Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.kong.sian] | ڤرکوڠسين

Definisi : 1. syarikat perniagaan yg di­jalankan secara berkongsi oleh dua orang atau lebih sbg rakan niaga: sebahagian drpd perusahaan bijih timah dimiliki oleh ~; 2. = ~ hidup perihal hidup bersama-sama (sbg suami isteri): ada orang yg membuat fitnah supaya ~ hidup mereka menjadi porak-peranda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.kong.sian] | ڤرکوڠسين

Definisi : hal berkongsi; persekutuan atau persatuan dlm sesuatu kegiatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kongsi (kata nama)
Bersinonim dengan sekutu, gabungan, kumpulan, syarikat;,
Kata Terbitan : berkongsi, perkongsian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jointly owned-propertyperkongsian hartaEkonomiEkonomi IslamPerkongsian yang melibatkan modal atau harta pihak yang berkongsi bagi tujuan perniagaan. Perkongsian ini merupakan salah satu bentuk perkongsian akad. Dalam menentukan bahagian perkongsian harta, tanggungjawab dan keuntungan boleh mewujudkan dua jenis perkongsian harta yang berlainan, iaitu perkongsian inan dan perkongsian mufawadah Sinonim syarikah amwal.
joint ownershipperkongsian milikEkonomiEkonomi IslamPerkongsian dan pemilikan bersama modal atau harta antara dua individu atau lebih. Perkongsian ini terbentuk tanpa melalui akad khusus tetapi hanya dengan persetujuan pihak yang berkongsi. Terdapat dua jenis perkongsian milik, iaitu perkongsian dengan pilihan dan perkongsian tanpa pilihan. Pihak yang terlibat tidak boleh menguruskan bahagian harta yang dimilikinya tanpa mendapat keizinan rakan kongsinya. Sinonim syarikah amlak.
contract sharingperkongsian akadEkonomiEkonomi IslamPerkongsian dan pemilikan bersama modal atau harta antara dua individu atau lebih bagi tujuan perniagaan. Keuntungan atau kerugian daripada perniagaan akan dikongsi bersama. Perkongsian ini terbentuk melalui akad khusus yang memerlukan persetujuan pihak yang berkongsi. Perkongsian akad terbahagi kepada beberapa jenis seperti perkongsian harta, perkongsian kerja dan perkongsian wujuh. Sinonim syarikah uqud.
sharikah mufawadahsyarikat persamaan/perkongsian persamaanPerniagaan IslamTiadaPersetujuan dua pihak atau lebih untuk menjalankan suatu perusahaan secara bersama, sama ada dari aspek kepakaran, nilai modal dan pegangan agama. Contohnya, perkongsian firma guaman atau perkongsian firma perakaunan. Lihat juga sharikah ‘inan.
time sharingperkongsian masaTeknologi MaklumatPerisianPerkongsian sumber pengkomputeran oleh beberapa pengguna yang dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan multitugas. Dengan membenarkan bilangan pengguna yang ramai untuk berinteraksi secara serentak dalam satu komputer, perkongsian masa dapat mengurangkan kos pengkomputeran dan pada masa yang sama menghasilkan pengalaman pengkomputeran yang lebih interaktif. Sekiranya bilangan pengguna menjadi optimum, proses keseluruhan pengkomputeran akan menjadi lebih efisien. Oleh itu, slot masa yang diambil untuk menunggu input cakera, pita atau rangkaian boleh diberikan kepada pengguna lain.
sharing of choiceperkongsian pilihanEkonomiEkonomi IslamPersetujuan yang terbentuk apabila pihak yang terlibat mempunyai pilihan melakukan atau tidak melakukan perkongsian dan menerima atau menolak perkongsian. Contohnya, persetujuan berkongsi membeli barang, berkongsi menerima hadiah dan berkongsi menerima harta yang diwasiatkan. Sinonim syarikah ikhtiyar.
without choice sharingperkongsian tanpa pilihanEkonomiEkonomi IslamPersetujuan yang terbentuk apabila pihak yang terlibat tidak mempunyai pilihan menolak perkongsian pemilikan sesuatu harta tetapi terpaksa menerimanya kerana telah ditetapkan oleh hukum syarak. Contohnya, perkongsian dalam harta yang diwarisi dan pemilikan harta sepencarian. Sinonim syarikah jabar.
seed sharingperkongsian benih tanamanEkonomiEkonomi IslamAkad yang membolehkan pemilik tanah dan pengusaha berkongsi menyediakan benih untuk tanaman. Kadar perkongsian penyediaan benih tanaman bergantung pada persetujuan kedua-dua belah pihak. Mengikut pendapat jumhur ulama, perkongsian benih tanaman dalam akad muzaraah tidak dibenarkan dan menyebabkan akad tidak sah, tetapi dianggap sah mengikut mazhab Maliki.
power sharingperkongsian kuasaSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa yang terbahagi kepada beberapa kelompok dan parti politik yang mendorong kepada perkongsian bersama. Keadaan ini wujud apabila sokongan orang ramai dalam pilihan raya terbahagi kepada beberapa parti politik dan calon persendirian. Parti politik atau individu yang telah dipilih menjadi ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri perlu berkongsi undi dalam dewan perundangan bagi menjamin majoriti dan sekali gus berkongsi jawatan dalam kabinet. Melalui perkongsian ini, mereka berupaya menguasai kerajaan. Contohnya, kerajaan Indonesia pasca-Soeharto terpaksa melakukan perkongsian kuasa kerana sokongan orang ramai dalam pilihan raya terbahagi kepada beberapa parti politik.
work sharingperkongsian kerjaEkonomiEkonomi IslamPerkongsian yang berlaku dalam kerja antara pihak yang berakad. Pihak yang berkongsi bersetuju untuk menerima kerja dan melakukannya secara bersama-sama. Dalam melaksanakan kerja berkenaan, setiap rakan kongsi disyaratkan untuk melakukan jenis kerja yang sama dan berada di tempat yang sama kecuali sekiranya kerja mereka adalah saling melengkapi antara satu dengan lain. Bayaran upah akan dibahagi antara rakan kongsi mengikut kesesuaian dengan kadar kerja masing-masing. Contohnya, perkongsian kerja membina rumah, membuat pakaian dan membuat perabot. Sinonim syarikah abdan.
12345678910...

Kembali ke atas