Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ka.pa.lan] | ڤرکاڤلن

Definisi : 1. perihal kapal (urusan dll), yg berkaitan dgn kapal (dlm pelbagai aspek): pegawai ~; pusat ~; kemudahan-kemudahan ~; 2. pelayaran dgn kapal: beting ini menjadi halangan kpd ~; sungai-sungai di situ tidak boleh digunakan utk ~; 3. tempat membuat kapal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ka.pa.lan] | ڤرکاڤلن

Definisi : hal-hal mengenai kapal (urusan, pelayaran dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perkapalan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan/puan, Apakah padanan istilah yang tepat bagi "proper shipping name"? Biasa ada dalam Risalah Data Keselamatan. Terjemahan saya ialah Nama Dagang Wajar.Terjemahan yang sesuai bagi "proper shipping name" ialah Nama perkapalan yang sesuai atau Nama perkapalan wajarMakna02.06.2017
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Cerita yang dibacanya tidak menarik dan (tawar). (b) Dia mendapat (tawar) kerja di syarikat perkapalan. (c) Dia (kosong) matanya kerana dimasuki habuk. (d) Penyewa rumah itu diminta (kosong) rumah secepat mungkin. (e) Dia (tapak) sahaja ke Bentong. (f) Ali duduk sambil (menduga) di atas tangga. (g) Halim (menduga) soalan itu dengan tepat. (h) Dia mengambil sekeping (bocor) dari atas meja itu. (i) Dia memasak kari dengan menggunakan (isi) lembu.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
Apa terjemahan 'avast' dan 'aye' yang biasanya digunakan oleh lanun?

Avast” bermaksud “berhenti”. Perkataan ini digunakan dalam bidang yang berkaitan dengan pelayaran kelasi atau perkapalan. (KAMUS INGGERIS-MELAYU DEWAN).

 Aye”  bermaksud “baik tuan!”. Perkataan ini ditandai dengan tanda arkaik (tidak lazim digunakan)  dalam kamus. (KAMUS INGGERIS-MELAYU DEWAN dan KAMUS DEWAN PERDANA).

Makna03.07.2022
saya ingin membuat pertanyaan adakah boleh perkataan NAUTICA digunakan untuk menamakan bangunan (kondominium atau lain-lain)Pada kebiasaannya penamaan sesuatu bangunan atau kondominium bergantung pada lokasi, persekitaran tempat terletaknya bangunan atau kondominium tersebut atau konsep yang hendak diketengahkan. Perkataan nautika bermaksud berkaitan dengan pelaut, perkapalan atau pelayaran. Oleh yang demikian sekiranya ini memenuhi kriteris tersebut maka penamaan sedemikian bolehlah diberikan. Walau bagaimanapun disyorkan saudara merujuk buku garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan nama yang sesuai.Lain-lain25.07.2008

Kembali ke atas