Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.kong.sian] | ڤرکوڠسين

Definisi : 1. syarikat perniagaan yg di­jalankan secara berkongsi oleh dua orang atau lebih sbg rakan niaga: sebahagian drpd perusahaan bijih timah dimiliki oleh ~; 2. = ~ hidup perihal hidup bersama-sama (sbg suami isteri): ada orang yg membuat fitnah supaya ~ hidup mereka menjadi porak-peranda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.kong.sian] | ڤرکوڠسين

Definisi : hal berkongsi; persekutuan atau persatuan dlm sesuatu kegiatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kongsi (kata nama)
Bersinonim dengan sekutu, gabungan, kumpulan, syarikat;,
Kata Terbitan : berkongsi, perkongsian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat manakah yang lebih sesuai digunakan: a) Perkongsian pintar bersama-sama agensi luar b) Perkongsian pintar bersama agensi luar c) Perkongsian pintar dengan agensi luar Terima kasihBerdasarkan cadangan padanan soalan yang diberikan, jawapan yang betul ialah, "Perkongsian pintar bersama-sama agensi luar."Lain-lain26.09.2023
"Perkongsian resepi Ikan Baung daripada tukang masak pilihan. Rahsia turun-temurun khusus buat generasi baru." Saya sedang membuat penulisan berkaitan ikan baung. Adakah daripada penyataan di atas, perkataan ikan baung perlu ditulis dengan awalan huruf besar? atau ditulis seperti biasa dengan huruf kecil?Perkataan ikan baung perlu ditulis dengan huruf kecil kerana ia nama umum.Lain-lain26.10.2020
Mengapakah perkongsian tiada liabiliti yang terhad?Soalan saudari di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa (KNB). KNB menangani soalan berkaitan bahasa termasuklah ejaan, istilah, laras dan tatabahasa. Sila rujuk buku Prinsip Perakaunan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan soalan saudari.Lain-lain21.11.2021
"salam, mohon perkongsian., di mana boleh saya dapatkan buku Sejarah Melayu versi shelabear dan buku Hikayat Abdullah ..."Tuan boleh berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, untuk membuat rujukan kedua-dua buku berkenaan.Lain-lain15.01.2014
Apa makna 'perkongsian pintar'? Terima kasihSdr. Mayling 6572, soalan ini tidak ada kaitan dengan bahasa. Tetapi apa yang saya faham tentang soalan Sdr. ialah kita cuba mendapatkan atau mewujudkan kerjasama dalam apa jua hal akan tetapi keuntungan atau faedah yang terhasil akan dikongsi bersama. Manfaatnya dikongsi bersama.Lain-lain28.09.2007
memang 'pengkongsian' perkataan yang tepat ye? bagaimana pula dengan 'perkongsian'Kata terbitan berkongsi menerbitkan pula kata perkongsian, tidak kata mengkongsi bagi menerbitkan kata pengkongsian.Tatabahasa14.12.2012
Adakah “saling bertukar data” (exchange of data) dan “Perkongsian data” (sharing of data) mempunyai maksud yang sama dan boleh digantikan dengan satu frasa sahaja, jika menggunakan salah satu frasa? Sekiranya berbeza, mohon diterangkan maksud kedua-dua frasa ini. Terima kasih.“Exchange of data” bermaksud “pertukaran data”, manakala “sharing of data” bermaksud “perkongsian data”. Kedua-duanya bertujuan untuk memberikan data atau maklumat kepada pihak lain. Walau bagaimanapun, pertukaran data melibatkan beberapa pihak, manakala perkongsian data boleh melibatkan satu atau beberapa pihak.Penyemakan dan penterjemahan14.03.2023
Nak tanya, antara "pengongsian" dan "perkongsian" yang mana satu lebih baku? Jika dua bentuk imbuhan mempunyai kata dasar berbeza, apakah dua kata dasar tersebut? Jika dua bentuk imbuhan berbeza, boleh jelaskan perbezaan dua imbuhan tersebut?Untuk makluman tuan/puan, kata terbitan "pengongsian" dibentuk daripada kata terbitan "mengongsi", manakala kata terbitan "perkongsian" pula dibentuk daripada kata terbitan "berkongsi".Tatabahasa16.09.2022
Sila pilih 'dan', 'dengan' atau kedua-duanya bagi ayat-ayat di bawah. 1. Perkongsian teknologi serta kemahiran antara Syarikat Honda (dan/dengan) Proton akan mendatangkan manfaat yang besar. 2. Hubungan antara Ali (dan/dengan) Abu semakin mesra. 3. Persahabatan antara Ali (dan/dengan) Abu telah wujud sejak 20 tahun yang lalu. 4. Pada pendapat anda, anatara pisang (dan/dengan) durian, manakah yang lebih sedap? 5. Negeri Selangor terletak di antara negeri Perak (dan/dengan) Negeri Sembilan. 6. Saya duduk di antara ibu (dan/dengan) ayah. 7. Beg awak diletakkan di antara meja (dan/dengan) almari. Sekian, terima kasih.Penggunaan perkataan dan/dengan yang betul adalah seperti yang berikut:
1. Perkongsian teknologi serta kemahiran antara Syarikat Honda dengan Proton akan mendatangkan manfaat yang besar.
2. Hubungan antara Ali dan Abu semakin mesra.
3. Persahabatan antara Ali dan Abu telah wujud sejak 20 tahun yang lalu.
4. Pada pendapat anda, antara pisang dengan durian, manakah yang lebih sedap?
5. Negeri Selangor terletak di antara negeri Perak dan Negeri Sembilan.
6. Saya duduk di antara ibu dan ayah.
7. Beg awak diletakkan di antara meja dan almari.
Tatabahasa07.07.2021
Ctfand Kahar Jul 8th, 11:49am Tuan, terima kasih atas perkongsian infografik kesilapan dan ejaan yang betul. Bagaimana pula dengan: draf atau deraf, mana satu yg betul? Mohon penjelasan Tuan. Terima kasih dan Selamat Berpuasa.Terima kasih. Mohon jasa baik Tuan/Puan CtFand Kahar untuk menjadikan http://prpm.dbp.gov.my sebagai teman di hujung jari dalam apa-apa jua persoalan berkaitan bahasa Melayu (enjin carian makna (pada ruangan takrif), tesaurus, puisi, peribahasa, panduan ejaan (pada ruangan kata), jurnal. artikel, dan banyak lagi kemudahan yang disediakan DBP secara percuma. Merujuk kepada soalan Tuan/Puan boleh klik pada capaian yang berikut. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=drafIstilah08.07.2015
1234

Kembali ke atas