Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ka.sa] | ڤرکاس

Definisi : 1. = gagah ~ gagah berani: Hang Tuah terkenal sbg seorang hulubalang Melayu yg ~; 2. berkuasa, hebat, kuat; dgn ~ dgn paksa (kekerasan); memperkasakan menjadikan hebat (unggul, kuat, terkenal, berdaulat, dominan dsb): usaha utk ~ industri minyak sawit perlu dilakukan segera; ~ bahasa Melayu; keperkasaan 1. perihal perkasa, keberanian, kegagahan: dia tahu benar ~ Iskandar Muda dgn armadanya yg besar menyerang Melaka; 2. kekuasaan, kekuatan, kekerasan; pemerkasaan perihal (perbuatan, usaha atau tindakan) memperkasakan: kongres tersebut turut meluluskan resolusi dlm aspek ~ bahasa Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ka.sa] | ڤرکاس

Definisi : 1 berani lagi bijak dlm peperangan: Hang Tuah merupakan hulubalang Melayu yg ~. gagah ~ gagah serta berani. 2 kuat dan berkuasa; hebat: memperkasakan menjadikan perkasa (hebat, unggul dsb): Usaha dijalankan utk ~ bahasa Melayu. keperkasaan 1 keadaan atau sifat berani lagi bijak (dlm peperangan): Dia tahu benar akan ~ Iskandar Muda dgn armadanya yg besar menyerang Melaka. 2 keadaan kuat dan berkuasa; kehebatan: Kebimbangan sesetengah pihak timbul ekoran daya saing yg muncul drpd ~ ekonomi negara-negara Asia. pemerkasaan perbuatan, usaha dsb memperkasakan: Kongres meluluskan resolusi dlm aspek ~ bahasa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perkasa (adjektif)
1. Bersinonim dengan gagah: berani, gagah berani, bahaduri, kosen,
Berantonim dengan penakut

2. Bersinonim dengan berkuasa: hebat, kuat, keras, tegas,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : keperkasaan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Perkasa diyakini: lasak dan kukuhTiadaDewan Ekonomi1 June 1998
Perkasa Bahasa Ibunda, Kuala LumpurSiti Zaleha M. HashimDewan Bahasa1 February 2003
Pohon Perkasa dan Seekor SeranggaSiti Zaleha M. HashimDewan Masyarakat1 April 2007
Antara "Perkasa" dengan "Perkosa": rebutan kuasaCollins, James T.Dewan Bahasa1 July 2001
Guru PerkasaAhmad SarjuPelita Bahasa1 May 2006
Pemuda PerkasaMadjeriUtusan Kiblat1 October 1986
[Badang Perkasa]Zailiani TaslimDewan Siswa1 November 1982
Gurindam Minda PerkasaMustaffa SirajPelita Bahasa1 November 2008
Seekor Helang PerkasaRahim BakarDewan Budaya1 August 2001
j-QAF perkasa ilmu agama muridTiadaMilenia Muslim1 April 2006
123

Kembali ke atas