Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ka.mu.san] | ڤرقاموسن

Definisi : perihal (yg berkaitan dgn) kamus (penyusunannya, ilmu mengenainya, dll): Bahagian P~, Dewan Bahasa dan Pustaka; lapangan ~; projek ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ka.mu.san] | ڤرقاموسن

Definisi : hal-hal (ilmu, kaedah penyusunan dsb) mengenai kamus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perkamusan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pengekodan perkamusanTiada soalan yang dikemukakan, sila hubungi kami semula.Lain-lain17.10.2012
Cahaya Petunjuk SAT 20:14 Cahaya Petunjuk Cahaya Assalamualaikum dan salam sejahtera, Admin. Saya mahu bertanya. Apakah sumbangan DBP dalam perkamusan ? terima kasih.Waalaikumussalam, Puan, sumbangan DBP dalam perkamusan ialah menghasilkan kamus dalam bentuk bercetak dan digital. Kamus yang telah dihasilkan dalam bentuk bercetak terdiri daripada kamus ekabahsa dan kamus dwibahasa. KAMUS YANG DIUSAHAKAN OLEH BAHAGIAN PERKAMUSAN Kamus Ekabahasa 1. Kamus Dewan 2. Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar 3. Kamus Dewan (Ejaan Baru) 4. Kamus Rendah Dewan Bergambar 5. Kamus Dewan Edisi Baru 6. Kamus Kebalikan Dewan 7. Kamus Dewan Edisi Ketiga 8. Kamus KBSR Dewan Bergambar Edisi Kedua 9. Kamus Dewan Edisi Keempat 10.Kamus Pelajar Edisi Pertama 11.Kamus Pelajar Edisi Kedua 12.Kamus Saku Bahasa Melayu Dewan 13.Kamus Dewan Edisi Keempat 14.Kamus Pelajar Edisi Kedua Kamus Dwibahasa 1. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu 2. Kamus Inggeris-Melayu Dewan 3. Kamus Inggeris-Melayu Dewan Edisi Ringkas 4. Kamus Perancis-Melayu 5. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu Edisi Kedua 6. Kamus Thai-Melayu Dewan 7. Kamus Melayu-Inggeris Dewan 8. Kamus Tamil-Melayu Dewan 9. Kamus Cina-Melayu Dewan Kamus Istilah 1. Kamus Istilah Sains Am 2. Kamus Perhutanan 3. Kamus Biologi KBSM 4. Kamus Perakaunan 5. Kamus Hidrometeorologi 6. Kamus Mekanik Gunaan 7. Kamus Perubatan 8. Kamus Kimia KBSM 9. Kamus Ekologi 10.Kamus Fizik KBSM 11.Kamus Ekonomi 12.Kamus Komputer 13.Kamus Kewangan 14.Kamus Kejuruteraan Kimia 15.Kamus Pelaburan 16.Kamus Linguistik 17.Kamus Meteorologi Perhubungan 18.Kamus Matematik KBSM 19.Kamus Perbankan 20.Kamus Teknik Elektrik 21.Kamus Kejuruteraan Kimia Edisi Kedua 22.Kamus Kejuruteraan Polimer Hasil Berbentuk Elektronik yang diusahakan oleh pihak luar dengan menggunakan data kamus DBP 1. Dewan-Eja (Perisian komputer untuk menyemak ejaan Bahasa Melayu 2. E-Kamus (Cakera padat yang mengandungi Kamus Dewan, Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Kamus Komputer 3. CD Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM (Kamus Interaktif, ilustrasi, animasi, dan audio permainan) 4. Dewan Eja Pro - Kamus-kamus yang terdapat dalam PRPM (digital: 1. Kamus Dewan Edisi Keempat 2. Kamus Pelajar Edisi Kedua 3. Kamus Inggeris-Melayu Dewan 4. Kamus-kamus lain.Lain-lain05.11.2016
Salam sejahtera DBP, saya harap mesej ini dapat dipanjangkan ke bahagian perkamusan. 'Nekabahasa' sebagai terjemahan 'multilingual' sekali gus memperlihatkan 'neka-' sebagai terjemahan awalan 'multi-'. Ada 3 sumber yang saya dapat petik penggunaannya iaitu Perkamusan Melayu Susunan Masyarakat Cina di Malaysia sebua rencana buah kalam Yang Quee Yee, Penterjemahan Bahasa Cina-Bahasa Melayu terbitan ITBM dan Translation: Bahasan Teori & Penuntun Praktis Menerjemah tulisan Zuchridin Suryawinata & Sugeng Hariyanto. Saya harap sempatlah masuk manuskrip kamus terbaharu DBP. Dirgahayu bahasa kita!Terima kasih atas maklumat yang diberikan dan maklumat berkenaan kami salurkan kepada Bahagian Perkamusan, DBP untuk pertimbangan pihak yang berwenang.Lain-lain19.04.2019
Sila nyatakan fungsi perkamusan.Salah satu fungsi kamus ialah merakam segala jenis perkataan. Untuk tujuan penulisan, kamus boleh digunakan untuk sebarang rujukan. Untuk maklumat lanjut tentang soalan di atas, sdr boleh berhubung terus dengan Bahagian Perkamusan DBP.Lain-lain04.04.2010
Saya ingin tahu SumbanganDBP dalam Pembinaan Bahasa MelayuUsaha pembinaan bahasa Melayu dibuat melalui kerja-kerja peristilahan, perkamusan dan penyelidikan. Dalam bidang peristilahan jutaan istilah digubal dalam pelbagai bidang, buku, glosari dan kamus istilah diterbitkan.   Bidang perkamusan pula memperlihatkan penyusunan dan penerbitan Kamus ekabahasa,dwibahasa, kamus besar(peringkat penyusunan) dll.. Dalam bidang penyelidikan kerja-kerja pengumpulan data korpus, kajian dialek, kajian laras dan gaya bahasa dll. dilaksanakan.   Lain-lain21.04.2008
adakah wujud kata rempit dalam perkamusan? betulkah kata ini daripada kata Bahasa Inggeris ramp-it yang digunakan berleluasa dalam kalangan golongan muda . sekiranya kata ini dituturkan dalam golongan tersebut, bolehkah tergolong sebagai kata slanga?Perkataan "rempit" tiada dalam kamus. Ya, perkataan ini merupakan bahasa slanga dalam kalangan golongan muda.Makna08.07.2014
Salam, Saya sudan kemukakan perkataan baharu di pihak Perancang Bahasa (S41) Bahagian Perkamusan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera. Maklumatnye supertitles yang tertera di lampiran. Saya kini hendak bertanya dengan balas dari pihak di atas, boleh kah kami menggunakannya di dalam iklan kami seperti berikut.Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan bahasa Melayu bagi 'slofie'. Walau bagaimanapun, swafoto gerak perlahan boleh digunakan dalam iklan puan. Kami juga mencadangkan swafoto perlahan untuk digunakan sebagai padanan bagi istilah ini.Istilah01.10.2019
saya Hasbi bt Hussin, ingin bertanya mengenai konsep-konsep berikut dari sudut perkamusan, bolehkah terangkan kepada saya? i) korpus dan korkordans ii) tilde dan lema iii) fonemik dan fonetik

Korpus bermaksud (Lin) himpunan makalah (tulisan dsb) mengenai sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan utk kajian (spt kumpulan contoh penggunaan kata dll).

 Konkordans bermaksud  (Lin) senarai kata dlm korpus (buku, majalah, dsb) yg disusun mengikut abjad yg menyatakan kedudukan sesuatu kata, dan cara penggunaannya dlm bahagian korpus yg berkenaan.

Tilde bermaksud  lambang (~) spt yg digunakan di dlm sesebuah kamus sbg pengganti kata masukan pd bahagian tertentu sesuatu entri.

Lema bermaksud (Lin) kata masukan dlm kamus, entri.

Fonemik bermaksud (Lin) 1. bkn fonem; 2. kajian linguistik tentang fonem.

Fonetik bermaksud ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna04.04.2009
Adakah DBP telah menyediakan Kamus Astronomi?Salam sejahtera, Kamus Astronomi. Untuk makluman, Bahagian Perkamusan Dewan Bahasa dan Pustaka, belum pernah menerbitkan Kamus Astronomi, tetapi dalam Kamus Dewan Perdana ada dimasukkan entri bidang Astronomi melalui perbincangan bersama2 pakar astronomi 2. Walau bagaimanapun, sebagai rujukan, Bahagian Peristilahan dan Leksikologi DBP, ada menerbitkan Glosari Astronomi (1995), glosari yang menyediakan huraian ringkas bagi entri atau istilah astronomi. Sekian, terima kasih.Lain-lain16.11.2020
Jika kata "memperkawani" wujud dalam bahasa Melayu, apakah maksud kata "memperkawani"?Tuan/Puan, setelah merujuk Bahagian Perkamusan, saya dimaklumkan bahawa tiada perkataan "memperkawani" dalam bahasa Melayu atau dalam Kamus Dewan.  Yang ada hanya perkataan "memperkawan" yang bermaksud berkawan dengan seseorang atau "memperkawankan" yang bermaksud menjadikan seseorang kawan kepada seseorang yang lain.Makna10.01.2015
12345678910

Kembali ke atas