Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ja.wa.tan] | ڤرجاوتن

Definisi : (segala sesuatu) yg berhubungan dgn jawatan (pelantikan, pemegangan, dsb, jawatan): Bahagian P~ Jabatan Perkhid­matan Awam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ja.wa.tan] | ڤرجاوتن

Definisi : sesuatu atau hal yg berhubung dgn jawatan (pelantikan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perjawatan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
perjawatansesuatu atau hal yg berhubung dgn jawatan (pelantikan dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
perjawatan(segala sesuatu) yg berhubungan dgn jawatan (pelantikan, pemegangan, dsb, jawatan): Bahagian P~ Jabatan Perkhid­matan Awam;Kamus Dewan Edisi Keempat
perjawatansesuatu atau hal yg berhubung dgn jawatan (spt pelantikan dsb).Kamus Pelajar
randau IISr pertukaran pendapat tentang isu-isu tertentu, dialog: Bahagian Pentadbiran dan Perjawatan akan mengadakan majlis ~ dgn kakitangan bagi membincangkan isu kenaikan pangkat.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengarah1. orang yg kerjanya mengarah (filem, drama, dsb); 2. orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb): P~ Per­khidmatan dan Perjawatan;Kamus Dewan Edisi Keempat
jawat; berjawat berjabat; berpegang: ~ tangan berjabat tangan; bersalam. menjawat 1 memegang: ~ tangan; ~ lembing. 2 menjalankan sesuatu pekerjaan; menjabat: Dialah yg mula-mula ~ jawatan Jeneral. jawatan pangkat atau pekerjaan: Dia telah meletakkan ~nya minggu lalu. berjawatan memegang jawatan: Ia sekarang ~ pegawai di Kementerian Luar Negeri. perjawatan sesuatu atau hal yg berhubung dgn jawatan (pelantikan dsb). penjawat pemegang jawatan: ~ istana pekerja (pengawal) dlm istana.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jawatberjawat berjabat; berpegang: ~ tangan berjabat tangan; bersalam. menjawat 1. memegang:~ tangan; ~ lembing. 2. menjalankan sesuatu pekerjaan; menjabat:Dialah yg mula-mula ~ jawatan Jeneral. jawatan pangkat atau pekerjaan: Dia telah meletakkan ~nya minggu lalu. berjawatan memegang jawatan: Ia sekarang ~ pegawai di Kementerian Luar Negeri. perjawatan sesuatu atau hal yg berhubung dgn jawatan (spt pelantikan dsb). penjawat pemegang jawatan: ~ istana pekerja (pengawal) dlm istana. jawatankuasa beberapa orang yg dilantik atau yg dipilih utk mengurus sesuatu (dlm persatuan dsb); panitia.Kamus Pelajar
jawatjabat, pegang; sejawat 1. sejabatan; rakan ~ kawan sekerja; 2. sama jawatan, sepekerjaan: Perdana Menteri sedang meraikan rakan ~nya, Perdana Menteri Jepun; berjawat berjabat, berpegang; ~ tangan ber­jabat tangan, bersalaman; menjawat 1. memegang (tangan dll): ~ lembing; ~ tangan; 2. menyambut, me­nerima; ~ anak yg lahir menyambut anak yg lahir; 3. menjabat, menerima sesuatu ke­dudukan atau pelantikan dan menjalankan tugas-tugas yg berkaitan, memegang jawatan: dia anak Melayu yg mula-mula sekali ~ jawatan pemandu kapal terbang; jawatan 1. kedudukan dlm pekerjaan yg menentukan tugas seseorang (spt sbg Ketua Pengarah, Pegawai Penyelidik, Setiausaha, Pengerusi, dsb): dia memegang ~ Ketua Bahagian sejak lima tahun yg lalu; me­letakkan ~; 2. sl tanda atau alat kebesaran; payung ~ payung kebesaran; 3. sl pegawai istana, bentara, sida-sida: baginda dihadapi oleh sekalian ~nya; 4. Id bahagian sesuatu kementerian dll, jabatan; 5. Id segala sesuatu yg berhubungan dgn kerajaan, urusan kerajaan; 6. sl barang yg dipegang (dibawa dll); ~ tera Id jawatan metrologi (yg mengurus pengawasan dan pemeriksaan timbangan dll); sejawatan sama jawatan: rakan ~; berjawatan 1. memegang (mempunyai) jawatan: ia sekarang ~ kerani di pejabat pos; 2. = ~ tinggi berpangkat tinggi; perjawatan (segala sesuatu) yg berhubungan dgn jawatan (pelantikan, pemegangan, dsb, jawatan): Bahagian P~ Jabatan Perkhid­matan Awam; penjawat sl 1. penjabat, pemegang jawat-an; ~ istana pekerja (pegawai) dlm istana; 2. hamba (biasanya wanita) yg melayani di istana.Kamus Dewan Edisi Keempat
