajuan sesuatu perjalanan yang dikira melalui jumlah jarak perjalanan dibahagi dengan masa perjalanan tersebut.
journey speedlaju perjalananKejuruteraan AutomotifTiada1. Kelajuan sesuatu perjalanan yang dikira melalui jumlah jarak perjalanan dibahagi dengan masa perjalanan tersebut.
itineraryjadual (perjalanan)Pentadbiran PerniagaanTiadaCatatan tentang jadual perjalanan contohnya tarikh dan masa perjalanan.
trip generationpenjanaan perjalananKejuruteraanTiadaBilangan perjalanan yang dihasilkan oleh setiap zon berdasarkan tujuan perjalanan.
origin and destinationalasan dan destinasiKejuruteraanTiadaJumlah perjalanan yang dikenal pasti bermula dari satu tempat alasan menuju ke suatu tempat lain sebagai destinasi. Jumlah perjalanan ini digunakan untuk mengenal pasti corak perjalanan penduduk di sesuatu tempat.
political processproses politikPentadbiranPentadbiran Awam

Perjalanan yang dilalui dalam sesuatu siri aktiviti politik dari peringkat permulaan sehingga selesai. Perjalanan ini melibatkan prosedur tertentu, peraturan kerajaan, undang-undang, kelulusan polis dan sebagainya. Proses politik selalunya dikaitkan dengan agensi pemerintah yang berkuasa. Sebagai contoh, perjalanan pilihan raya dari hari penamaan calon sehinggalah kepada pengumuman keputusan terpaksa melalui satu proses politik yang teratur.

sirahsirahKesusasteraanTiadaPerjalanan, sunah, keadaan atau hal sesuatu. Sirah juga bermaksud perjalanan atau riwayat hidup seseorang. Sirah pertama kali digunakan dalam perbincangan khusus sebuah buku karangan Ibn Hisham. Dalam penulisan awalnya, sirah digunakan untuk menceritakan riwayat hidup atau biografi Nabi Muhammad SAW, dan peristiwa penting yang ada hubung kait dengan Baginda. Namun lahirnya buku berjudul Sirah Muawiyah wa Bani Umayyah karya Awanah bin Abd al-Hakam memperlihatkan bahawa sirah tidak hanya dikhususkan kepada riwayat hidup Nabi Muhammad SAW, bahkan turut melibatkan riwayat hidup tokoh lain. Contoh karya sirah ialah Sirah Nabi Muhammad SAW oleh Mahayudin Haji Yahya. Dalam bahasa Arab, sirah bermaksud �perjalanan�.
vacation tripperjalanan percutianPelanconganTiadaPerjalanan yang dilakukan oleh individu ke sesuatu destinasi percutian dalam tempoh cuti rehat.
short-haulperjalanan dekatKejuruteraan AutomotifTiadaPerjalanan atau pengangkutan barangan dan penumpang pada jarak terdekat.
12345678910...

Kembali ke atas