Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ke.nan] | ڤرکنن

Definisi : izin (keizinan), kelulusan, kere­laan, persetujuan; ~ diraja persetujuan rasmi yg diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dsb, mis per­kenan Yang di-Pertuan Agong terhadap rang undang-undang yg dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen utk membolehkannya menjadi suatu undang-undang atau akta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ke.nan] | ڤرکنن

Definisi : izin atau persetujuan yg diberikan oleh seseorang atau sesuatu pihak supaya sesuatu arahan dpt dilaksanakan. ~ diraja izin atau persetujuan drpd Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dsb utk melaksanakan sesuatu arahan atau utk menguatkuasakan sesuatu undang-undang. ~ Duli Yang Maha Mulia izin atau persetujuan drpd Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong utk melaksanakan sesuatu arahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenan1
Kata Terbitan : berkenan, memperkenankan, perkenan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pengesahan DBP ayat di bawah yang mana lebih sesuai digunakan di dalam Minit Mesyuarat? (i) bersetuju mengesyorkan calon XXX untuk diangkat sebagai xxx tertakluk kepada perkenan DYMM Tuanku Canselor USIM; atau; (ii) bersetuju mengesyorkan pencalonan XXX sebagai XXX untuk diangkat bagi perkenan DYMM Tuanku Canselor USIM.Dari segi tatabahasa ayat yang betul ialah "(i) Mesyuarat bersetuju mengesyorkan pencalonan XXX untuk diangkat sebagai xxx dan  tertakluk kepada perkenan DYMM Tuanku Canselor USIM.  Tatabahasa27.03.2018
assalam, saya ingin tahu perkataan "memperkenankan" atau "perkenan" dalam bahasa inggeris. terima kasihIstilah  Undang-Undang

memperkenankan - consenting 

Kamus Melayu Inggeris Dewan

memperkenankan (berkenaan dengan raja, sultan) - grant, give assent
memperkenankan (berkenaan dengan Allah) - answer, grant 

Istilah Sejarah

perkenan - assent

Kamus Melayu Inggeris Dewan

perkenan - assent/assented to
Istilah26.09.2016
Tuan, Minta memberi ulasan, perkataan-perkataan berikut dilihat sangat relevan dan menepati makna pada tempat pengunanya dan mudah difahami. Tepi ia masih tidak mantap status dalam kamus Melayu, antaranya: 1) (Pembaikian) rumah itu memakan masa sebulan. 2) (Perasmi) majlis ialah YB Lee. 3) DYMM Raja perempuan Kelanta (mengampuni perkenan) untuk mencemar duli melawat sekolah kita. 4) Dia ingin tahu (duduk) perkara sebenar. Terima kasih. frpd: liahhooi

Encik Lee,

Berikut dikemukakan ayat yang mengikuti tatabahasa Melayu yang betul;

   (1)  Jangkamasa membaik pulih rumah itu memakan masa sebulan. Atau; Jangkamasa pembaikan rumah itu   memakan masa sebulan.

 (Rujuk makna kata "pembaikan"; perihal (perbuatan, usaha, dsb) membaikkan atau membaiki; ~ tanah perbuatan)  

  (2)  Perasmi majlis itu ialah YB Lee. atau Majlis itu dirasmikan oleh YB Lee.

(Rujuk makna perasmi ialah orang yang merasmikan majlis ).

  (3) DYMM Raja Perempuan Kelantan perkenan untuk mencemar duli melawat sekolah kita. 

perkenan" title="perkenan">perkenan

izin (keizinan), kelulusan, kerelaan, persetujuan; ~ diraja persetujuan rasmi yg diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dsb.

 (4) Dia ingin tahu  akan kedudukan perkara sebenar. 

Makna kedudukan keadaan yg sebenarnya (bkn sesuatu hal dll):

Tatabahasa13.03.2009
Salam sejahtera, Apakah kesalahan ayat-ayat di bawah ini? 1. Rakyat berterima kasih atas perkenan tuanku mencemar duli ke perasmian taman perumahan ini. 2. Nelayan-nelayan melonggokkan ikan-ikan mengikut jenis sebelum menjualnya kepada peraih-peraih yang membuat tawaran yang paling baik. 3. Selain daripada sesak nafas, perokok tegar juga boleh menghidap sakit kerongkong. Terima kasih.1. Rakyat berterima kasih atas perkenan Tuanku mencemar duli ke perasmian taman perumahan ini.

2. Nelayan-nelayan melonggokkan ikan mengikut jenis sebelum menjual ikan tersebut kepada peraih-peraih yang membuat tawaran paling baik.

3. Selain daripada sesak nafas, perokok tegar juga akan mengalami sakit kerongkong.
Tatabahasa23.07.2013
Dalam ayat yang ada di bawah, apakah ayat yang betul? 1) Sultan Amir telah berkenan untuk mencemar duli merasmikan kawasan rekreasi baharu itu nanti. 2) Sultan Amir telah perkenan untuk mencemar duli merasmikan kawasan rekreasi baharu itu nanti.

Ayat yang betul ialah “Sultan Amir telah berkenan untuk mencemar duli merasmikan kawasan rekreasi baharu itu.”

Tatabahasa22.12.2023
Perbezaan penggunaan kesantunan bahasa antara bahasa rasmi dan bahasa istanaKesantunan bahasa dalam penulisan surat rasmi bermaksud penggunaan bahasa yang halus, beradab dan sopan. Penulis memperlihatkan budi bahasa yang tinggi. Aspek ini dapat dilihat dari segi pemilihan kata, frasa, cara mengungkapkan idea dan harapan yang dijangka. Dalam  surat rasmi masih terikat dalam suasana urusan pentadbiran, maka pemilihan kata atau istilah  adalah berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan. Dalam surat rasmi menggunakan bahasa istana pula, penulis hendaklah mengungkapkan kata-kat dalam bahasa istana yang sopan, beradab dan halus. Contoh bahasa istana ialah menjunjung kasih, memphon perkenan, berkenan berangkat, berangkat tiba dan titah mengadap. Senarai bahasa istana boleh diperoleh daripada pihak istana sultan. Lain-lain29.02.2008

Kembali ke atas