Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
khidmat (kata nama)
1. Bersinonim dengan hormat: takzim, sopan santun,

2. Bersinonim dengan bakti: jasa, tugas, kerja, sumbangan,

Kata Terbitan : berkhidmat, perkhidmatan, pekhidmat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
definisi perkhidmatan dan definisi kaunter?Terima kasih soalan yang dikemukakan. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat- perkhidmatan 1. perihal berkhidmat (bertugas) 2. kerja (usaha, kemudahan, dll.) manakala kaunter ialah meja panjang tempat melayani pertanyaan tetamu, tempat urusniasa dijalankan atau tempat barang yang dipamerkan.Lain-lain25.08.2008
Minta bantuan ejaan jawi untuk 1) PERKHIDMATAN PENGHANTARAN EKSPRESS 2) PUSAT INFOMASI1. PERKHIDMATAN PENGHANTARAN EKSPRES = ڤرخدمتن ڤڠهانترن ايکسڤريس

2. PUSAT INFORMASI = ڤوست اينفورماسي
Lain-lain01.01.2020
Minta bantuan ejaan jawi untuk : 1PERKHIDMATAN PENGHANTARAN SEGERA Terima KasihPERKHIDMATAN PENGHANTARAN SEGERA = ڤرخدمتن ڤڠهانترن سݢراLain-lain01.01.2020
KKM akan menerbitkan majalah/buletin dimana kandungannya berkaitan aktiviti semasa perkhidmatan-perkhidmatan Sains Kesihatan Bersekutu seperti Penolong Pegawai Perubatan (Pembantu Perubatan), Jururawat, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Juruteknologi Makmal Perubatan, Pembantu Farmasi dll. Mohon pandangan tuan memilih salah atau daripada tajuk-tajuk dibawah atau pihak mengesyorkan satu tajuk yang sesuai. 1) Info SKB (Sains Kesihatan Bersekutu) 2) Rangkaian SKB (Sains Kesihatan Bersekutu) 3) Buletin SKB (Sains Kesihatan Bersekutu) Atas khidmat nasihat pihak tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. AMIN ZAFRI BIN ABD RAHMANBerdasarkan latar belakang yang ringkas dan tidak mendalam yang diberikan oleh sdr, saya mencadangkan buletin/mjalah sdr di berikan judul "Buletin SKB".Lain-lain21.04.2008
Salam Mohon tuan perbetulkan penggunaan jawatan di bawah, yang mana satu betul? 1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bercarum 2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bercaruman Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah 1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan BercarumTatabahasa09.05.2023
MB Intreior DesignPembetulan:
1. PERKHIDMATAN UBAH SUAI DAN HIASAN DALAMAN
2. TEL.
Selepas dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".
Tatabahasa12.08.2015
maksud hotel,resort,chalet,motel,hostel,INN hotel,TRAVEL hotel,CITY hotel,SPA hotelMaksud ungkapan yang saudara perlukan adalah seperti yang berikut: 1.hotel-bangunan tempat penginapan yg menyediakan makanan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain utk orang luar yg datang mengunjungi sesuatu tempat.2.resort-tempat peranginan.3.motel-hotel yg dibina berhampiran dgn jalan raya, dan menyediakan kemudahan khas, terutamanya tempat letak kereta yg berhampiran dgn bilik penyewa. 4. hostel- bangunan tempat penginapan utk pelajar dll, asrama. 5.INN hotel-hotel murah.6.TRAVEL hotel-hotel kembara.7.CITY hotel-hotel bandar. 8.SPA hotel-hotel SPA. l,INN hotel,TRA,CITY hotel,SPA hotelMakna22.08.2007
Mohon semak terjemahan: 1. Pressure Vessel Technology and Testing - Teknologi Bekas Tekanan dan Pengujian 2. Shared Services - Perkhidmatan Bersama atau Perkhidmatan Guna-Sama 3. Micro Precision - Kejituan MikroTerjemahan yang diberikan adalah betul dan ketepatannya bergantung pada konsep dan konteks penggunaan.

1. Pressure Vessel Technology and Testing - Teknologi Bekas Tekanan dan Pengujian
2. Shared Services - Perkhidmatan Bersama/Perkhidmatan Guna Sama
3. Micro Precision - Kejituan Mikro
Istilah11.01.2016
Mohon pandangan penggunaan huruf besar di tengah ayat. Contoh ayat : 1) Fasiliti dan kelengkapan hendaklah disediakan oleh Penyedia Perkhidmatan yang dilantik. 2) Fasiliti dan kelengkapan hendaklah disediakan oleh Penyedia Perkhidmatan E-dompet yang dilantik. Adakah penyedia perkhidmatan tersebut perlu menggunakan huruf besar?Penggunaan huruf besar di tengah-tengah ayat boleh digunakan sekiranya perkataan tersebut merupakan kata nama khas, termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, dalam ayat “Kemudahan dan kelengkapan hendaklah disediakan oleh penyedia perkhidmatan yang dilantik.”, perkataan  “perkhidmatan” perlu ditulis dengan huruf kecil kerana perkataan tersebut merupakan kata nama am, manakala dalam ayat “Kemudahan dan kelengkapan hendaklah disediakan oleh Penyedia Perkhidmatan E-dompet yang dilantik.”, perkataan “perkhidmatan” perlu ditulis dengan huruf besar kerana “Penyedia Perkhidmatan E-dompet” merupakan kata nama khas.Tatabahasa17.06.2022
1) Adakah DBP menyediakan perkhidmatan alih bahasa (English - BM)? 2) Adakah DBP menyediakan khidmat penulisan artikel dan sewaktu dengannya sekiranya diberikan point2 tertentu? 3) Adakah DBP menyediakan khidmat alih bahasa (BM - English)?Untuk makluman tuan, pihak DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris atau sebaliknya. Sekiranya tuan memerlukan perkhidmatan terjemahan, sila hubungi:

i. Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com, atau
ii. Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) melalui talian 03-4145 1800 atau e-mel info@itbm.com.my

Pihak DBP juga tidak menyediakan perkhidmatan penulisan artikel.
Lain-lain30.08.2023
12345678910...

Kembali ke atas