Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ka.kas] | ڤرکاکس

Definisi : 1. benda-benda yg digunakan utk membuat sesuatu pekerjaan (memasak, ber­tukang, dll), alat: kerja itu tidak dapat dibuat dgn sempurna kerana kekurangan ~; 2. (Bio) bahagian-bahagian (manusia atau binatang) yg menjalankan tugas-tugas tertentu, organ: pd binatang mamalia ~ perjalanan darah ini selalunya mengandungi jantung, salur nadi, pembuluh, dll; binatang-binatang spt arnab atau tikus biasanya dibedah utk diperiksa ~ di dlm tubuhnya; 3. ki orang yg bekerja utk orang lain (biasanya dgn tujuan­-tujuan buruk), alat, ejen: baik dibunuh sahaja orang yg menjadi ~ musuh kita; ~ dapur alat-alat utk kegunaan di dapur (periuk belanga dll); ~ makan alat-alat yg digunakan ketika makan (pinggan, mangkuk, senduk, sudu, dll); ~ perang alat-alat utk ber­perang (senjata dll); ~ rumah benda-benda yg diperlukan dlm rumah (almari, kerusi, meja, dll), perabot; ~ tukang kayu alat-alat yg digunakan oleh tukang kayu (gergaji, ketam, dll); ~ tulis alat-alat menulis (pensel dll); memperkakaskan menggunakan sbg perkakas, memperalat: mereka berasa tidak berdaya kerana diperkakaskan oleh segolongan manusia durjana yg berkuasa; perkakasan 1. bermacam-macam perkakas, (alat) perkakas: sebuah dua kapal Inggeris sudah sampai ke Melaka membawa ~ perang itu; 2. (Komp) peralatan yg membentuk satu sistem komputer spt monitor, papan kekunci, unit pemprosesan, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ka.kas] | ڤرکاکس

Definisi : 1 segala yg digunakan utk bekerja atau utk mengerjakan sesuatu; alat: Saya tidak dpt membuat kerja itu dgn sempurna kerana kekurangan ~. 2 ki orang yg bekerja dgn orang lain, biasanya utk tujuan buruk; ejen: Baik dibunuh saja orang yg menjadi ~ musuh kita. ~ dapur alat-alat yg diperlukan utk kegunaan di dapur (spt pinggan, pisau, sudu). ~ perang alat-alat utk berperang. ~ rumah alat-alat yg diperlukan di rumah (spt kerusi, meja, almari); perabot. perkakasan 1 bermacam-macam perkakas: Sebuah kapal sudah sampai dgn membawa ~ perang. 2 ist peralatan yg membentuk satu sistem komputer, spt monitor, papan kekunci, dan unit pemprosesan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perkakas (kata nama)
1. Bersinonim dengan perkakasan: alat, alatan, peralatan, kelengkapan, mesin, radas, peranti, jentera,

2. Dalam konteks perkakas rumah
bersinonim dengan almari, rak buku, kerusi, meja, katil,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan ejen, alat, tali barut, boneka, barua, ampawa, mata-mata, pengintai, pengekor, pengintip, hantu, gundal,

Kata Terbitan : memperkakaskan, perkakasan,

Peribahasa

Hilang jasa beliung,
     timbul jasa rimbas.

Bermaksud :

Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kerbau punya susu, sapi punya nama, b. Kerbau sakit, sapi beroleh nama). rimbas = perkakas untuk penarah kayu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
darkening (appliance)penghitaman (perkakas)SosiologiTiadaProses menggelapkan perkakas untuk memasak biasanya perkakas yang baru terutama untuk menghilangkan bau perkakas tersebut.
sliding sleeve positioning-foolperkakas penempatan sarung gelangsarKejuruteraanPetroleumPerkakas yang digunakan untuk membuka dan menutup injap sarung gelangsar, di dalam telaga. Ia diturunkan dengan menggunakan talian kabel. Dengan menggunakan perkakas ini, sarung dalam dari peranti injap sarung gelangsar dapat diturunkan atau dinaikkan. Perkakas ini akan terlepas dengan sendirinya sebaik sahaja injap telah terbuka atau tertutup sepenuhnya, dan dapat ditarik semula ke atas dengan talian kabel.
cable toolperkakas kabelGeologiTiadaSebarang komponen daripada suatu set perkakas dasar - lubang yang digunakan dalam penggerudian perkakas kabel.
rest (in mechanics)pegun; diam (mekanik)KejuruteraanTiada1. Bahagian mesin larik yang menyokong atau menyampaikan gerakan kepada perkakas atau tiang perkakas, atau yang menyokong bahan kerja pada tekanan pemotongan. 2. Berhenti daripada sebarang tindakan atau gerakan.
rapid traverserentas derasKejuruteraanKejuruteraan MekanikPergerakan cepat mekanisme mata perkakas pemotong ke kedudukan benda kerja dan ketika mata perkakas pemotong kembali ke tempat asal. Ketika pergerakan ini berlaku, mata perkakas pemotong tidak melakukan kerja pemotongan. Pergerakan ini berlaku pada mesin pemotongan seperti mesin larik, mesin canai dan mesin kisar.
subscriber equipmentperkakas pelangganSosiologiTiadaPerkakas yang diperlukan untuk panggilan telefon.
support equipmentperkakas sokonganSosiologiTiadaPerkakas yang boleh melengkapkan lagi sistem.
wall applianceperkakas dindingSosiologiTiadaPerkakas elektrik yang dicagak ke dinding.
stationary applianceperkakas pegunSosiologiTiadaPerkakas yang tidak mudah digerakkan dari satu tempat ke satu tempat, contohnya dapur elektrik.
kitchen stencilsperkakas dapurPentadbiran PerniagaanTiadaPerkakas untuk memotong, menyiang dan memasak di dapur.
12345678910...

Kembali ke atas