Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ka.kas] | ڤرکاکس

Definisi : 1. benda-benda yg digunakan utk membuat sesuatu pekerjaan (memasak, ber­tukang, dll), alat: kerja itu tidak dapat dibuat dgn sempurna kerana kekurangan ~; 2. (Bio) bahagian-bahagian (manusia atau binatang) yg menjalankan tugas-tugas tertentu, organ: pd binatang mamalia ~ perjalanan darah ini selalunya mengandungi jantung, salur nadi, pembuluh, dll; binatang-binatang spt arnab atau tikus biasanya dibedah utk diperiksa ~ di dlm tubuhnya; 3. ki orang yg bekerja utk orang lain (biasanya dgn tujuan­-tujuan buruk), alat, ejen: baik dibunuh sahaja orang yg menjadi ~ musuh kita; ~ dapur alat-alat utk kegunaan di dapur (periuk belanga dll); ~ makan alat-alat yg digunakan ketika makan (pinggan, mangkuk, senduk, sudu, dll); ~ perang alat-alat utk ber­perang (senjata dll); ~ rumah benda-benda yg diperlukan dlm rumah (almari, kerusi, meja, dll), perabot; ~ tukang kayu alat-alat yg digunakan oleh tukang kayu (gergaji, ketam, dll); ~ tulis alat-alat menulis (pensel dll); memperkakaskan menggunakan sbg perkakas, memperalat: mereka berasa tidak berdaya kerana diperkakaskan oleh segolongan manusia durjana yg berkuasa; perkakasan 1. bermacam-macam perkakas, (alat) perkakas: sebuah dua kapal Inggeris sudah sampai ke Melaka membawa ~ perang itu; 2. (Komp) peralatan yg membentuk satu sistem komputer spt monitor, papan kekunci, unit pemprosesan, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ka.kas] | ڤرکاکس

Definisi : 1 segala yg digunakan utk bekerja atau utk mengerjakan sesuatu; alat: Saya tidak dpt membuat kerja itu dgn sempurna kerana kekurangan ~. 2 ki orang yg bekerja dgn orang lain, biasanya utk tujuan buruk; ejen: Baik dibunuh saja orang yg menjadi ~ musuh kita. ~ dapur alat-alat yg diperlukan utk kegunaan di dapur (spt pinggan, pisau, sudu). ~ perang alat-alat utk berperang. ~ rumah alat-alat yg diperlukan di rumah (spt kerusi, meja, almari); perabot. perkakasan 1 bermacam-macam perkakas: Sebuah kapal sudah sampai dgn membawa ~ perang. 2 ist peralatan yg membentuk satu sistem komputer, spt monitor, papan kekunci, dan unit pemprosesan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perkakas (kata nama)
1. Bersinonim dengan perkakasan: alat, alatan, peralatan, kelengkapan, mesin, radas, peranti, jentera,

2. Dalam konteks perkakas rumah
bersinonim dengan almari, rak buku, kerusi, meja, katil,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan ejen, alat, tali barut, boneka, barua, ampawa, mata-mata, pengintai, pengekor, pengintip, hantu, gundal,

Kata Terbitan : memperkakaskan, perkakasan,

Peribahasa

Hilang jasa beliung,
     timbul jasa rimbas.

Bermaksud :

Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kerbau punya susu, sapi punya nama, b. Kerbau sakit, sapi beroleh nama). rimbas = perkakas untuk penarah kayu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
stock-in-trade n 1. sesuatu yg perlu: such tools are a carpenter’s ~, perkakas-perkakas itu ialah sesuatu yg perlu bagi tukang kayu; words are the writer’s ~, kata-kata ialah sesuatu yg perlu bagi penulis;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
primitiveadj 1. belonging to the earliest times, primitif: ~ tribes, suku kaum primitif; ~ stone implements, perkakas-perkakas batu yg primitif; 2. elementary, crude, kuno, primitif; (of feelings) primitif: a ~ type of stove, jenis dapur yg kuno; he found it difficult to control the ~ feelings of vengeance, dia mendapati sukar utk mengawal perasaan primitif ingin membalas dendam; conditions in the interior are quite ~, keadaan di kawasan pedalaman itu agak kuno; 3. (biol, geol) primitif: ~ cell, sel primitif; ~ circle, bulatan primitif;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pitch 1disampaikan dgn cara yg sesuai dgn tahap pendengar yg menjadi sasarannya; c. (price) menetapkan: the prices of these electrical appliances are ~ed quite low, harga perkakas-perkakas elektrik itu ditetapkan pd harga yg agak rendah; d. (aspirations etc) menaruh: he didn’t ~ his expectations too high, dia tdk menaruh harapan yg terlalu tinggi; 5. (mus) set at certain pitch, melaraskan pic: this song should be ~ed a little higher, lagu itu harus dilaraskan picnya tinggi sedikit; the wind instruments were ~ed in different keys, alat-alat tiupan itu dilaraskan picnya pd nada yg berbeza-beza; 6. (baseball) membaling;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
oblige3. do as favour, kindness, menolong; (used in a request) tolong: he said he stored the equipment in his garage to ~ a friend, dia berkata dia menyimpan perkakas-perkakas itu dlm garaj utk menolong kawan; could you ~ me by closing the door?, boleh kamu tolong saya tutup pintu?; 4. (usu pass.) make indebted to, terhutang budi kpd: I am much ~d to you for your kind help, saya sangat terhutang budi kpd saudara krn telah membantu saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
utensiln perkakas; (for writing) alat: kitchen ~s, perkakas dapur; writing ~s, alat tulis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
apparatusn 1. equipment, alat, perkakas; (tech) alat: the camera crew set up their ~ in the studio, pekerja kamera memasang alat-alat mereka di studio; sports ~, perkakas sukan; breathing ~, radas pernafasan; Golgi ~, radas Golgi; 2. (anat) radas, alat: digestive ~, radas pencernaan; 3. organization, system, sistem: the administrative ~ of the government, sistem pentadbiran kerajaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
machine tooln perkakas mesin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kitchen -waren perkakas dapur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
implementn tool, instrument, alat, perkakas: agricultural ~s, alat-alat pertanian;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gardeningn berkebun: ~ tools, perkakas berkebun; ~ skill, kemahiran berkebun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas