Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ka.mu.san] | ڤرقاموسن

Definisi : perihal (yg berkaitan dgn) kamus (penyusunannya, ilmu mengenainya, dll): Bahagian P~, Dewan Bahasa dan Pustaka; lapangan ~; projek ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ka.mu.san] | ڤرقاموسن

Definisi : hal-hal (ilmu, kaedah penyusunan dsb) mengenai kamus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perkamusan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERKAMUSAN MELAYU

PERKAMUSAN MELAYU, wahana untuk mendokumentasikan kosa kata sesuatu bahasa selengkapnya atau sebahagiannya.  Kamus diisusun untuk tujuan ilmiah dan praktis.  Dalam kamus ilmiah didaftarkan sebanyak mungkin kata sebuah bahasa, dengan perincian maknanya, ada kalanya dilengkapi dengan kata majmuk, peribahasa dan contoh pemakaiannya.  Kamus praktis disesuaikan dengan pemakai sasaran murid sekolah, golongan pemakai spesifik, misalnya kamus istilah pelbagai bidang, kamus untuk pelancong, pedagang dan lain-lainya.

BAHASAKonsep
ZAINAL ABIDIN SAFARWANahli perkamusan.BAHASATokoh
KHALIL IBN AHMAD, AL-

Khalil ibn Ahmad, al- (100–170 H/718–786

M), ahli bahasa, ahli perkamusan dan pengasas

ilmu arud (prosodi).

UMUM 
ZAINAL ABIDIN SAFARWANZAINAL ABIDIN SAFARWAN (1932-     ), ahli perkamusan.  Dia lahir pada 27 Jun 1932 di Singapura. Dia bersekolah Melayu dan memasuki Special Malay Class di Victoria School Singapura hingga tamat Sijil Persekolahan pada tahun 1952.  Zainal Abdidin mula bekerja dengan majalah Bulanan Malaya Di Singapura sebaik sahaja tamat persekolahan.  Apabila majalah itu ditutup pada tahun 1965 dia berpindah ke majalah Radio Weekly.  Pada tahun 1968, dia berpindah pula ke Berita Harian di Kuala Lumpur, sehinggalah dia bersara pada tahun 1987.BAHASATokoh
KAMUS PELAJAR

KAMUS PELAJAR, kamus umum yang disusun khas untuk kegunaan pelajar. ‘Pelajar’ dalam konteks perkamusan merujuk kepada orang yang belajar bahasa Melayu. Dalam  hal ini ‘kamus pelajar’ secara am dapat dianggap sebagai kamus untuk orang yang belajar bahasa Melayu tidak kira sama ada mereka masih di bangku sekolah atau tidak. Ada juga kamus pelajar yang ditujukan khas kepada orang asing yang ingin belajar bahasa Melayu atau kepada pelajar yang belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

BAHASAPenerbitan
KAMUS KHUSUS

KAMUS KHUSUS, salah satu jenis kamus yang memberi sumbangan yang amat penting dalam dunia perkamusan itu sendiri. Oleh sebab konsep kamus itu mempunyai pengertian yang amat luas meliputi input linguistik seperti morfologi, sintaksis, semantik, fonologi, dan semua subdisiplin  linguistik yang lain seperti  leksikologi, analisis wacana, pragmatik, etimologi den sebagainya, maka potensi kamus khusus itu untuk berkembang jelas terbuka luas. Malah kamus khusus menjadi faktor yang mencorakkan kepelbagaian usaha penyusunan kamus yang menjadi agen kodifikasi bahasa yang amat berpengaruh.

BAHASAPenerbitan
MARHAN

MARHAN (1945 -     ) penyair dan pendidik. Dia lahir pada tahun 1945 di Machang, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Salleh. Marhan melanjutkan pengajiannya di Kolej Islam Malaya, Kelang, hingga lulus Sijil Tinggi Kolej tersebut. Kemudian dia bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai pembantu penyelidik di Bahagian Perkamusan. Pada tahun 1970, Marhan meninggalkan DBP lalu menubuhkan dan mengusahakan sekolah swastanya sendiri Institut  Kebangsaan Machang. Institut ini kemudiannya diubah nama menjadi Institut Al-Huda dengan bahasa pengantar bahasa Melayu dan Arab. Selain sebagai pengetua Institut Al-Huda, Marhan dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Daerah Machang.

SASTERATokoh

Kembali ke atas