Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ka.da.ran] | ڤرقدرن

Definisi : perihal berkadar, perimbangan mengikut kadar: jika ~ yg serupa dipindahkan pd setiap peringkat umur, pola yg lain masih tetap terhasil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perkadaran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERKADARAN

Perkadaran ialah perkaitan persamaan antara dua

nisbah. Contohnya, persamaan ab _ cd ialah

perkadaran. Persamaan ini menyatakan bahawa a

berkaitan dengan b sebagaimana perkaitan c

dengan d . Ia juga boleh ditulis a:b _ c:d . Nisbah

yang sama dikenali sebagai perkadaran .

UMUM 
NISBAH JANTINA

Nisbah jantina ialah perkadaran lelaki kepada

perempuan dalam sesuatu jumlah penduduk. Kajian

tentang rekod kelahiran bagi manusia dan haiwan

lain menunjukkan bahawa banyak spesies

mempunyai lebih banyak individu daripada satu

jantina berbanding jantina yang lain. Misalnya, di

kalangan manusia, 103 hingga 107 bayi lelaki

dilahirkan bagi setiap 100 bayi perempuan.

Bagaimanapun dalam jumlah penduduk dewasa,

kaum wanita adalah lebih ramai kerana pada

puratanya, kaum wanita hidup lebih lama. Kuda

melahirkan kira-kira 98 ekor anak kuda jantan bagi

setiap 100 ekor anak kuda betina. Ayam pula

mempunyai nisbah 95 ekor ayam jantan bagi setiap

100 ekor ayam betina.

UMUM 
PROUST, JOSEPH LOUIS

Proust, Joseph Louis (1754–1826) ialah ahli

kimia Perancis. Dia menjadi terkenal kerana

menyokong idea bahawa setiap sebatian kimia

tulen terdiri daripada unsur dalam perkadaran

yang ditetapkan. Ahli sains kini menerima idea ini

sebagai hukum perkadaran malar.

UMUM 
TAWAS

Tawas ialah nama kumpulan tertentu garam

ganda dua. Garam ganda dua terdiri daripada dua

garam ringkas yang membentuk hablur bersama-sama

dalam perkadaran yang sama.

UMUM 

Kembali ke atas