Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) bahan utk membuat rumah; b) perabot; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : benda-benda yg diperlukan dlm rumah (almari, kerusi, meja, dll), perabot; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : alat-alat yg diperlukan di rumah (spt kerusi, meja, almari); perabot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perkakas (kata nama)
1. Bersinonim dengan perkakasan: alat, alatan, peralatan, kelengkapan, mesin, radas, peranti, jentera,

2. Dalam konteks perkakas rumah
bersinonim dengan almari, rak buku, kerusi, meja, katil,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan ejen, alat, tali barut, boneka, barua, ampawa, mata-mata, pengintai, pengekor, pengintip, hantu, gundal,

Kata Terbitan : memperkakaskan, perkakasan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
furniture coverpenutup perkakas rumahPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
inventory of furnitureinventori perkakas rumahPentadbiranTiadaTiada
electrical machinerymesin elektrikEkonomiTiadaBarang-barang kejuruteraan dan mesin yang menggunakan kuasa elektrik, seperti generator, transfomer, mesin perkilangan, barang elektronik seperti radio, kamera video dan perakam suara, perkakas rumah seperti seterika, dan cerek elektrik, soket lampu dan sebagainya.
electrical productkeluaran elektrikEkonomiTiadaBarang-barang kejuruteraan dan mesin yang menggunakan kuasa elektrik, seperti generator, transformer, mesin perkilangan, barang elektronik seperti radio, kamera video dan perakam suara, perkakas rumah seperti seterika, dan cerek elektrik, soket lampu dan sebagainya.
tool houserumah perkakasKejuruteraanPetroleumBangunan atau rumah yang biasanya berdekatan dengan tempat operasi digunakan sebagai tempat menyimpan alat-alat yang akan atau telah digunakan dalam pelaksanaan operasi yang bersangkutan. Biasanya, rumah ini berdekatan dengan tempat operasi akan dijalankan atau tempat yang mudah dihubungi supaya tidak akan mengganggu pelaksanaan operasi berkenaan.
13 Amp socketsoket 13 AMPTeknikElektrikSoket alur keluar 3 pin yang hanya boleh digunakan oleh palam 13 A berfius. Pin tengah disabung ke bumi, sementara pin kanan ke bekalan hidup, dan pin kiri ke bekalan neutral. Soket jenis ini dimasukkan ke dalam kategori piawai British BS1363 atau BS2814. Biasanya soket jenis ini digunakan di rumah untuk bekalan kuasa bagi perkakas rumah, seperti TV, radio, dan kipas meja.
domestic electrical applianceperkakas elektrik domestikSosiologiTiadaSegala perkakas yang menggunakan kuasa elektrik yang boleh didapati di dalam dan di kawasan rumah.
cooker control unitunit kawalan pemasakTeknikElektrikAlat tambah elektrik yang mempunyai suis pemencilannya sendiri. Unit ini dikhaskan untuk kawalan pemasak. Biasanya unit ini dilengkapkan dengan satu soket alur keluar bersuis, contohnya soket 13A bagi bekalan cerek elektrik atau perkakas elektrik rumah.
universal motormotor semestaTeknikElektrikMotor yang boleh dikendalikan sama ada dengan bekalan arus terus atau bekalan arus ulang-alik satu fasa. Ciri motor ini sama dengan motor siri, tetapi ukurannya lebih kecil kerana motor ini tidak sesuai untuk kadar watt yang besar. motor ini banyak digunakan dalam perkakas elektrik di rumah, seperti kipas pengering rambut, pembancuh, dan pengisar. Sinonim motor universal.
pola pemidangpola pemidangKesenianTiadaUkiran yang menggunakan unsur yang sederhana. Pergerakan unsurnya tidak banyak berbelit, tidak berlingkar, dipisahkan antara motif-motifnya dan mempunyai pemidang atau bingkai. Motif pola ini lazimnya lebih bersifat estetik dengan pengertian yang tertentu. Ukiran yang mempunyai pola ini dikenali dengan motif-motif seperti motif itik pulang petang, bada mudik, setampuk manggis, dan sebagainya. Pola ini biasanya terdapat pada perkakas di dalam rumah seperti tepak sirih, almari, dan sebagainya, serta sering dipasang pada penutup bendul, paha tangga, cucuran atap, dan sebagainya. pola bingkai
12

Kembali ke atas