Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ka.da.ran] | ڤرقدرن

Definisi : perihal berkadar, perimbangan mengikut kadar: jika ~ yg serupa dipindahkan pd setiap peringkat umur, pola yg lain masih tetap terhasil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perkadaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ini adalah berkaitan dengan syarat permohonan papan iklan di hadapan kedai : 1. Perlukah alamat syarikat dimasuk dalam papan iklan? 2. Adakah saiz perkataan untuk jenis aktiviti perniagaan telah ditetap atau akan disemak mengikut perkadaran dengan saiz nama syarikat ? Terima kasih

i. Visual iklan hendaklah dalam bahasa Melayu sama ada dengan sendirinya atau bersama-sama bahasa lain.

ii. Perkataan dan huruf dalam bahasa Melayu hendaklah diberi keutamaan dari segi warnanya  di suatu kedudukan yang lebih jelas dan bersaiz lebih besar.

iii. Kedudukan bahasa Melayu hendaklah di sebelah atas kiri atau tengah.

Untuk keterangan lanjut tentang syarat-syarat permohonan iklan papan tanda, sila hubungi Jabatan Pelesenan, Pihak Berkuasa Tempatan yang dimohon.

Pihak tuan/puan juga boleh membuat pengesahan bahasa secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my ,kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan tuan/puan.
Lain-lain26.10.2020

Kembali ke atas