Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.kong.sian] | ڤرکوڠسين

Definisi : 1. syarikat perniagaan yg di­jalankan secara berkongsi oleh dua orang atau lebih sbg rakan niaga: sebahagian drpd perusahaan bijih timah dimiliki oleh ~; 2. = ~ hidup perihal hidup bersama-sama (sbg suami isteri): ada orang yg membuat fitnah supaya ~ hidup mereka menjadi porak-peranda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.kong.sian] | ڤرکوڠسين

Definisi : hal berkongsi; persekutuan atau persatuan dlm sesuatu kegiatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kongsi (kata nama)
Bersinonim dengan sekutu, gabungan, kumpulan, syarikat;,
Kata Terbitan : berkongsi, perkongsian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERKONGSIAN

Perkongsian ialah satu pertubuhan yang

dibentuk oleh dua orang atau lebih untuk

menjalankan sesuatu perniagaan. Mereka

biasanya bersetuju secara bertulis ataupun

secara lisan untuk menjadi rakan kongsi. Walau

bagaimanapun, seseorang yang menjalankan

perniagaan bersama-sama dan berkongsi

keuntungannya, biasanya dianggap sebagai

rakan kongsi, walaupun mereka tidak bermaksud

begitu.

UMUM 
PERKONGSIAN UNTUNG

Perkongsian untung. Ramai majikan

berkongsi untung dengan pekerjanya. Mereka

berbuat demikian untuk menggalakkan daya

pengeluaran (kerja yang produktif) dan untuk

memujuk pekerja supaya kekal dalam syarikat.

UMUM 
KOMUNIKASI

Komunikasi ialah perkongsian maklumat atau

penyediaan hiburan melalui pertuturan, penulisan

atau kaedah-kaedah lain. Jenis komunikasi yang

terpenting kemungkinannya ialah komunikasi

peribadi, yang berlaku apabila seseorang

menyampaikan fikiran dan keinginan mereka

kepada orang lain. Manusia berkomunikasi melalui

banyak cara, termasuk melalui pertuturan, dengan

mengerakkan tangan, malah dengan membuat

mimik muka. Manusia juga menggunakan telefon

dan surat untuk berkomunikasi. Tanpa komunikasi

peribadi, ibu bapa tidak akan tahu keperluan anak-anak

mereka. Guru tidak dapat membantu murid

mereka belajar. Kawan tidak dapat merancang

bersama-sama. Manusia tidak dapat berkongsi

ilmu pengetahuan. Setiap orang perlu belajar

sendiri segala-galanya. Sebenarnya, manusia

berkemungkinan tidak dapat bertahan lebih lama.

UMUM 
MU'AMALAT

Mu’amalat ialah apa sahaja yang berlaku di

kalangan manusia yang berkaitan dengan urusan

kewangan, jual beli, penarikan balik perjanjian

dan perkongsian syarikat. Jual beli ialah

pemindahan atau tukaran hak milik sesuatu

barangan seperti pakaian, rumah dan tanah

kepada orang lain atau orang kedua. Jual beli

mempunyai pelbagai jenis, antaranya ialah

memberi sewa. Penyewaan ialah menjual sesuatu

barang yang bermanfaat seperti rumah dan lain-lainnya

dalam suatu tempoh masa tertentu

dengan kadar bayaran yang tertentu. Riba pula

ialah menjual harta dengan harta yang sama jenis

dengannya mengikut kadar penambahan tertentu.

Ia termasuk dalam jual beli yang haram.

Pendermaan pula ialah pemindahan hak milik

barangan seperti hadiah dan pemberian sedekah.

UMUM 
STANDARD OIL COMPANY

Standard Oil Company. Pada tahun 1859,

Edwin L. Drake, pesara pengendali landasan kereta

api, pertama kali berjaya menggali telaga minyak

secara komersial di Amerika Syarikat, berhampiran

Titusville, Pennsylvania. Empat tahun kemudian,

John D. Rockefeller menceburi diri dalam industri

minyak. Rockefeller menyertai siri perkongsian

hingga ke tahun1870, apabila pegangan dan sekutu

rapatnya diserapkan ke dalam syarikat Standard Oil

Company dari Ohio.

UMUM 
TIFFANY, LOUIS COMFORT

Tiffany, Louis Comfort (1848–1933) ialah pereka

bentuk kaca berwarna yang ulung pada akhir tahun

1800-an dan awal tahun 1900-an. Dia merupakan

tokoh penting Amerika dalam penciptaan gaya seni

antarabangsa yang dikenal sebagai art nouveau .

Gaya ini berkembang dari tahun 1890-an hingga

lebih kurang tahun 1910 (lihat Art nouvean ).

Tiffany lahir di New York City. Bapanya, Charles

Lewis Tiffany, memulakan perniagaan barang kemas

yang terkenal. Tiffany memulakan kerjayanya

sebagai pelukis, tetapi kemudian meminati seni

hiasan, terutama kaca berwarna. Pada tahun 1879,

dia menubuhkan syarikat perkongsian dengan

beberapa pelukis moden. Syarikat ini mengkhusus

kepada reka bentuk dan hiasan dalaman sezaman.

Pada tahun 1880, Tiffany memohon paten untuk kaca

berwarna yang iridesen – iaitu yang bertukar warna

jika dilihat dari sudut berlainan. Pada tahun 1885, dia

memulakan syarikat kacanya sendiri. Pada tahun

1894, dia mendaftarkan nama Favrile untuk hasil

kerja kaca iridesen buatan tangannya.

Lihat juga Kaca (gambar; Tingkap kaca berwarna).

UMUM 

Kembali ke atas