Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) bahan utk membuat rumah; b) perabot; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : benda-benda yg diperlukan dlm rumah (almari, kerusi, meja, dll), perabot; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : alat-alat yg diperlukan di rumah (spt kerusi, meja, almari); perabot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perkakas (kata nama)
1. Bersinonim dengan perkakasan: alat, alatan, peralatan, kelengkapan, mesin, radas, peranti, jentera,

2. Dalam konteks perkakas rumah
bersinonim dengan almari, rak buku, kerusi, meja, katil,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan ejen, alat, tali barut, boneka, barua, ampawa, mata-mata, pengintai, pengekor, pengintip, hantu, gundal,

Kata Terbitan : memperkakaskan, perkakasan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARTIFAK ISLAM

Artifak Islam. Tinggalan purba pada umumnya

bermaksud benda-benda yang dibuat oleh

manusia atau digunakan oleh manusia berupa

tempat tinggal, perkakas rumah, alat-alat dan

kesenian yang kemudiannya ditinggalkan kerana

peredaran zaman. Sejak dahulu lagi, manusia

sudah tahu menghargai barang-barang purba. Ini

kerana menghargai barang-barang purba, menjaga

hak milik dan mengingati tuan punya, serta

menikmati kecantikan mempunyai hubungan yang

erat dengan kecenderungan dan naluri manusia

yang ingin memilikinya, menikmati keindahannya

serta ingin mengetahuinya.

UMUM 
KOMPUTER PERIBADI

Komputer peribadi ialah komputer meja atau

komputer riba yang direka bentuk untuk kegunaan

umum. Komputer jenis ini digunakan oleh

individu, keluarga, sekolah, atau syarikat untuk

merekodkan maklumat, menulis laporan, mempelajari

perkara baharu, bermain permainan, mengatur cara,

atau mengendalikan perkakas rumah.

UMUM 
SETEM PERDAGANGAN

Setem perdagangan ialah premium atau

bonus yang diberikan oleh peruncit kepada

pembeli barangan yang membeli secara tunai.

Setem ini dikumpulkan untuk ditukarkan dengan

barangan lain ataupun untuk mendapatkan

diskaun daripada barang dagangan peruncit

tersebut. Syarikat setem perdagangan menjual

setem itu kepada peruncit. Syarikat juga boleh

menebus (menukar) setem tersebut untuk

mendapatkan pelbagai barangan seperti

perkakas, barangan rumah atau peralatan sukan.

Kedai koperasi mungkin memberikan setem bagi

setiap pembelian. Setem ini juga boleh ditukarkan

untuk barangan lain di kedai koperasi. Ahli

perniagaan Amerika, Thomas Sperry,

menubuhkan syarikat setem perdagangan yang

pertama pada tahun 1896. Walaupun penggunaan

setem ini telah merosot, masih terdapat syarikat

yang memberikan setem ini untuk meningkatkan

hasil jualan.

UMUM 

Kembali ke atas