arah1. hala, jurusan: ia mencari ~ datangnya suara itu; 2. maksud, tujuan: bercakap tidak tentu ~; ~ aliran arah sesuatu pergerakan, perkem­bangan (sama ada makin meningkat atau menurun); ~ ke = ke ~ hala ke, menuju ke, menghadap ke; searah sama arahnya, sehaluan, sejurusan, setujuan; arah-arah Mn serupa, hampir sama; berarah mempunyai arah, berhala, ber­ha­luan, bertujuan: ~ ke selatan; mengarah 1. menghadap ke sesuatu arah, menghala: pintu kota itu ~ ke sebelah barat; 2. membawa kita ke sesuatu arah (bkn jalan, jambatan, dsb), pergi ke sesuatu arah (bkn orang, kenderaan, dsb), menuju: sebuah jam­batan ~ ke Banting; berjalan ~ ke Kajang; 3. memberi tekanan pd sesuatu hal, berat, condong: perbincangan mereka ~ kpd hal yg lebih berat spt masalah kemiskinan orang-orang Melayu; 4. mengepalai, menge­tuai: ~ peperangan melawan pengganas komunis; 5. mengatur (mengurus atau menge­lolakan serta menyelia) sesuatu persembahan seni spt drama (filem dsb): beliau telah ~ beberapa buah filem Melayu; 6. menyuruh kenderaan dsb mengikut sesuatu jalan (bkn polis lalu lintas dsb): polis sedang ~ lalu lintas di kawasan itu setelah beberapa jalan terpaksa ditutup; mengarah-arahi 1. menyamai, menyerupai: rupanya ~ ayahnya; 2. mengecamkan, menandai (melihat utk mengenal): ~ rupa orang; mengarahkan 1. menggerakkan ke arah, menghadapkan, menghalakan: perempuan itu ~ pandangannya pd anaknya; 2. = mengarah-arahkan ark memaksudkan, memperamat-amati benar: ~ keuntungan saja; 3. memberi petunjuk, memberi perin­tah: polis diarahkan bersikap sopan; terarah 1. terhala, tertuju, dimaksudkan: kata-katanya itu ~ kpd lawannya; 2. telah ditentukan arahnya (tujuannya): peran­cangan dan perkembangan yg ~; arahan 1. pimpinan, pengawasan: filem ~ pengarah Hussain Haniff; 2. petunjuk, pe­rintah: duta itu berkata, ~ mengenai perkara ini sedang ditunggu dr Kaherah; ~ bank (Eko) arahan pelanggan kpd bank utk mem­buat pembayaran bagi pihaknya kpd bank lain; 3. ark orang yg menjadi pembantu; pengarahan 1. perbuatan mengarahkan (menghalakan), penghalaan: ~ peluru ber­pandu; 2. perihal mengarah (memberi teka­n­an pd sesuatu, condong terhadap sesuatu, dsb): ~ kpd sesuatu sumber itu bergantung pd sifat pertembungan kebudayaan dan hubungan sosial; pengarah 1. orang yg kerjanya mengarah (filem, drama, dsb); 2. orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb): P~ Per­khidmatan dan Perjawatan; ~ bukan eksekutif pengarah sesebuah syarikat yg bukan ahli sepenuh masa syarikat itu, tetapi mem­berikan khidmatnya dlm mena­sihati pengarah-pengarah lain; ~ eksekutif ahli lembaga sesebuah syarikat yg juga merupakan staf (biasanya sepenuh masa) syarikat itu yg mempunyai tanggungjawab tertentu, mis yg berkaitan dgn kewangan dan pengeluaran; ~ urusan ketua pegawai eksekutif sesebuah syari­kat yg bertanggungjawab kpd lembaga peng­arah dan terhadap keseluruhan pengu­rusan dan perjalanan syarikat; kepengarahan perihal (sifat, bakat, ke­boleh­an dsb) yg berkaitan dgn pengarah: sedia­kanlah diri dgn ilmu ~ dahulu, bukan­nya sekadar mengisi kalendar pengarah di sesebuah produksi.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas