Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ka.ka.san] | ڤرکاکسن

Definisi : 1. bermacam-macam perkakas, (alat) perkakas: sebuah dua kapal Inggeris sudah sampai ke Melaka membawa ~ perang itu; 2. (Komp) peralatan yg membentuk satu sistem komputer spt monitor, papan kekunci, unit pemprosesan, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ka.ka.san] | ڤرکاکسن

Definisi : 1 bermacam-macam perkakas: Sebuah kapal sudah sampai dgn membawa ~ perang. 2 ist peralatan yg membentuk satu sistem komputer, spt monitor, papan kekunci, dan unit pemprosesan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perkakas (kata nama)
1. Bersinonim dengan perkakasan: alat, alatan, peralatan, kelengkapan, mesin, radas, peranti, jentera,

2. Dalam konteks perkakas rumah
bersinonim dengan almari, rak buku, kerusi, meja, katil,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan ejen, alat, tali barut, boneka, barua, ampawa, mata-mata, pengintai, pengekor, pengintip, hantu, gundal,

Kata Terbitan : memperkakaskan, perkakasan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pemacu perkakasan(hardware driver)1. Atur cara yang digunakan untuk mengawal perkakasan. 2. Perkakasan yang digunakan untuk mengawal atau memberi kuasa kepada litar atau modul lain.Kamus Komputer
prototaip perkakasan(hardware prototype)Perkakasan awal komputer bagi penggunaan tertentu yang dibina untuk membolehkan beberapa perkara dikaji dan diuji. Perkakasan awal ini digunakan untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna sebelum perkakasan sebenar dibina.Kamus Komputer
pendupleksan(duplexing)Penggunaan perkakasan komputer secara bergandingan. Apabila satu perkakasan gagal atau rosak perkakasan yang satu lagi akan mengambil alih tugas dan beban perkakasan tersebut.Kamus Komputer
bersandarkan perkakasan(hardware dependent)Terikat pada perkakasan tertentu dan tidak dapat berfungsi jika perkakasan tersebut tidak digunakan.Kamus Komputer
perkakasan atas para(off-the-shelf hardware)Perkakasan yang dikeluarkan dengan banyak, dan mudah didapati dalam stok pembekal atau pengedar perkakasan tanpa perlu tempahan khas.Kamus Komputer
dokumenan perkakasan(hardware documentation)Maklumat yang dibekalkan bersama perkakasan komputer, yang biasanya terdiri daripada manual atau risalah tentang bagaimana memasang dan menggunakan perkakasan dengan betul.Kamus Komputer
pemprototaipan perkakasan(hardware prototyping)Pembinaan perkakasan awal untuk penggunaan tertentu bagi membolehkan beberapa perkara dikaji dan diuji. Kaedah ini juga digunakan untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna supaya perkakasan sebenar yang diperlukan dapat dikarang dan disebarkan kepada umum.Kamus Komputer
ralat keras(hard error)Ralat yang berpunca daripada kerosakan pada perkakasan atau kejituan perkakasan yang lari daripada nilai tentukuran.Kamus Komputer
kunci perkakasan(hardware key)1. Peranti keselamatan yang perlu disumbatkan ke dalam perkakasan sebelum komputer atau sistem berkeselamatan boleh digunakan. Kunci ini digunakan untuk mengelakkan pengguna tanpa izin menggunakan sistem. 2. Peranti yang perlu disumbatkan ke dalam liang komputer sebelum perisian berpelindung boleh digunakan. Kunci perkakasan digunakan oleh pembuat perisian untuk mengelakkan pembeli menyalin perisian secara bebas. 3. Peranti yang diperlukan untuk membuka atau menutup fail sulit yang elah dikodkan. Bandingkan kunci perisian.Kamus Komputer
perkakasan1 bermacam-macam perkakas: Sebuah kapal sudah sampai dgn membawa ~ perang. 2 ist peralatan yg membentuk satu sistem komputer, spt monitor, papan kekunci, dan unit pemprosesan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas